(Siri “Malaysia Bekerja” – 2)

oleh Sharan Raj

Kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menjana 500,000 pekerjaan tanpa polisi kukuh merupakan sebuah gimik politik. Kekurangan pengetahuan ekonomi rakyat dan menjana pekerjaan oleh Zafrul sedang menyebabkan rakyat merana.

Kerajaan wajar memperkenalkan polisi strategik untuk merangsangkan pembangunan industri baharu supaya mencipta pekerjaan di Malaysia. 

Kerajaan perlu membenarkan akses kepada grid elektrik untuk syarikat supaya menghasilkan keperluan elektrik daripada Tenaga Boleh Baharu (TBB) di sesuatu tempat dan digunakan di tempat lain yang memerlukannya. Membenarkan akses kepada grid elektrik akan membawa pelaburan daripada sektor pembuatan ke dalam sektor TBB yang akan menjana pekerjaan.

Contohnya, sisa kelapa sawit di ladang Sime Darby di kawasan luar bandar boleh menjana elektrik untuk pusat jualan kenderaan dan pejabat korporatnya di Selangor. TNB boleh mengutip bayaran kecil daripada Sime Darby kerana menggunakan grid elektrik.

Kerajaan boleh mengubahsuai premis kerajaan untuk menjadi bangunan cekap tenaga. Peningkatan permintaan barang binaan cekap tenaga juga boleh mewujudkan pekerjaan.

Kerajaan akan menerima penjimatan sebanyak RM12 bilion daripada subsidi petrol antara tahun 2020 hingga 2021 kerana harga minyak rendah. Kerajaan boleh membeli lebih 13,300 buah bas elektrik dengan RM12 bilion. Bas elektrik boleh digunakan untuk memperkasakan sistem pengangkutan awam di samping mewujudkan beribu-ribu pekerjaan.

Kerajaan perlu mengenal pasti industri baharu untuk dirangsangkan demi mencipta pekerjaan bagi mengurangkan pengangguran dalam kalangan rakyat. 

==========

Sharan Raj ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Setiausaha PSM Melaka.

==========

Tulisan lain dalam siri “Malaysia Bekerja”:

Perkenalkan skim pendapatan asas untuk rangsang ekonomi

Nasionalisasi semula kerja perkhidmatan sokongan

2 thoughts on “Malaysia Bekerja: Dasar strategik untuk rangsang pembangunan industri baharu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s