Soalan Lazim (FAQ) mengenai isu pekerjaan dan perburuhan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menerbitkan satu set jawapan kepada soalan-soalan lazim mengenai isu pekerjaan dan perburuhan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (18-31 Mac 2020) yang bertujuan untuk membendung penularan wabak COVID-19. Berikut ialah isi kandungan penuh maklumat tentang soalan-soalan lazim ini: Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Sumber Manusia, 19 Mac 2020 1. Jika … Continue reading Soalan Lazim (FAQ) mengenai isu pekerjaan dan perburuhan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan dan soalan lazim pekerja

1. Bolehkah majikan boleh meminta pekerja untuk mengambil Cuti Tahunan (annual leave) semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan? Tidak boleh. Jika dipaksa, pekerja boleh membuat aduan di JabatanTenaga Kerja (JTK) berdekatan. 2. Bolehkah majikan meminta pekerja untuk mengambil cuti tidak berbayar (unpaid leave) semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan? Majikan tidak boleh mengarahkan pekerja untuk … Continue reading Perintah Kawalan Pergerakan dan soalan lazim pekerja

Pekerja migran derita kerana syarikat milik CMI Melaka gagal laksana tanggungjawab sebagai majikan yang berperikemanusiaan

BANDAR BARU BANGI, SELANGOR - 17 FEBRUARI 2020: Seramai 130 orang pekerja migran dari Bangladesh tidak dibayar gaji 5 bulan dan terpaksa hidup dalam keadaan menderita tanpa pendapatan asas untuk makanan serta keperluan asas lain, kerana majikan yang mengupah mereka gagal melaksanakan tanggungjawabnya untuk melindungi hak asasi pekerja. Lebih-lebih lagi, pemegang saham terbesar syarikat yang … Continue reading Pekerja migran derita kerana syarikat milik CMI Melaka gagal laksana tanggungjawab sebagai majikan yang berperikemanusiaan

Serbu majikan yang tidak patuh Perintah Gaji Minimum – JTK harus lebih tegas lindungi hak pekerja

oleh Cecilia Anthonysamy “Kalau tak suka, kamu semua boleh berhenti.” Ini jawapan majikan apabila pekerja mengadu dan memohon untuk dibayar gaji minimum. Pekerja-pekerja kontrak pembersihan di sebuah universiti di Kuala Lumpur hanya dibayar gaji RM900 sebulan. Tidak ada potongan PERKESO, KWSP atau Skim Insurans Pekerjaan (SIP). Tidak ada kontrak bertulis. Tidak ada penyata gaji pun. … Continue reading Serbu majikan yang tidak patuh Perintah Gaji Minimum – JTK harus lebih tegas lindungi hak pekerja

Pekerja pembersihan Politeknik Ungku Omar protes tuntut hak

IPOH – 17 APRIL 2019: Pekerja-pekerja pembersihan dari Politeknik Ungku Omar telah mengadakan satu aksi protes di hadapan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak pagi tadi, untuk membantah terhadap penindasan oleh majikan dan kegagalan Jabatan Tenaga Kerja dalam menyelesaikan aduan mereka. Pekerja-pekerja ini diupah oleh kontraktor yang mendapat kontrak pembersihan untuk Politeknik Ungku Omar. Seramai 7 … Continue reading Pekerja pembersihan Politeknik Ungku Omar protes tuntut hak

Pekerja pembersihan dapat balik gaji sebulan yang tertunggak 3 tahun dahulu

SUBANG JAYA, SELANGOR – 21 MAC 2019: 4 orang pekerja kontrak berjaya mendapat balik gaji sebulan yang tidak dibayar 3 tahun dahulu pada hari ini setelah bekas majikan bersetuju untuk membayar. 4 orang pekerja ini ialah pekerja pembersihan yang diupah oleh kontraktor Sekilas Enterprise pada bulan Mei 2013 hingga Mei 2016. Mereka bekerja di Sekolah … Continue reading Pekerja pembersihan dapat balik gaji sebulan yang tertunggak 3 tahun dahulu