40828192_2099748966715633_1688647782052659200_n.jpg

PUTRAJAYA – 5 SEPTEMBER 2018: Penduduk-penduduk Kampung Bukit Kuda, Klang, Selangor, menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri pada hari ini berkenaan dengan aduan terhadap seorang bergelar Dato’ yang menyalahgunakan nama Perdana Menteri Dr. Mahathir dalam cubaan mengusir mereka keluar dari rumah kediaman.

Aduan tersebut dibuat terhadap seorang lekaki yang bernama Khairul, yang datang ke Kampung Bukit Kuda pada 22 Ogos lalu dengan ugutan bahawa hendak merobohkan rumah-rumah di situ. Dato’ Khairul ini berkata dia diberi kuasa oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir untuk berbuat demikian. Ini merupakan satu ugutan jenayah yang menyalahgunakan nama pemimpin negara.

Para penduduk Kampung Bukit Kuda sudah pun membuat aduan polis di Balai Polis Bandar Baru Klang selepas insiden itu dan sekarang ini membuat aduan di Pejabat Perdana Menteri kerana ada orang menyalahgunakan nama Perdana Menteri untuk mengugut rakyat biasa. Memorandum kepada Perdana Menteri merangkumi tuntutan supaya hentikan budaya Napolean kecil dalam Kerajaan Pakatan Harapan.

Turut bersama dengan penduduk Kampung Bukit Kuda semasa menyerahkan memorandum pada hari ini ialah S. Arutchelvan (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM) dan Sivaranjani (aktivis PSM Klang). Memorandum tersebut telah diterima oleh Abu Bakar Yahya, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri.

Latar belakang isu berkaitan dengan perjuangan hak perumahan di Kampung Bukit Kuda

Kampung Bukit Kuda yang terletak di sempadan Klang dan Batu Tiga wujud lebih daripada 50 tahun. Pada asalnya, ketika tahun 1960-an, kampung ini merupakan ladang getah. Pada masa itu, orang yang bekerja di ladang getah itu membersihkan tanah dan membina rumah sendiri. Pada hari ini, tidak lagi wujud ladang getah di situ dan semua tanahnya dibina rumah oleh penduduk dan anak-anak mereka.

Pada masa sekarang, seramai 32 buah keluarga tinggal di Kampung Bukit Kuda. Penduduk-penduduk yang menetap di Kampung Bukit Kuda terdiri daripada orang Melayu dan India. Sudah tiga generasi mereka menetap di kampung ini. Semua yang tinggal di kampung inimerupakan golongan berpendapatan rendah. Majoriti penduduk juga dalam kategori umur 40 tahun dan lebih.

Pada awalnya, penduduk pernah membayar sewa kepada beberapa individu bagi rumah yang didiami sekarang. Setelah satu tempoh lebih dari 50 tahun sehingga hari ini, tiada sesiapa datang ke kampung untuk meminta sewa. Sejak tahun 1980-an, beberapa kali penduduk kampung pernah menerima notis untuk mengosongkan rumah. Notis pertama diterima pada tahun 1985, notis kedua dikeluarkan pada tahun 1990, dan pada tahun 1997, seorang individu yang bernama Sayuti bin Hassan yang menggelar dirinya sebagai pemilik tanah muncul dan menawarkan sejumlah wang serta rumah alternatif kos rendah untuk penduduk tinggalkan kampung tersebut. Tetapi tawaran rumah alternatif tidak ditunaikan selepas itu.

Notis Mahkamah diterima oleh penduduk Kampung Bukit Kuda pada 12 Februari 2015. Dalam notis tersebut dinyakatan dua orang yang bernama Mohammad Faizal bin Sayuti dan Nurul Azwa binti Sayuti masing-masing merupakan pemilik tanah dan penduduk kampung adalah penceroboh di situ. Notis tersebut juga mengatakan bahawa semua penduduk yang tinggal di situ adalah orang yang tidak dikenali dan harus mengosongkan rumah. Penduduk dengan segera melantik peguam Edmund Bon dan memberi maklumbalas terhadap dokumen mahkamah (affidavit) pada 21 Mei 2015 untuk menuntut hak sebagai penduduk sah yang menetap di kampung tersebut untuk lebih daripada 50 tahun. Penduduk menang dalam kes 2 tahun lalu di mana keputusannya mereka bukan penceroboh dan memang tinggal di kampung ini untuk lebih 50 tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s