20 Jun setiap tahun ialah Hari Pelarian Sedunia. Sambutan Hari Pelarian Sedunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang situasi yang dihadapi oleh masyarakat pelarian di seluruh dunia. Hari Pelarian Sedunia disambut setiap tahun selepas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Resolusi 55/76. Resolusi tersebut menetapkan bahawa 20 Jun setiap tahun mulai 2001 akan disambut sebagai … Continue reading 20 Jun: Hari Pelarian Sedunia – Lindungilah hak pelarian
Begitu ramai PATI, tanggungjawab siapa?
oleh Rani Rasiah Serbuan yang kerap dan keras oleh pihak Imigresen ke atas komuniti migran semasa Perintah Kawalan Pengerakan menjadi salah satu ciri utama pandemik COVID-19 di Malaysia. Serbuan tersebut mendatangkan pelbagai reaksi daripada orang ramai dan didominasi oleh sentimen anti-pendatang dan xenofobia. Siapa yang harus dipersalahkan untuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau warga asing tanpa dokumen ini? … Continue reading Begitu ramai PATI, tanggungjawab siapa?
Mengapa puak rasis tak kena tambat bulan Ramadhan ini?
oleh Nik Aziz Afiq Ramadhan adalah bulan yang begitu mengujakan bagi umat Islam. Selama sebulan umat Islam akan menahan lapar dan dahaga pada waktu siangnya dan memperbanyak solat serta ibadah lain pada waktu malamnya. Bulan ini dijanjikan keampunan, dijanjikan ganjaran yang pelbagai malah diberitakan ketika Ramadhan, syaitan akan diikat daripada kerja-kerja menghasut umat supaya melakukan … Continue reading Mengapa puak rasis tak kena tambat bulan Ramadhan ini?
Deklarasi 1 Mei 2020: COVID Menyerang, Pekerja Diancam
(Berikut ialah Deklarasi Hari Pekerja Sedunia 2020 yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Mei Satu.) Hari Pekerja Sedunia pada 1 Mei 2020 membawa satu cabaran yang besar kepada kelas pekerja di Malaysia dan di seluruh dunia. Fenomena penularan COVID-19 memaksa Kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020. COVID-19 juga membawa implikasi lebih teruk … Continue reading Deklarasi 1 Mei 2020: COVID Menyerang, Pekerja Diancam
PSM 22 tahun: Perjuangan sosialis terbukti relevan kini
(Berikut ialah tulisan Setiausaha Agung PSM bersempena dengan Ulangtahun ke-22 Penubuhan PSM pada 30 April 2020.) oleh Sivarajan Arumugam 22 tahun telah berlalu sejak penubuhan sebuah parti yang telah mencabar norma politik di Malaysia pada masa itu. Pada 30 April 1998, wakil jawatankuasa penaja parti telah mengemukakan borang-borang penubuhan Parti Sosialis Malaysia (PSM) kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), walaupun … Continue reading PSM 22 tahun: Perjuangan sosialis terbukti relevan kini
COVID-19: Cara untuk Malaysia maju ke hadapan
oleh Dr Jeyakumar Devaraj Masyarakat manusia sedang melalui satu tempoh yang luar biasa. Pandemik COVID-19 telah menundukkan ekonomi global. Corak hidup kepenggunaan yang biasa telahpun diterbalikkan. Kita boleh menjangkakan kemelesetan ekonomi yang teruk untuk tahun ini dan juga tahun hadapan. Sebilangan pakar ekonomi mengatakan ini mungkin akan menjadi seburuk Zaman Meleset (Great Depression) yang melanda dari penghujung tahun 1920-an … Continue reading COVID-19: Cara untuk Malaysia maju ke hadapan
Langkah-langkah tambahan untuk kawal wabak COVID-19 – Syor daripada Forum Kesihatan Rakyat
Wakil daripada Forum Kesihatan Rakyat (People’s Health Forum) telah menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri Malaysia pada 20 Mac 2020, yang mengemukakan cadangan mengenai langkah-langkah tambahan yang harus dilaksanakan untuk mengawal wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19). Memorandum tersebut disokong oleh 52 buah organisasi dan 56 orang individu. Forum Kesihatan Rakyat ialah satu inisiatif yang … Continue reading Langkah-langkah tambahan untuk kawal wabak COVID-19 – Syor daripada Forum Kesihatan Rakyat
Syarat untuk kilang beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Mac 2020)
Dalam satu penerangan soalan-soalan lazim (FAQ) yang diterbitkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada 19 Mac 2020 untuk menjawab persoalan mengenai operasi di sektor industri dan perkilangan di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, adalah dinyatakan hanya industri kritikal / kilang terpilih sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP, tertakluk kepada kelulusan MITI. … Continue reading Syarat untuk kilang beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Mac 2020)
“Keagungan” COVID-19: Perkauman, Polisi & Politik
oleh S. Arutchelvan PSM ingin menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada para jururawat, doktor, pekerja makmal, pekerja pembersihan, pngawal keselamatan dan semua insan lain yang bekerja di dalam sektor kesihatan di seluruh negara atas dedikasi, pengorbanan dan ketabahan anda semua dalam memerangi wabak virus COVID-19. Terima kasih kepada semua. Wabak COVID-19 melanda seluruh dunia tanpa mengira … Continue reading “Keagungan” COVID-19: Perkauman, Polisi & Politik
WHO isytihar COVID-19 sebagai Pandemik
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytihar pada 11 Mac 2020 bahawa wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) boleh disifatkan sebagai “Pandemik”, iaitu kejadian wabak besar-besaran yang merebak seantero dunia dan melibatkan populasi yang besar. Ini merupakan pandemik pertama yang disebabkan oleh koronavirus (wabak SARS yang juga disebabkan oleh jangkitan koronavirus pada tahun 2002-2003 hanya dikategorikan sebagai epidemik). … Continue reading WHO isytihar COVID-19 sebagai Pandemik
