Jika golongan elit masyarakat sedunia yang bersidang dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos benar-benar hendak menyelamatkan dunia daripada kehancuran, maka mereka harus menyerahkan kekayaan dan kekuasaan mereka kepada pekerja-pekerja mereka dan rakyat bawahan sedunia – iaitu kelas masyarakat yang benar-benar mempunyai keupayaan dan keterdesakan untuk menangani cabaran yang sedang dihadapi oleh dunia kita.
Peningkatan inflasi menyebabkan penurunan ketara gaji sebenar – Laporan Gaji Global 2022-2023
Inflasi juga menjejaskan kuasa beli golongan pekerja yang menerima gaji minimum. Menurut anggaran Laporan Gaji Global 2022-2023, walaupun pelarasan nominal telah dibuat, tetapi inflasi harga barangan yang hebat sedang menghakis nilai sebenar gaji minimum dengan cepatnya di banyak negara.
Sri Lanka: Rakyat bangkit lawan krisis ekonomi dan nepotisme Rajapaksa
Gelombang protes rakyat yang hebat tercetus di Sri Lanka untuk melawan krisis ekonomi dan pemerintahan keluarga Rajapaksa.
Skim Jaminan Kerja (Siri pengenalan teras “Permintaan Rakyat Mudah Je” – 02)
PSM menyeru kepada Kerajaan supaya melaksanakan Skim Jaminan Kerja untuk mencapai pengangguran sifar dan memastikan bahawa semua rakyat mempunyai pekerjaan yang dibayar dengan gaji sara hidup.
Mana dia program sokongan rakyat?
Pemuda Sosialis berpendapat bahawa perlu adanya program sokongan untuk kejadian sebegini supaya akses rakyat kepada keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, air, makanan, elektrik dan internet tidak terjejas.
Malaysia sakit, rakyat bangkit: #TINDAK15 gesa tindakan segera selamat nyawa rakyat
Malaysia sakit, rakyat bangkit! Lebih 600 orang berhimpun secara maya untuk mengemukakan tuntutan #TINDAK15 bagi pelaksanaan segera supaya menyelamatkan nyawa rakyat dan membebaskan masyarakat Malaysia daripada kemelut krisis COVID-19 yang sedang melanda pada masa kini.
Haiti: Rakyat terus lawan Presiden yang neoliberal dan korup
(foto oleh Joseph Odelyn / AP Photo) Gelombang protes yang baharu tercetus di Haiti sejak 10 Januari 2021, untuk menentang kerajaan pimpinan Presiden Jovenel Moïse yang mendapat sokongan daripada kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS). Ribuan warga awam, pelajar, pekerja, anggota gerakan sosial dan parti politik pembangkang telah bermobilisasi di seluruh negara itu untuk melawan cubaan … Continue reading Haiti: Rakyat terus lawan Presiden yang neoliberal dan korup
Skim berbentuk UBI diperlukan pada ketika ekonomi tidak menentu
“Kesihatan atau ekonomi? Kerajaan Pusat di Putrajaya nampaknya sedang teragak-agak dalam membuat keputusan sama ada meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Februari 2021 atau tidak, kerana angka jangkitan COVID-19 masih berada sekitar 3000-5000 kes baru setiap hari. Adalah jelas bahawa kita harus mengutamakan kesihatan berbanding ekonomi. Namun jika PKP perlu dipanjangkan lagi untuk membendung … Continue reading Skim berbentuk UBI diperlukan pada ketika ekonomi tidak menentu
GameStop: Pemberontakan popular dalam pasaran kewangan kasino?
Baru-baru ini, sekumpulan pelabur kecil yang amateur, yang berpakat melalui forum r/wallstreetbets dalam laman web Reddit dan menggunakan aplikasi perdagangan saham atas talian, telah berjaya menumpaskan beberapa buah dana lindung nilai (hedge fund) besar yang cuba mengaut keuntungan daripada aktiviti jualan kosong saham GameStop, sebuah syarikat peruncitan permainan video yang beribupejabat di Amerika Syarikat. Golongan … Continue reading GameStop: Pemberontakan popular dalam pasaran kewangan kasino?
Tunisia: Protes rakyat berlarutan kerana kesusahan ekonomi
Masih ingatkah gelombang protes hebat di Tunisia yang menjatuhkan pemerintahan Kerajaan Zine El Abidine Ben Ali pada 10 tahun yang lalu? Pada 14 Januari 2011, Zine El Abidine Ben Ali yang sudah berkuasa sebagai Presiden Tunisia selama 23 tahun, membubarkan kerajaannya dan mengisytihar darurat dalam usaha terdesaknya untuk menyekat gelombang protes hebat yang berlarutan hampir … Continue reading Tunisia: Protes rakyat berlarutan kerana kesusahan ekonomi