Ternyata sekali, polemik pengumuman Muhyiddin adalah semata-mata untuk menyelamatkan bahteranya yang sedang tenggelam. Kita tidak perlu memberi talian hayat kepada pentadbiran ini dengan harapan mereka akan membawa reformasi yang dicadangkan. Mereka tidak pernah jujur dan besar kemungkinan tidak akan jujur pada masa akan datang.
Rakyat turun aksi #KeluarDanLawan gesa Muhyiddin letak jawatan
Ratusan orang, khususnya anak-anak muda, turun ke jalanan di ibu negara pada hari ini dalam aksi #KeluarDanLawan untuk menyatakan bantahan terhadap Kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin yang gagal menangani krisis mendalam pada masa kini.
Proklamasi Darurat: Muhyiddin kekal berkuasa melalui pemerintahan dengan ordinan tanpa perlunya kelulusan Parlimen
Sehari selepas mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 6 buah negeri (negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor dan Sabah) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di 6 buah negeri lagi (iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan) yang berkuatkuasa dari 13 hingga 26 Januari 2021, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin … Continue reading Proklamasi Darurat: Muhyiddin kekal berkuasa melalui pemerintahan dengan ordinan tanpa perlunya kelulusan Parlimen
Imbas kembali 2020: Pergolakan dalam negara Malaysia
Kita sudah sampai ke penghujung tahun 2020 dan bakal menyambut Tahun Baru 2021. Marilah kita imbas kembali sepintas lalu pergolakan politik dan sosio-ekonomi yang berlaku di negara Malaysia sepanjang tahun 2020. 1. Penularan wabak COVID-19 dan PKP Pandemik penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) menular di seluruh dunia sejak awal tahun 2020, dan Malaysia juga tidak dapat … Continue reading Imbas kembali 2020: Pergolakan dalam negara Malaysia
Antara yang tersurat dan tersirat dalam Darurat: Adakah Muhyiddin tersilap baca?
oleh S. Arutchelvan Sejak Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin mengadap Yang di-Pertuan Agong pada 23 Oktober 2020, ramai cendekiawan, penganalisis politik, wartawan, pakar perundangan dan sebagainya mengulas sama ada Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk memperkenalkan darurat atau sama ada Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk menyokong atau menolak permohonan ini. Kesahihan atau tidak untuk darurat … Continue reading Antara yang tersurat dan tersirat dalam Darurat: Adakah Muhyiddin tersilap baca?
Pilihanraya Negeri Sabah: Bolehkah krisis politik diselesaikan?
Pada ketika Kerajaan Persekutuan nampaknya penuh dengan ketidakpastian dan terdapat banyak anggapan bahawa Parlimen Persekutuan mungkin akan dibubarkan bila-bila masa, negeri Sabah telah mendahuluinya dengan Pilihanraya Negeri yang lebih awal, selepas Negeri di Bawah Bayu ini dilanda krisis politik yang melibatkan cubaan rampasan kuasa oleh Perikatan Nasional (PN) untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri pimpinan Shafie Apdal. … Continue reading Pilihanraya Negeri Sabah: Bolehkah krisis politik diselesaikan?
Bolivia: Rakyat bangkit tuntut pilihanraya bebas dan penyingkiran rejim kudeta
Gelombang aksi protes yang baru melanda seluruh negara Bolivia sejak 3 Ogos 2020, apabila gerakan sosial, kesatuan pekerja, kumpulan petani dan organisasi masyarakat orang asal, turun berdemonstrasi di jalanan untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan sementara Bolivia di bawah pimpinan Jeanine Áñez yang menangguhkan pilihanraya umum di negara itu. Selain menuntut pilihanraya yang bebas … Continue reading Bolivia: Rakyat bangkit tuntut pilihanraya bebas dan penyingkiran rejim kudeta
Mahathir sudah hilang majoriti untuk tubuh Kerajaan Perpaduan
oleh S. Arutchelvan Nampaknya ada satu masalah utama dengan tugasan dan skop Perdana Menteri Interim. Saya difahamkan bahawa Yang Di-Pertuan Agong menjadikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim untuk membolehkan beliau menjadi “kerajaan penjaga” (caretaker government) sementara Yang Di-Pertuan Agong mencari seorang pengganti kepada Jawatan Perdana Menteri yang dikosongkan oleh Tun Mahathir. Kita sedia maklum bahawa, Tun Mahathir telah meletak jawatan … Continue reading Mahathir sudah hilang majoriti untuk tubuh Kerajaan Perpaduan
Perhimpunan Hotel Sheraton – Jom kita rampas kuasa!
oleh S. Arutchelvan Ketika rakyat menanti dengan gelisah, ketika kakitangan hospital bertungkus lumus untuk berperang dengan COVID-19, ketika wartawan berlari ke sana ke sini mencari berita, dan masa inilah, adanya segelintir ahli politik merancang untuk menggulingkan kerajaan dengan cara putar belit, fitnah dan manipulasi. Mereka datang dengan kereta mewah, mereka bincang di hotel mewah, membicarakan … Continue reading Perhimpunan Hotel Sheraton – Jom kita rampas kuasa!