Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat kecewa dan tersinggung dengan kenyataan kelmarin oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan pilihanraya tempatan kerana mungkin akan membawa kepada konflik perkauman dalam negara. Ini adalah satu alasan yang tempang yang telah pun dikitar semula berulang kali untuk menafikan hak rakyat untuk memilih wakil mereka di … Continue reading Jangan kitar semula alasan yang tempang untuk tangguh pilihanraya tempatan
Mahathir perlu ubah sikap apabila bercakap tentang kesatuan sekerja
oleh S. Arutchelvan Kenyataan Tun Mahathir meminta kesatuan sekerja di negara ini supaya berubah sikap dengan tidak lagi berfungsi sebagai pengatur piket serta demonstrasi semata-mata, di samping pandangannya bahawa kesatuan sekerja perlu mengamalkan kesederhanaan, bekerjasama dan bertoleransi dalam semua perkara dan menjadi penghubung yang baik antara pekerja dengan majikan, adalah satu kenyataan yang lapuk yang … Continue reading Mahathir perlu ubah sikap apabila bercakap tentang kesatuan sekerja
Tibanya masa untuk “cakap biar serupa bikin ” – iktiraf pelarian sekarang juga
Mengulas tentang ucapan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 28 September 2018, Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) , walaupun menyambut baik dan mengucapkan tahniah pada ucapan Mahathir yang membawa pendirian jelas kepada pentas dunia (seperti kritikan terhadap kegagalan kuasa Barat membendung … Continue reading Tibanya masa untuk “cakap biar serupa bikin ” – iktiraf pelarian sekarang juga
(Komik) Gaji dan kekayaan yang dicipta pekerja
Kekayaan yang dicipta oleh pekerja yang dibayar semula sebahagiannya dalam bentuk gaji kepada pekerja. Namun, apabila pekerja dibayar dengan gaji yang rendah, pengagihan kekayaan akan menjadi semakin tidak adil. Maka, jurang antara yang kaya dengan yang miskin turut akan semakin melebar! Tandatangani petisyen “Kenaikan Gaji Minimum hanya RM50 menghina pekerja! Kaji semula kenaikan gaji minimum!”: … Continue reading (Komik) Gaji dan kekayaan yang dicipta pekerja
Berkorban untuk selamatkan negara?
Perdana Menteri Mahathir Mohamad sudah memberikan petunjuk bahawa golongan pekerja dan rakyat biasa perlu bersedia untuk berkorban ataupun dikorbankan atas nama "selamatkan negara". "Kalau kita tak sanggup terima keperluan berkorban, maka kita tak boleh pulihkan negara kita," begitu kata Mahathir dalam satu wawancara khas dengan portal berita Malaysiakini. Menurut Mahathir, Belanjawan pertama kerajaan Pakatan Harapan … Continue reading Berkorban untuk selamatkan negara?
Gaji minimum RM 1,050 – Mahathir menjaja maruah pekerja
oleh S. Arutchelvan Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad tentang penetapan gaji minimum RM 1,050 untuk seluruh negara adalah satu langkah yang menjaja maruah pekerja bergaji rendah dan satu penghinaan kepada kaum pekerja. Ia adalah satu penipuan yang amat dashyat! Sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir sebagai Perdana Menteri sebelum ini, beliau tidak pernah … Continue reading Gaji minimum RM 1,050 – Mahathir menjaja maruah pekerja
Jangan salahguna nama PM untuk mengugut penduduk kampung
PUTRAJAYA – 5 SEPTEMBER 2018: Penduduk-penduduk Kampung Bukit Kuda, Klang, Selangor, menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri pada hari ini berkenaan dengan aduan terhadap seorang bergelar Dato’ yang menyalahgunakan nama Perdana Menteri Dr. Mahathir dalam cubaan mengusir mereka keluar dari rumah kediaman. Aduan tersebut dibuat terhadap seorang lekaki yang bernama Khairul, yang datang ke … Continue reading Jangan salahguna nama PM untuk mengugut penduduk kampung
Adakah sistem kehakiman sudah diperbaiki di sebalik kekejutan?
Lim Guan Eng, Menteri Kewangan dan juga mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, telah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran. Keputusan ini dibuat oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 3 September 2018, berikutan permohonan peguam bela yang mewakili … Continue reading Adakah sistem kehakiman sudah diperbaiki di sebalik kekejutan?
Mahathir pertahankan kronisme
Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan kronisme dalam ucapannya ketika merasmikan Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 anjuran Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada hujung minggu lalu. Dr. Mahathir berkata, “Kita senang hati, untuk menuduhkan bahawa ini disebabkan oleh kronisme, orang lain menuduh dan kita turut menuduh bahawa ini disebabkan kronisme yang memberi pertolongan hanya … Continue reading Mahathir pertahankan kronisme
Hantu nepotisme kembali lagi dengan Petron dilantik sebagai pembekal minyak untuk kenderaan kerajaan?
Perlantikan syarikat minyak Petron sebagai salah satu pembekal bahan api untuk kegunaan kenderaan kerajaan melalui Kad Inden, telah mengundang kontroversi baru-baru ini. Dalam suasana “Malaysia Baru” masih segar selepas PRU-14 yang berlangsung lebih 3 bulan lalu, persoalan nepotisme timbul semula dengan isu Petron menjadi pembekal minyak untuk kenderaan kerajaan. (Nota: “Kad Inden” ialah kad elektronik … Continue reading Hantu nepotisme kembali lagi dengan Petron dilantik sebagai pembekal minyak untuk kenderaan kerajaan?