Pekerja migran yang ditahan di Sabah alami pencabulan hak asasi secara sistematik

Pekerja-pekerja migran yang ditahan dan dihantar pulang ke negara asal mereka dari Malaysia, telah mengalami pencabulan hak asasi manusia secara sistematik. Ini bukannya perkara yang baharu, tetapi terus didedahkan, termasuk dalam laporan pencarian fakta mengenai keadaan migran Indonesia yang dihantar pulang dari negeri Sabah ke Indonesia yang diterbitkan baru-baru ini oleh Koalisi Buruh Migran Berdaulat … Continue reading Pekerja migran yang ditahan di Sabah alami pencabulan hak asasi secara sistematik

Satu catatan pengalaman masyarakat pelarian Rohingya

PSM Perak telah diminta untuk membantu dalam mengedarkan bungkusan bantuan makanan kepada masyarakat pelarian di sekitar kawasan negeri Perak. PSM telah menawarkan 87 bungkusan kepada Rohingya Society in Malaysia (RSM) untuk diedarkan dalam kalangan masyarakat Rohingya di Perak. Selepas itu, wakil RSM di Perak, Encik R, telah menceritakan kepada PSM Perak mengenai isu-isu yang dihadapi oleh … Continue reading Satu catatan pengalaman masyarakat pelarian Rohingya

Begitu ramai PATI, tanggungjawab siapa?

oleh Rani Rasiah Serbuan yang kerap dan keras oleh pihak Imigresen ke atas komuniti migran semasa Perintah Kawalan Pengerakan menjadi salah satu ciri utama pandemik COVID-19 di Malaysia. Serbuan tersebut mendatangkan pelbagai reaksi daripada orang ramai dan didominasi oleh sentimen anti-pendatang dan xenofobia. Siapa yang harus dipersalahkan untuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau warga asing tanpa dokumen ini? … Continue reading Begitu ramai PATI, tanggungjawab siapa?

Penangkapan besar-besaran terhadap migran boleh jejas usaha lawan COVID-19

Pada 1 Mei 2020 yang lalu, iaitu ketika dunia menyambut Hari Pekerja Antarabangsa di bawah bayangan ancaman pandemik COVID-19, berlakunya penangkapan besar-besaran terhadap pekerja-pekerja migran tanpa dokumen di Kuala Lumpur. Penangkapan besar-besaran ini berlaku di kawasan Masjid India yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan yang Diperketatkan (PKPD). Dilaporkan seramai 586 orang, termasuk kanak-kanak bawah umur, telah … Continue reading Penangkapan besar-besaran terhadap migran boleh jejas usaha lawan COVID-19

Pekerja migran masih dieksploitasi Dasar Buruh Murah

oleh Mohanarani Rasiah  Hari ini, 18 Disember, ialah Hari Migran Antarabangsa. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan badan-badan berkaitan cuba memberi satu gambaran yang riang tentang buruh migran memainkan peranan yang dinamik dalam pembangunan di kedua-dua negara asal dan negara destinasi mereka, dan rakyat boleh bergerak secara bebas ke mana-mana yang diingini mereka untuk memperbaiki kehidupan mereka. … Continue reading Pekerja migran masih dieksploitasi Dasar Buruh Murah

Hentikan tragedi kematian pekerja migran di Malaysia

Pendedahan dalam satu laporan baru-baru ini yang menyatakan ramai pekerja Bangladesh mati di negara kita – 2 kematian setiap hari, 96 orang mati dalam bulan Januari 2019 sahaja, dan jumlah kematian yang berlipat ganda sejak tahun 2012 – adalah mengejutkan dan tidak boleh diterima langsung sebagai sesuatu yang sepatutnya berlaku. Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru … Continue reading Hentikan tragedi kematian pekerja migran di Malaysia