GameStop: Pemberontakan popular dalam pasaran kewangan kasino?

Baru-baru ini, sekumpulan pelabur kecil yang amateur, yang berpakat melalui forum r/wallstreetbets dalam laman web Reddit dan menggunakan aplikasi perdagangan saham atas talian, telah berjaya menumpaskan beberapa buah dana lindung nilai (hedge fund) besar yang cuba mengaut keuntungan daripada aktiviti jualan kosong saham GameStop, sebuah syarikat peruncitan permainan video yang beribupejabat di Amerika Syarikat. Golongan … Continue reading GameStop: Pemberontakan popular dalam pasaran kewangan kasino?

Pengewangan hutang – Jangan biar perkara baharu takutkan anda!

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapatnya lonjakan dalam minat terhadat strategi “pengewangan hutang” (debt monetization) khususnya selepas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal menyokong pendekatan ini. Terdapatnya suara-suara yang menyokong dan membantahnya. Seorang bergelaran Tan Sri dalam salah satu kumpulan Whatsapp yang saya ada dalamnya menulis, “Mencetak wang adalah tidak bertanggungjawab dan membinasakan. Kita … Continue reading Pengewangan hutang – Jangan biar perkara baharu takutkan anda!

Belanjawan 2021: Idea baru diperlukan untuk tangani kemelesetan zaman COVID-19

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Apakah belanjawan yang paling sesuai untuk Malaysia mengharungi kemelesetan ekonomi yang timbul daripada pandemik COVID-19? Ini ialah isu penting yang patut kita bincangkan agar penyelesaian yang sesuai dapat ditemui. Setiap negara perlu membangunkan konsensus nasional mengenai bagaimana kapasiti kewangan negara yang terhad harus digunakan untuk mengurangkan kesan pandemik yang sedang berlaku … Continue reading Belanjawan 2021: Idea baru diperlukan untuk tangani kemelesetan zaman COVID-19

Lanjutan moratorium pinjaman bank bersasar – Tribunal diperlukan untuk selamatkan keluarga daripada naluri pemangsa bank!

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj  Pada 27 Julai 2020, Menteri Kewangan Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz menjelaskan pendirian Kerajaan berkenaan moratorium pinjaman bank apabila ditanya oleh Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng dalam sesi soal jawab di Parlimen. Menteri Kewangan mengumumkan bahawa bank yang beroperasi di Malaysia telah bersetuju untuk melanjutkan moratorium pinjaman untuk tiga … Continue reading Lanjutan moratorium pinjaman bank bersasar – Tribunal diperlukan untuk selamatkan keluarga daripada naluri pemangsa bank!

Hutang

Jika seseorang itu tiada wang untuk membeli sesuatu barang, dia pergi meminjam wang daripada seorang yang lain. Orang yang mendapat wang pinjaman itu adalah penghutang, manakala orang yang meminjam keluar wangnya itu adalah pemiutang. Wang yang dipinjamkan oleh pemiutang kepada penghutang itu perlu dipulangkan kepada pemiutang. Jika pemiutang itu sangat murah hati dan tidak mengharapkan … Continue reading Hutang

Kewangan

Matawang adalah sejenis komoditi. Ia adalah komoditi di mana semua komoditi yang lain menunjukkan nilai tukar masing-masing melalui nilainya. Sebagai pengukur bersama untuk nilai, matawang tiada apa-apa sifat yang misteri. Matawang juga merupakan hasil buruh manusia, dan ia mempunyai nilai yang tertentu. Apabila aktiviti pertukaran komoditi semakin kerap dan mendominasi seluruh masyarakat, matawang bukan lagi semata-mata … Continue reading Kewangan

Kredit

Kredit adalah “kepercayaan” yang membolehkah sesuatu pihak meminjam wang atau sumber kebendaan kepada orang lain (yang menjadi penghutang), di mana penghutang tidak perlu membayar balik serta-merta tetapi membayar balik beberapa ketika selepas itu (dan biasanya dengan pulangan faedah). Oleh itu, secara ringkasnya, sistem kredit adalah sistem pinjaman dengan pulangan berfaedah. Seorang lintah darat meminjam wang kepada seseorang, … Continue reading Kredit

Pengurusan kewangan untuk gaji sosial

PSM sentiasa mengetengahkan gaji sosial untuk setiap individu bagi memastikan taraf hidup minimum yang berkualiti. Gaji sosial seperti kesihatan berkualiti yang percuma, pengangkutan awam yang efisien, perumahan mampu milik serta pendidikan percuma juga membantu rakyat untuk mengelakkan daripada kemelut kemiskinan. Kos gaji sosial merupakan satu kos yang tinggi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam proses … Continue reading Pengurusan kewangan untuk gaji sosial