Kita harus kembali kepada perjuangan kelas. Kita harus membina kekuatan bukan sahaja di media sosial dan alam maya, tetapi di dunia nyata dengan kekuatan sebenar.
Krisis politik sekarang perlukan penyelesaian interim yang kukuh
PSM mencadangkan pemilihan seorang Perdana Menteri baru dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen, pembentukan sebuah Kerajaan Perpaduan Interim dan menetapkan tarikh PRU-15, bagi mewujudkan penyelesaian sementara yang stabil dan kukuh demi menangani krisis kesihatan dan ekonomi dalam jangka masa pendek ini.
Apabila Ketua Polis Negara mengadu, siapa yang nak siasat?
Ketua Polis Negara mengadu bahawa adanya satu kartel dalam PDRM yang cuba menjatuhkannya. Apabila rakyat ada masalah, mereka akan mengadu kepada polis untuk siasatan; tetapi apabila Ketua Polis Negara sendiri yang mengadu, siapa pula yang nak siasat?
Vaksin COVID-19: Biar cermat asal selamat!
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Ianya cukup jelas bahawa kita memerlukan vaksin COVID-19 bagi melawan pandemik koronavirus. Jika sejumlah besar populasi kita diimunkan secara signifikan – biarpun buat hanya sementara waktu atau untuk tempoh selama setahun atau dua – pastinya kadar jangkitan koronavirus akan menurun. Sekaligus, bermakna yang kita dapat mengurangkan tahap penjarakan sosial, serta lebih … Continue reading Vaksin COVID-19: Biar cermat asal selamat!
Perspektif alternatif dalam menangani masalah pengangguran belia
oleh Gandipan Nantha Gopalan Pengangguran belia pada kadar 13.1% adalah satu statistik yang amat membimbangkan. Pemuda PSM berpendapat bahawa perlunya satu anjakan paradigma dalam menangani masalah dalam sistem pendidikan dan peluang pekerjaan di Malaysia. Pemuda PSM tidak bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh ahli-ahli politik yang lain (tua mahupun muda) yang sering menyalahkan belia di negara ini … Continue reading Perspektif alternatif dalam menangani masalah pengangguran belia
Jalan buntu golongan elit di Amerika Syarikat
dikarang oleh Lee Ricson (disunting oleh Theng Jee Shen) Di Amerika Syarikat, kempen dan rusuhan terhadap keganasan polis dan rasisme telah meletus pada skala yang tidak pernah terlihat setelah kematian George Floyd. Walaupun keempat-empat polis yang terlibat menghadapi tindakan tertentu, namun tindakan tersebut hanyalah amaran sahaja yang tidak berkesan langsung. Para aktivis dapat mengawal seluruh … Continue reading Jalan buntu golongan elit di Amerika Syarikat
Kerajaan jangan cuci tangan daripada tanggungjawab menjamin hak pekerja pembersihan hospital
oleh A. Sivarajan Bayangkan anda bekerja selama 26 tahun, sebagai seorang pembersih hospital, tetapi anda masih dianggap pekerja baru oleh majikan subkontraktor yang dilantik oleh syarikat konsesi pembersihan. Tiada kenaikan gaji seperti pekerja di sektor lain, terima gaji minimum RM1200 sahaja. Tiada bonus tahunan. Tiada kenaikan pangkat. Majikan subkontraktor tukar selepas beberapa tahun, setiap kontraktor ini layan anda seperti pekerja baru. Kerja … Continue reading Kerajaan jangan cuci tangan daripada tanggungjawab menjamin hak pekerja pembersihan hospital
Menteri Sumber Manusia patut fokus pada pengwujudan kerja, bukan paksa rakyat ambil apa jua kerja yang ada
oleh Arveent Karthirtchelvan Menteri Sumber Manusia M. Saravanan baru-baru ini menyatakan bahawa rakyat Malaysia perlu mengubah corak pemikiran mereka dan menerima apa-apa pekerjaan yang ada untuk mengatasi masalah kadar pengangguran yang semakin meningkat. Pemuda PSM menyangkal kenyataan yang tidak bertanggungjawab, berfikiran sempit serta berdasarkan idea kuno ini. Terdapat beberapa sebab Pemuda PSM mempertikaikan kenyataan ini. … Continue reading Menteri Sumber Manusia patut fokus pada pengwujudan kerja, bukan paksa rakyat ambil apa jua kerja yang ada
Retrospektif: Bagaimana jikalau Mahathir kendalikan krisis COVID-19?
oleh S. Arutchelvan Banyak pihak memuji cara Malaysia mengendalikan wabak COVID-19. Jumlah kes baru yang dilaporkan pada 17 April 2020 adalah yang terendah sejak PKP (Perintah Kawalan pergerakan) dikuatkuasakan, dengan jumlah kes baru yang dilaporkan di Malaysia adalah 69. Ini memang suatu berita yang menggembirakan tetapi kita tidak boleh terlalu ghairah dengan statistik ini, dan … Continue reading Retrospektif: Bagaimana jikalau Mahathir kendalikan krisis COVID-19?
Hospital swasta enggan rawat pesakit dengan simptom pernafasan? Perbuatan yang keji!
oleh Rani Rasiah Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat terkejut apabila dimaklumkan tentang sesetengah hospital swasta yang terkenal enggan merawat individu-individu yang mempunyai simptom-simptom pernafasan kerana takut pesakit-pesakit ini dijangkiti dengan COVID-19. Respon standard hospital-hospital swasta ini dan doktor-doktor serta kakitangan kesihatan mereka adalah menasihatkan pesakit-pesakit dengan simptom pernafasan seperti batuk dan kesukaran bernafas untuk pergi … Continue reading Hospital swasta enggan rawat pesakit dengan simptom pernafasan? Perbuatan yang keji!
