Majikan harus beri lebih keutamaan kepada keselamatan, kebajikan dan nyawa pembersihan

oleh M. Sarasvathy Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital-hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) mengucapkan terima Kasih kepada Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah yang telah mengeluarkan arahan untuk menjalankan saringan COVID-19 ke atas kakitangan yang bekerja di Hospital Teluk Intan. Arahan ini telah dikeluarkan pada 26 Mac 2020. Akan tetapi, beliau juga menafikan dakwaan yang … Continue reading Majikan harus beri lebih keutamaan kepada keselamatan, kebajikan dan nyawa pembersihan

Kenapa Edgenta UEMS abaikan kesihatan pekerja pembersihan di Hospital Teluk Intan?

Pekerja-pekerja pembersihan yang ditempatkan di jabatan hospital yang disahkan terdapat jangkitan COVID-19 dalam kalangan kakitangan, dinafikan saringan COVID-19 oleh pihak syarikat kontraktor yang mengupah mereka. Adakah syarikat kontraktor Edgenta UEMS tidak mempedulikan keselamatan dan nyawa pekerjanya? Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah pada hari ini (25-3-2020), seramai 37 orang petugas kesihatan … Continue reading Kenapa Edgenta UEMS abaikan kesihatan pekerja pembersihan di Hospital Teluk Intan?

Pekerja Infineon Kulim tuntut CA baru yang lebih baik

KULIM, KEDAH - 10 MAC 2020: Jalan buntu dalam perundingan untuk perjanjian bersama (CA) antara kesatuan sekerja dengan majikan di kilang Infineon Technologies yang terletak di Kulim, Kedah, telah dibuka semula selepas ratusan pekerja turun beraksi di hadapan kilang tersebut untuk mempertahankan hak mereka. Pekerja-pekerja di kilang Infineon Kulim mengadakan satu aksi piket di hadapan kilang … Continue reading Pekerja Infineon Kulim tuntut CA baru yang lebih baik

Belgium: Pekerja beraksi pertahan perlindungan sosial

Lebih kurang 20,000 orang pekerja Belgium berarak dan berprotes di bandaraya Brussels, ibu negara Belgium, pada 28 Januari 2020, bersempena dengan aksi mogok nasional yang dianjurkan kesatuan sekerja untuk mempertahankan perlindungan sosial. Aksi massa ini dianjurkan oleh Persekutuan Umum Buruh Belgium (ABVV/FGTB), sebuah gabungan kesatuan sekerja sosialis di Belgium. Demonstran yang turun beraksi di jalanan … Continue reading Belgium: Pekerja beraksi pertahan perlindungan sosial

Perancis: Mogok hebat paksa kerajaan berkompromi

Setelah aksi mogok umum yang berterusan untuk lebih 6 minggu di Perancis untuk menentang “pembaharuan” terhadap sistem pencen oleh Kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron, dan gas pemedih mata terus berterbangan di jalanan bandar besar seperti Paris, Kerajaan Perancis akhirnya terpaksa menawarkan kompromi dalam usahanya menghentikan perjuangan kelas pekerja yang sedang menggugat kekuasaan pemerintah Perancis ini. … Continue reading Perancis: Mogok hebat paksa kerajaan berkompromi

India: 250 juta pekerja mogok cabar kekuasaan Modi

250 juta orang hampir bersamaan dengan 8 kali ganda jumlah penduduk di Malaysia. Pada 8 Januari 2020, jumlah orang sebesar 8 Malaysia bermogok di India. India menyaksikan aksi mogok yang terbesar dalam dua dekad kebelakangan ini pada 8 Januari 2020 dengan penyertaan lebih kurang 250 juta orang, untuk menyatakan bantahan kelas pekerja terhadap dasar Kerajaan … Continue reading India: 250 juta pekerja mogok cabar kekuasaan Modi

Pekerja pembersihan hospital yang tidak disambung kerja mengadu di JPP

IPOH, PERAK: 6 orang pekerja pembersihan di Hospital Batu Gajah dan Hospital Parit Buntar telah memfailkan aduan kes di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan, berikutan pembuangan kerja selepas syarikat kontraktor baru, Edgenta UEMS, mengambilalih kontrak kerja pembersihan di hospital mereka bekerja. Mereka telah memfailkan kes di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Perak. Kontrak pembersihan di … Continue reading Pekerja pembersihan hospital yang tidak disambung kerja mengadu di JPP

Edgenta UEMS mungkir janji dan terus mangsakan ahli kesatuan pekerja

Niat syarikat Edgenta UEMS Sdn Bhd untuk menghancurkan kesatuan pekerja dengan taktik kotor dan keji nampaknya tidak pernah dibatalkan. Edgenta UEMS, anak syarikat kepada UEM Edgenta, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), telah mengambilalih kontrak pembersihan 22 buah hospital di negeri Perak dan Pulau Pinang daripada syarikat NS Medik mulai 1 Januari 2020. Namun, Edgenta UEMS … Continue reading Edgenta UEMS mungkir janji dan terus mangsakan ahli kesatuan pekerja

Pekerja pembersihan hospital bantah pemangsaan kesatuan

2 DISEMBER 2019 - PUTRAJAYA: Pekerja-pekerja pembersihan di hospital-hospital kerajaan berprotes di hadapan Kementerian Kesihatan pada hari ini, untuk membantah pemangsaan kesatuan oleh syarikat pemenang konsesi perkhidmatan sokongan di hospital awam. Pekerja-pekerja yang berprotes ini ialah ahli kepada Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM), dari 22 buah hospital kerajaan di … Continue reading Pekerja pembersihan hospital bantah pemangsaan kesatuan

Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan – MTUC, Menteri dan kelas pekerja

oleh S. Arutchelvan Baru-baru ini, kita dapat dengar pertukaran pandangan daripada Menteri Sumber Manusia dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengenai pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang dibentangkan dalam Parlimen. Dalam senario yang tidak pernah wujud, kedua-dua Kesatuan Pekerja dan Persekutuan Majikan nampaknya bersetuju dalam bantahan terhadap pembaharuan yang diperkenalkan dalam pindaan undang-undang tersebut. Kami … Continue reading Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan – MTUC, Menteri dan kelas pekerja