Deklarasi Hari Habitat 2020: Perumahan dan COVID-19 oleh Biro Perumahan dan Peneroka Parti Sosialis Malaysia (PSM) Selamat Hari Habitat. Tahun ini merupakan satu tahun yang paling mencabar untuk umat manusia keseluruhannya. Serangan wabak COVID-19 ternyata mengubah landskap dunia hari ini. Hampir semua pergerakan manusia dan alam sekitar terjejas tetapi ternyata manusia sangat kerdil berbanding kekuatan … Continue reading Deklarasi Hari Habitat 2020: Perumahan dan COVID-19
Pilihanraya tempatan: Jika pernah bersedia menyakinkan Mahathir, kenapa pula gagal yakinkan Muhyiddin?
oleh Choo Chon Kai Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat kecewa dengan kenyataan Zuraida Kamaruddin selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada hari ini di Dewan Rakyat bahawa Kerajaan Perikatan Nasional tidak akan melaksanakan rancangan untuk mengembalikan pilihanraya tempatan. Pilihanraya Kerajaan Tempatan ataupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan salah satu tunjang yang penting kepada sebuah demokrasi … Continue reading Pilihanraya tempatan: Jika pernah bersedia menyakinkan Mahathir, kenapa pula gagal yakinkan Muhyiddin?
Pilihanraya Kerajaan Tempatan satu keperluan! – Kembalikan demokrasi kepada akar umbi
oleh Nik Aziz Afiq Bin Abdul Sidang Dewan Rakyat pada 14 Julai lalu menimbulkan satu isu yang hangat diperkatakan, iaitu berkenaan pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menjawab soalan di Parlimen dengan mengatakan bahawa idea pilihanraya tempatan tidak mendapat sokongan ketika berada dalam Pakatan Harapan (PH) dan tidak … Continue reading Pilihanraya Kerajaan Tempatan satu keperluan! – Kembalikan demokrasi kepada akar umbi
Rakyat miskin dihalau, pemaju rumah dipeluk!- Penyewa PPR bukan culas, hentikan pengusiran paksa
oleh Karthiges Rajamanickam Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam kenyataan kerajaan yang mendakwa bahawa penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) malas dan tidak membayar sewa sehingga mengancam menyenaraihitamkan mereka di bawah Agensi Pelaporan Kredit (CRA) termasuk CTOS. Kenyataan sebegini tidak berprihatin pada golongan masyarakat miskin, lebih-lebih lagi pada masa pandemik sekarang ini. Pada masa yang sama, kerajaan … Continue reading Rakyat miskin dihalau, pemaju rumah dipeluk!- Penyewa PPR bukan culas, hentikan pengusiran paksa
Impak COVID-19 kepada perumahan rakyat – Adakah harga rumah akan jatuh?
oleh Karthiges Rajamanickam Beberapa hari yang lalu, akhbar The Star melaporkan bahawa harga rumah atau hartanah akan jatuh selepas pandemik COVID-19 ini dan mereka yang ingin membeli akan untung. Perspektif daripada pemaju ini juga menjangkakan lebih ramai pemilik hartanah akan menjual dengan harga murah dan memberi impak positif kepada pembeli baru. Persoalan yang wujud di sini adalah, adakah harga rumah sebelum pandemik … Continue reading Impak COVID-19 kepada perumahan rakyat – Adakah harga rumah akan jatuh?
Masyarakat ladang tuntut penggubalan akta perumahan
KUALA LUMPUR - 4 DISEMBER 2019: Lebih 500 orang berprotes di hadapan bangunan Parlimen pada hari ini untuk menuntut pada Kerajaan Persekutuan supaya menggubal undang-undang yang menjamin hak perumahan masyarakat ladang di seluruh Malaysia. Aksi yang disertai oleh pekerja, bekas pekerja dan penduduk di lebih 30 buah ladang di seluruh Malaysia ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Sokongan … Continue reading Masyarakat ladang tuntut penggubalan akta perumahan
Di mana perumahan PPR dalam Belanjawan 2020?
oleh A. Sivarajan Pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan pada minggu lalu, menimbulkan kerisauan kerana tiada apa jua perancangan ataupun usaha yang dibentangkan menuju ke arah mengurangkan harga rumah yang melambung naik. Kini sudah ada kajian dan pengakuan daripada pelbagai pihak bahawa rumah yang ditawarkan oleh pemaju di pasaran adalah jauh daripada kemampuan rakyat pekerja … Continue reading Di mana perumahan PPR dalam Belanjawan 2020?
Lindungi hak peneroka bandar, hentikan pengusiran paksa
KUALA LUMPUR – 8 OKTOBER 2019: Bersempena dengan Hari Habitat Sedunia 2019, Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan mengadakan aksi protes di hadapan Bangunan Parlimen pada hari ini untuk menggesa Kerajaan supaya menghormati hak peneroka bandar dan menghentikan pengusiran paksa. Aksi ini diadakan bersempena dengan Hari Habitat Sedunia 2019. Hari Habitat Sedunia disambut pada hari Isnin … Continue reading Lindungi hak peneroka bandar, hentikan pengusiran paksa
Kerajaan bukan jurujual pemaju hartanah
Kerajaan harus sedar bahawa tanggungjawabnya adalah memastikan rakyat mendapat jaminan kehidupan sejahtera, bukannya menjadi jurujual untuk golongan kapitalis yang menjalankan perniagaan yang menggadaikan jaminan kehidupan sejahtera ini. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dilaporkan sedang meneliti cadangan menganjurkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) untuk menarik pembeli dari China dan Hong Kong bagi menyelesaikan isu lambakan rumah … Continue reading Kerajaan bukan jurujual pemaju hartanah
Jangan rampas peluang terakhir rakyat berteduh!
oleh Karthiges Rajamanickam Parti Sosialis Malaysia (PSM) membantah cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menggantikan Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan Program Perumahan Malaysia (PPM) yang berniat untuk melibatkan pemodal swasta dalam menyediakan rumah kepada rakyat marhaen. Petikan daripada laporan akhbar pada 6 September 2019 menyatakan bahawa kaedah perlaksanaan PPM adalah melalui 'request for … Continue reading Jangan rampas peluang terakhir rakyat berteduh!