PRN Melaka: Tamparan kepada PH yang terima ahli politik katak

Walaupun BN menang 75% kerusi DUN Melaka, tetapi jika dilihat dari segi perolehan undi, ia hanya meraih 38.39% undi, sedikit lebih tinggi berbanding 37.84% undi yang diperolehinya dalam PRU-14 pada tahun 2018. Parti komponen dalam PN seperti BERSATU patutnya berasa kesal kerana tidak pro-aktif dalam mempercepatkan proses pembaharuan sistem pilihanraya yang merangkumi usaha untuk memperkenalkan sistem perwakilan berkadar.

Azmin Ali tidak patut luluskan operasi Infineon Melaka

oleh Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia Negeri Melaka (PSM Melaka) mengecam tindakan Azmin Ali selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kerana membenarkan kilang Infineon Melaka untuk beroperasi penuh ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada 19 April 2020, Melaka melaporkan 44% daripada kesemua kes baru jangkitan COVID-19 di Malaysia. Ketika ini, Melaka berada di tangga pertama … Continue reading Azmin Ali tidak patut luluskan operasi Infineon Melaka

MITI digesa batalkan kelulusan kepada Infineon Melaka

oleh M. Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia Negeri Melaka (PSM Melaka) menggesa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) supaya membatalkan kelulusan yang diberikan kepada syarikat elektronik Infineon Melaka yang terletak di di Bandaraya Melaka, untuk ia beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hampir 1% daripada penduduk negeri Melaka bekerja di industri gergasi Infineon yang terletak … Continue reading MITI digesa batalkan kelulusan kepada Infineon Melaka

Pilihanraya Negeri diperlukan untuk DUN Melaka

oleh Sharan Raj Pagi tadi rakyat Melaka dikejutkan dengan kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan di negeri Melaka. Perletakan jawatan Ketua Menteri merupakan sebuah langkah ‘gentlemen’ selepas mengetahui beliau tiada majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka setelah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) keluar daripada Pakatan Harapan. Namun demikian, kuasa memilih kerajaan seterusnya patut berada dalam tangan rakyat Melaka, bukannya dalam tangan konspirator … Continue reading Pilihanraya Negeri diperlukan untuk DUN Melaka

Ekonomi Gig sedang bunuh industri hotel Melaka

oleh Sharan Raj Industri Pelancongan dan hotel merupakan industri yang penting serta nadi hidup untuk Bandaraya Melaka. Namun, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tidak mengendahkan kemerosotan industri hotel sedang meningkatkan kadar pengangguran di kalangan anak muda. Berdasarkan Ahli Parlimen Kota Melaka, jumlah pelancong semakin meningkat di Melaka tetapi kadar pengambilan hotel di Melaka semakin merosot pada … Continue reading Ekonomi Gig sedang bunuh industri hotel Melaka

Pengawal keselamatan menang kes mahkamah lawan majikan yang tidak bayar ikut Perintah Gaji Minimum

MELAKA – 6 MAC 2019: Mahkamah Tinggi Melaka telah memutus pada hari ini bahawa 12 orang pekerja kawalan keselamatan yang berkhidmat di sekolah-sekolah di Melaka harus dibayar pampasan oleh majikan lama mereka, kerana gaji tidak dibayar mengikut pengiraan yang sepatutnya. Majikan lama pekerja-pekerja ini, syarikat Aura Security, diarahkan oleh Hakim Dato Azman untuk membayar pampasan … Continue reading Pengawal keselamatan menang kes mahkamah lawan majikan yang tidak bayar ikut Perintah Gaji Minimum