Koronavirus, kegawatan, krisis dan kapitalisme

Sungai Yangtze atau Sungai Panjang di China, sungai terpanjang di benua Asia, mengalir melalui satu tempat yang sebegini di wilayah Hubei yang terletak di bahagian tengah Tanah Besar China: Di tebing barat laut Sungai Yangtze, terdapat sebuah tempat bernama Hanyang, yang pernah menjadi pusat perindustrian yang penting di China, di mana kilang senjata Hanyang yang … Continue reading Koronavirus, kegawatan, krisis dan kapitalisme

Wabak penyakit dan kapitalisme

Tirai kapitalisme dibuka dengan penularan wabak Pada tahun 1545-1548, sejenis wabak penyakit demam berdarah yang dikenali sebagai Cocoliztli merebak di wilayah Sepanyol Baru (Nueva España), iaitu tanah jajahan Empayar Sepanyol pada masa itu di kawasan Mexico hari ini, dianggarkan telah membunuh seramai 5 juta hingga 15 juta orang penduduk masyarakat orang asal tempatan, ataupun bersamaan … Continue reading Wabak penyakit dan kapitalisme

6 syarikat gergasi teknologi global tidak bayar cukai lebih USD100 bilion

6 buah syarikat gergasi di “Lembah Silikon” Amerika Syarikat, iaitu Amazon, Apple, Facebook, Google, Microsoft dan Netflix, yang juga dikenali sebagai “Silicon Six” telah mengelak diri daripada membayar lebih USD 100 bilion dalam cukai global untuk dekad ini! Pendedahan ini dibuat dalam satuanalisis yang diterbitkan baru-baru ini oleh Fair Tax Mark, satu kumpulan yang beribupejabat di … Continue reading 6 syarikat gergasi teknologi global tidak bayar cukai lebih USD100 bilion

Immanuel Wallerstein (1930-2019): Intelek anti-kapitalis yang bangunkan analisis Sistem-Dunia

“Tiadanya dan tidak boleh adanya kapitalisme yang pelbagai kerana kapitalisme ialah struktur tunggal yang merupakan ciri penentu untuk sistem dunia moden.” - Immanuel Wallerstein, Capitalism as an Essential Concept to Understand Modernity, 2016 Immanuel Wallerstein, seorang tokoh intelek dalam bidang sosiologi, sejarah ekonomi dan analisis sistem-dunia yang terkenal di Amerika Syarikat, meninggal dunia pada 31 … Continue reading Immanuel Wallerstein (1930-2019): Intelek anti-kapitalis yang bangunkan analisis Sistem-Dunia

Warisan tradisional “Tongkat Ali” dicuri korporat

Akhbar The Star bertarikh 31 Julai 2019 menyiarkan satu “Notis Amaran” yang dikeluarkan oleh Messrs. Bustaman, peguamcara untuk syarikat Biotropics Malaysia Berhad, menyatakan bahawa Biotropics ialah pemegang lesen tunggal untuk paten terhadap komponen bioaktif daripada ekstrak akar tumbuhan Eurycoma longifolia (yang lebih dikenali umum sebagai “Tongkat Ali”)! “Notis amaran” tersebut mengatakan bahawa mana-mana individu atau … Continue reading Warisan tradisional “Tongkat Ali” dicuri korporat

Nasib kelas pekerja dalam sistem kapitalis dan jalan keluarnya

oleh Cecilia Antonysamy  “Anak saya 3 orang – umur 15 tahun, 12 tahun, dan 2 tahun”, kata seorang bekas pekerja pembersihan sekolah yang diberhentikan kerja tempoh hari 31 Mei 2019 lalu. “Duit lampin bayi, duit beli susu dah berapa dah sebulan? Anak saya yang berumur 15 tahun akan menduduki PMR akhir tahun ini, terpaksa saya … Continue reading Nasib kelas pekerja dalam sistem kapitalis dan jalan keluarnya

Imperialisme

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang mempunyai sifat perluasan paling hebat dalam sejarah. Kapitalisme menular dan menelan seluruh dunia tanpa halangan. Perluasan ekonomi kapitalis berkaitan rapat dengan imperialisme. Sejarah kapitalisme perindustrian boleh dibahagikan kepada dua peringkat utama: Peringkat persaingan bebas – dari 1760-an (Revolusi Industri) hingga tahun 1880-an Peringkat imperialis – dari tahun 1880-an hingga sekarang … Continue reading Imperialisme

Kapitalisme dan perkauman

Rasisme berkait rapat dengan kapitalisme, malah rasisme itu produk yang dihasilkan daripada kapitalisme dan berfungsi untuk memperkukuhkan sistem kapitalis. Rasisme ialah sejenis fahaman atau ideologi yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Rasisme ditunjukkan dalam prejudis terhadap sesuatu kaum yang lain dan tindakan yang bersifat diskriminasi atau pilih kasih berasaskan kaum. Kapitalisme pula merupakan sistem … Continue reading Kapitalisme dan perkauman

Takut apa pada Sosialisme?

(Rencana khas Ulangtahun ke-21 penubuhan PSM) oleh S. Arutchelvan  Beberapa hari yang lalu, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Soam Heng Choon memberi amaran bahawa negara ini bukan negara Sosialis dan memberi teguran terhadap sebarang niat oleh kerajaan untuk mengawal harga perumahan. Beliau berkata kita kena membenarkan pasaran bebas untuk menentukan harga barangan. Inilah … Continue reading Takut apa pada Sosialisme?

Kapitalisme ancaman hebat kepada Bumi

Kapitalisme ialah sistem sosio-ekonomi yang melibatkan pengeluaran komoditi (barangan yang dihasilkan untuk dijual) secara besar-besaran untuk memaksimumkan keuntungan pemodal (kapitalis). Sistem ekonomi kapitalis memang mendatangkan pembangunan kebendaan yang hebat kepada masyarakat manusia, dengan kekayaan masyarakat yang dicipta hari ini sudah jauh lebih banyak berbanding masyarakat pra-kapitalis, namun ia juga mengundang pelbagai masalah serius kepada masyarakat … Continue reading Kapitalisme ancaman hebat kepada Bumi