Bina lebih banyak rumah mampu milik berharga RM45,000 hingga RM100,000 di Negeri Sembilan

Seremban, Negeri Sembilan: 9 Mei 2019 yang lalu merupakan ulangtahun pertama perubahan pemerintahan di peringkat Persekutuan dan juga di Negeri Sembilan. Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menjalankan Jelajah Kempen “Turunkan Harga Rumah Sekarang” di Negeri Sembilan pada hari itu, ingin mengingatkan pada Kerajaan Pakatan Harapan tentang keperluan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat. Setelah … Continue reading Bina lebih banyak rumah mampu milik berharga RM45,000 hingga RM100,000 di Negeri Sembilan

Mahkamah Tinggi Seremban tolak rayuan majikan yang buang pekerja secara tidak sah

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN: Mahkamah Tinggi Seremban telah menolak rayuan daripada satu majikan yang enggan membayar pampasan penamatan kerja kepada pekerjanya yang diberhentikan secara tidak sah. Maheswary dan suaminya Roman, bekerja di sebuah ladang di Gemencheh, Negeri Sembilan. Maheswary bekerja dengan Nam Bee Company, manakala Roman bekerja sebagai pemandu lori di The Muar Rice and Transport … Continue reading Mahkamah Tinggi Seremban tolak rayuan majikan yang buang pekerja secara tidak sah

PH kalah 3 kali berturut-turut dalam PRK

Pakatan Harapan (PH) kalah 3 kali berturut-turut dalam pilihanraya kecil (PRK) baru-baru ini, setelah gagal merampas kerusi DUN Rantau daripada Barisan Nasional (BN). Ini memberi satu amaran lagi kepada PH bahawa sokongan terhadapnya semakin merosot adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Calon BN, Mohamad Hasan, yang merupakan Pemangku Presiden UMNO dan juga pernah menjadi Menteri … Continue reading PH kalah 3 kali berturut-turut dalam PRK

Mana rumah mampu milik untuk rakyat Negeri Sembilan?

oleh Tinagaran Subramaniam Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendesak Kerajaan Negeri Sembilan dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di peringkat Kerajaan Pusat KPKT agar meningkatkan bekalan rumah yang benar-benar mampu milik, iaitu rumah berharga di bawah RM100,000. Mengikut Dasar Perumahan Negeri Sembilan (2015), adalah ditetapkan bahawa Rumah Mampu Milik (RMM) di sesuatu kawasan harus … Continue reading Mana rumah mampu milik untuk rakyat Negeri Sembilan?

PSM lancar Kempen Perumahan di Negeri Sembilan

RANTAU, NEGERI SEMBILAN – Parti Sosialis Malaysia (PSM) muncul di medan Pilihanraya Kecil (PRK) Rantau pada 7 April 2019, bukan untuk bertanding ataupun berkempen bagi mana-mana calon, tetapi untuk melancarkan Kempen Perumahan Nasional yang menuntut pada kerajaan supaya menurunkan harga rumah dan menyediakan rumah dengan harga yang benar-benar mampu milik bagi rakyat biasa. Satu sidang … Continue reading PSM lancar Kempen Perumahan di Negeri Sembilan

Pekerja pembersihan di Hospital Port Dickson dipulihkan kerja setelah diberhentikan secara tidak sah

Vanesri Subramaniam ialah seorang pekerja pembersihan yang bekerja di Hospital Kerajaan Port Dickson. Beliau bekerja di sana unutk lebih 20 tahun. Pada masa kini, Vanesri bekerja di bawah majikan baru, Panoramax Development Sdn Bhd, dengan kontrak selama 2 tahun. Disebabkan masalah kesihatannya, Vanesri pernah mengambil cuti sakit beberapa kali dan doktor pernah memberi satu surat … Continue reading Pekerja pembersihan di Hospital Port Dickson dipulihkan kerja setelah diberhentikan secara tidak sah

Peneroka GATCO tuntut penyelesaian adil untuk masalah tanah yang lama tertangguh

SEREMBAN – 12 FEBRUARI 2019: Peneroka-peneroka Kampung Gatco (juga dikenali sebagai Kampung Serampang Indah), Jempol, Negeri Sembilan, telah mengadakan satu aksi protes di hadapan Wisma Negeri di mana terletaknya Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan. Satu memorandum telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan dan para peneroka menuntut satu perjumpaan dengan Menteri Besar Aminuddin Harun untuk membincangkan … Continue reading Peneroka GATCO tuntut penyelesaian adil untuk masalah tanah yang lama tertangguh

Suami isteri tuntut keadilan kerana dibuang kerja atas pertuduhan tidak sah

Roman dan isterinya Maheswary bekerja di sebuah ladang di Gemencheh, Negeri Sembilan. Maheswary bekerja dengan Nam Bee Company, manakala Roman bekerja sebagai pemandu lori di The Muar Rice and Transport Co. Sdn Bhd, anak syarikat kepada Nam Bee Company. Kedua-dua mereka telah diberhentikan kerja atas dua pertuduhan, iaitu memukul seorang warga Nepal dan mengingkar arahan … Continue reading Suami isteri tuntut keadilan kerana dibuang kerja atas pertuduhan tidak sah

PSM muncul di penamaan calon PRK Port Dickson, bukan untuk bertanding…

PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN – 29 SEPTEMBER 2018: Hari ini adalah hari penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Port Dickson. Mungkin ada orang akan sangka bahawa PSM turut bertanding dalam PRK ini apabila melihat bendera Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkibar di depan pusat penamaan calon untuk PRK Port Dickson. Namun, ahli-ahli PSM bersama dengan aktivis … Continue reading PSM muncul di penamaan calon PRK Port Dickson, bukan untuk bertanding…