Revolusi 1848 (Siri Revolusi Dunia – 09)

“Seekor hantu sedang berkeliaran di Eropah - hantu komunisme. Semua kuasa Eropah lama telah memasuki sebuah perikatan suci untuk mengusir hantu ini: Paus dan Tsar, Metternich dan Guizot, Radikal Perancis dan perisik polis Jerman,” begitu tulisnya Manifesto Komunis yang diterbitkan di London pada 21 Februari 1848. Namun, apa yang tidak dijangkakan oleh penulisnya Karl Marx dan Friedrich Engels pada masa itu, François Guizot daripada “Metternich dan Guizot” yang hendak mengusir hantu komunisme itu dijatuhkan dua hari selepas Manifesto Komunis diterbitkan kerana revolusi yang tercetus di Perancis; sementera Klemens von Metternich, jurubina susunan ultra-konservatif Eropah pasca Napoleon, digulingkan tiga minggu kemudian apabila pemberontakan rakyat tercetus di Vienna.

Revolusi: Perjuangan masyarakat untuk pembebasan sebenar

“Setiap revolusi bermakna perubahan secara mendadak dalam kehidupan sejumlah besar rakyat. Selagi masa belum lagi matang untuk perubahan sebegini, tiada revolusi yang sebenar akan berlaku. Seperti mana-mana perubahan dalam kehidupan seseorang individu mengajarnya tentang pelbagai perkara dan membawa pengalaman yang kaya dan tekanan emosi yang hebat, maka revolusi mengajar seluruh rakyat pelajaran yang sangat kaya … Continue reading Revolusi: Perjuangan masyarakat untuk pembebasan sebenar

Pengumpulan modal

Pengumpulan modal atau akumulasi modal (capital accumulation) adalah proses permodalan nilai surplus, iaitu proses menukarkan nilai surplus kepada modal. Pengeluaran kapitalis bukan sahaja pengeluaran komoditi (barangan yang dihasilkan untuk dijual) yang bermotifkan keuntungan, tetapi juga untuk pengumpulan modal. Logik kapitalisme menetapkan bahawa kebanyakan nilai surplus perlu dikumpulkan (untuk ditukarkan kepada modal tambahan, membeli mesin baru, membeli lebih … Continue reading Pengumpulan modal

Asal usul dan komponen idea-idea Marxisme

Marxisme merupakan salah satu aliran pemikiran yang penting dalam gerakan sosialis. Ideologi atau fahaman seseorang itu dibentuk oleh keadaan persekitaran yang berhubung rapat dengan kehidupannya, pergolakan zaman yang dialaminya, pengalaman hidup yang dilaluinya, dan juga pemikiran pada zaman itu yang terdedah kepadanya. Begitu jugalah dengan Karl Marx (1818-1883) dan idea-ideanya, bukannya sesuatu yang tertimbul secara … Continue reading Asal usul dan komponen idea-idea Marxisme

Ada apa dengan Manifesto Komunis?

Pada 21 Februari 1848, Manifesto Komunis diterbitkan di London, Britain. Manifesto Komunis ditulis secara bersama oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Buku yang kecil ini pada asalnya bertujuan untuk digunakan sebagai program politik bagi “Liga Komunis” (dalam bahasa Jerman: Bund der Kommunisten). Liga Komunis merupakan prototaip kepada organisasi revolusioner kelas proletariat. Pada tahun 1847, Marx … Continue reading Ada apa dengan Manifesto Komunis?

Kenapa masih perlu baca Das Kapital?

Buku “Das Kapital” yang diterbitkan pada tahun 1867, merupakan salah satu karya pemikiran Karl Marx yang amat penting. Buku ini membawa kritikan yang amat tajam dan mendalam terhadap sistem kapitalis. (Das Kapital adalah perkataan Bahasa Jerman, Capital dalam Bahasa Inggeris, dan bermaksud Modal dalam Bahasa Malaysia.) Pemikiran Marx dan Marxisme bukannya sesuatu yang jatuh dari … Continue reading Kenapa masih perlu baca Das Kapital?