Kongres Nasional PSM ke-27 menjana semangat baharu kepada ahli-ahli PSM untuk terus memajukan usaha perjuangan rakyat dan membina kuasa ketiga yang progresif.
10 orang bilionair terkaya tambah kekayaan AS$100 juta setiap hari – Pengumpulan kekayaan melampau memburukkan ketidaksamarataan ekonomi dunia
Kekayaan bilionair meningkat secara mendadak pada tahun 2024, dengan kadar peningkatan tiga kali ganda lebih cepat berbanding tahun 2023. Bertrilion-trilion telah diberikan dalam harta warisan, mewujudkan oligarki bangsawan baharu yang mempunyai kuasa yang besar dalam politik dan ekonomi kita.
Kerajaan Madani masih sekat kebebasan bersuara
Sudah dua tahun Kerajaan Madani mentadbir, tetapi ia masih lembab dalam melaksanakan reformasi yang dijanjikan untuk memajukan demokrasi di negara kita, malah kebebasan bersuara masih disekat oleh pelbagai undang-undang represif dan tindakan intimidasi daripada pihak berkuasa.
Bumi dalam krisis: “Ini ialah darurat global tanpa sebarang keraguan!”
“Kita sedang berada di ambang bencana iklim yang tidak dapat dibalikkan seperti sedia kala,” begitu katanya Laporan Keadaan Iklim 2024. “Ini ialah darurat global tanpa sebarang keraguan. Kebanyakan fabrik kehidupan di Bumi sudah terancam. Kita sedang melangkah masuk ke fasa baharu krisis iklim yang kritikal dan tidak dapat diramalkan.”
Penyumberan luar kepada kontraktor swasta terus memangsakan pekerja bergaji rendah di sekolah kerajaan – Laporan kajian JPKK dedahkan lagi kepincangan sistem kontrak
Laporan kajian JPKK yang terbaru mendedahkan bahawa sistem kontrak perkhidmatan terhad masa terus disalahgunakan dalam pengupahan pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan (termasuk pekerja pembersihan, tukang kebun dan pengawal keselamatan) yang berkhidmat di sekolah-sekolah kerajaan di mana pekerja-pekerja ini menghadapi pelbagai masalah seperti pelanggaran hak pekerja dan tiada keterjaminan kerja.
PSM terus perjuangkan alternatif yang progresif: Catatan ringkas Kongres Nasional PSM ke-26
PSM bertekad untuk terus membina kuasa ketiga yang progresif sebagai alternatif kepada rakyat dalam suasana politik negara yang masih dihantui oleh isu perkauman dan pelbagai masalah yang disebabkan oleh sistem kapitalis. Ketekadan untuk memajukan gerakan kiri di tanah air ini ditunjukkan dalam semangat yang dibawa balik oleh ahli-ahli PSM yang menghadiri Kongres Nasional PSM ke-26.
Peningkatan inflasi menyebabkan penurunan ketara gaji sebenar – Laporan Gaji Global 2022-2023
Inflasi juga menjejaskan kuasa beli golongan pekerja yang menerima gaji minimum. Menurut anggaran Laporan Gaji Global 2022-2023, walaupun pelarasan nominal telah dibuat, tetapi inflasi harga barangan yang hebat sedang menghakis nilai sebenar gaji minimum dengan cepatnya di banyak negara.
Laporan IPCC: Tindakan segera diperlukan sekarang untuk elak malapetaka iklim yang lebih besar
Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) menerbitkan laporan terbarunya, “Perubahan Iklim 2022: Mitigasi Terhadap Perubahan Iklim”, dengan satu lagi amaran kepada kerajaan-kerajaan di dunia untuk mengambil tindakan serta-merta supaya mengehadkan pemanasan global dalam lingkungan 1.5oC sekiranya dunia kita hendak mengelak daripada malapetaka iklim yang lebih besar. Laporan “Perubahan Iklim 2022: Mitigasi Terhadap Perubahan Iklim” … Continue reading Laporan IPCC: Tindakan segera diperlukan sekarang untuk elak malapetaka iklim yang lebih besar
Laporan IPCC: Krisis iklim ancam kesejahteraan manusia dan kesihatan planet kita
Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) menerbitkan laporan terbarunya dengan amaran yang disifatkan oleh sesetengah ahli sains sebagai “paling suram setakat ini” mengenai kerosakan iklim.
Laporan IPCC: Kod merah untuk umat manusia hadapi krisis iklim
Laporan IPCC terbaru mengemukakan fakta bahawa secara jelasnya aktiviti manusia telah memanaskan planet Bumi kita pada kadar yang tidak pernah wujud dalam tempoh seratus tahun kebelakangan ini berbanding 2,000 tahun dahulu.