p17hvd4f804aq1jvg8ev1n6f1jgu8.JPG

Perlantikan syarikat minyak Petron sebagai salah satu pembekal bahan api untuk kegunaan kenderaan kerajaan melalui Kad Inden, telah mengundang kontroversi baru-baru ini. Dalam suasana “Malaysia Baru” masih segar selepas PRU-14 yang berlangsung lebih 3 bulan lalu, persoalan nepotisme timbul semula dengan isu Petron menjadi pembekal minyak untuk kenderaan kerajaan.

(Nota: “Kad Inden” ialah kad elektronik yang digunakan untuk membuat transaksi bekalan bahan api kenderaan.)

Mirzan Mahathir, anak kepada Perdana Menteri Mahathir Mohamad, merupakan pengarah syarikat induk Petron, iaitu Petron Corporation yang beribupejabat di Filipina.

Kementerian Kewangan telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 30 Ogos 2018 untuk menjawab tentang isu perlantikan Petron sebagai pembekal bahan api untuk kenderaan kerajaan ini. Dalam kenyataan tersebut, Kementerian Kewangan menyatakan bahawa Petron bukan pembekal tunggal minyak petrol dan diesel kenderaan Kerajaan Persekutuan. “Petronas dan Shell masih lagi merupakan pembekal minyak petrol dan diesel semenjak 1997 untuk kegunaan kenderaan kerajaan,” begitu katanya kenyataan tersebut.

Menurut Kementerian Kewangan, “Melalui kelulusan ini, Kerajaan memperoleh lebih banyak pilihan di antara Petronas, Shell dan Petron dan dapat membuka peluang dan persaingan yang sihat di kalangan pembekal minyak petrol dan diesel.”

Kenyataan ini menimbulkan lagi persoalan, jika kerajaan ingin “membuka peluang dan persaingan yang sihat”, kenapa hanya menghadkan kepada 3 syarikat minyak sahaja dan tidak membuka kepada semua syarikat yang lain?

Adalah masuk akal untuk Kerajaan Malaysia hanya melantik Petronas sebagai pembekal tunggal, kerana Petronas ialah syarikat milik kerajaan dan memang kerajaan adanya tanggungjawab untuk melindungi Petronas. Tetapi kenapa pula dengan Petronas yang mendapat layanan khas bersama dengan Shell?

Lebih mencurigakan ramai adalah perlantikan ini berlaku selepas Mahathir Mohamad kembali menjadi Perdana Menteri. Adakah syarikat yang berkaitan dengan anak Perdana Menteri ini memerlukan tongkat untuk “bersaing secara sihat” dalam pasaran pembekalan minyak petrol dan diesel?

Nepotisme, iaitu amalan golongan yang berkuasa dan berpengaruh melakukan sesuatu yang menguntungkan pada saudara-mara atau kawan-kawan mereka, merupakan salah satu titik hitam yang utama semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-4 sebelum ini. Selepas Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri dengan kejatuhan UMNO-BN yang diselubungi dengan pelbagai skandal penyelewengan kuasa, rakyat tidak mahu melihat amalan semasa Mahathir jadi PM ke-4 itu kembali. Nampaknya selepas 100 hari kerajaan baru berkuasa, bayang-bayang nepotisme sudahpun kembali menghantui negara kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s