Wakil daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan organisasi-organisasi masyarakat yang bimbang tentang kesan peperangan di Ukraine terhadap bekalan dan kos makanan di Malaysia, mengunjungi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk menyerahkan satu memorandum yang mengandungi cadangan-cadangan kepada Kerajaan Malaysia untuk menangani krisis makanan yang bakal mengancam rakyat Malaysia.
Haiti: Rakyat terus lawan Presiden yang neoliberal dan korup
(foto oleh Joseph Odelyn / AP Photo) Gelombang protes yang baharu tercetus di Haiti sejak 10 Januari 2021, untuk menentang kerajaan pimpinan Presiden Jovenel Moïse yang mendapat sokongan daripada kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS). Ribuan warga awam, pelajar, pekerja, anggota gerakan sosial dan parti politik pembangkang telah bermobilisasi di seluruh negara itu untuk melawan cubaan … Continue reading Haiti: Rakyat terus lawan Presiden yang neoliberal dan korup
Retrospektif: Bagaimana jikalau Mahathir kendalikan krisis COVID-19?
oleh S. Arutchelvan Banyak pihak memuji cara Malaysia mengendalikan wabak COVID-19. Jumlah kes baru yang dilaporkan pada 17 April 2020 adalah yang terendah sejak PKP (Perintah Kawalan pergerakan) dikuatkuasakan, dengan jumlah kes baru yang dilaporkan di Malaysia adalah 69. Ini memang suatu berita yang menggembirakan tetapi kita tidak boleh terlalu ghairah dengan statistik ini, dan … Continue reading Retrospektif: Bagaimana jikalau Mahathir kendalikan krisis COVID-19?
Bertindak sekarang sebelum terlambat untuk tangani krisis iklim
Perubahan iklim global akibat daripada aktiviti masyarakat manusia yang membebaskan karbon ke atmosfera sedang mengancam kehidupan masyarakat sedunia. Glasier semakin merosot, ais laut semakin hilang, paras laut semakin meningkat, lautan semakin panas, cuaca semakin tidak menentu, flora dan fauna di merata tempat terkesan dengan pemanasan global. Penduduk dunia juga semakin kerap menghadapi bencana alam yang … Continue reading Bertindak sekarang sebelum terlambat untuk tangani krisis iklim
Anak muda akan “ponteng sekolah” pada 15 Mac untuk tuntut tindakan segera tangani krisis iklim sedunia
Dijangkakan puluhan ribu aktivis muda yang memperjuangkan isu perubahan iklim di sekurang-kurangnya 71 buah negara akan “ponteng sekolah” pada 15 Mac 2019 untuk mengambil bahagian dalam aksi mogok pelajar yang bakal dianggap sebagai salah satu protes alam sekitar yang terbesar di dunia. Aksi protes antarabangsa melalui mogok pelajar untuk menuntut tindakan segera dalam menangani krisis … Continue reading Anak muda akan “ponteng sekolah” pada 15 Mac untuk tuntut tindakan segera tangani krisis iklim sedunia