Iraq: Wanita berprotes desak hentikan keganasan

Ribuan wanita Iraq turun berprotes dalam perarakan besar-besaran pada 13 Februari 2020, di bandar-bandar seperti Baghdad, Basra, Karbala, Najaf dan Nasiriyah, untuk membantah keganasan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan dan kumpulan militia bersenjata terhadap demonstran yang menyertai protes anti-kerajaan. Mereka yang berprotes juga mencabar “kod etika” yang diumum oleh Muqtada al-Sadr, seorang ulama mazhab Shia … Continue reading Iraq: Wanita berprotes desak hentikan keganasan

Iraq: Protes massa desak pengunduran tentera AS

Kemarahan rakyat terhadap pendudukan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq telah ditunjukkan dalam aksi jalanan. Ratusan ribu orang rakyat Iraq berprotes di Baghdad pada 24 Januari 2020 untuk mendesak pengunduran tentera AS dari negara itu. Dua hari selepas itu, pada 26 Januari 2020, satu lagi aksi protes diadakan oleh pelajar-pelajar Iraq yang menuntut supaya menghentikan … Continue reading Iraq: Protes massa desak pengunduran tentera AS

Trump mahu cetus satu lagi perang untuk kekal sebagai Presiden AS?

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mahu mencetuskan perang lagi di rantau Timur Tengah dalam usahanya mempertahankan jawatan Presiden AS? Tentera AS melancarkan satu serangan udara pada hari ini (3 Januari 2020) terhadap satu konvoi yang sedang bergerak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad. Serangan tersebut telah membunuh beberapa orang termasuk kepimpinan tinggi tentera dari Iran, … Continue reading Trump mahu cetus satu lagi perang untuk kekal sebagai Presiden AS?

Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

Tahun 2019 merupakan satu tahun yang penuh dengan perjuangan. Dari awal tahun hingga ke akhir tahun, dari benua Afrika ke Asia dan Amerika Latin, rakyat turun beramai-ramai ke jalanan untuk berprotes, ada yang berjaya menjatuhkan rejim bersifat kediktatoran, ada yang berjaya memaksa kerajaan yang memerintah membatalkan dasar anti-rakyat yang cuba dibawanya, ada yang masih bertahan … Continue reading Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

Oktober bergelora: Gelombang protes berterusan demi keadilan sosial

Bulan Oktober 2019 yang lalu, merupakan bulan yang penuh dengan gelombang kebangkitan rakyat di merata tempat di dunia. Dari Catalonia ke Haiti, dari Lubnan ke Chile dan Ecuador, rakyat turun ke jalanan dalam jumlah yang besar untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap ketidakadilan dan memperjuangkan masa hadapan yang lebih baik. Sama ada perjuangan untuk menentang keganasan … Continue reading Oktober bergelora: Gelombang protes berterusan demi keadilan sosial

Iraq: Momentum gelombang protes berterusan

Gelombang protes di Iraq sedang berterusan, dengan pusingan terbaru protes bermula lagi pada 24 Oktober 2019 apabila ribuan rakyat, kebanyakannya anak-anak muda, turun ke jalanan di seluruh negara Iraq untuk menuntut perubahan menyeluruh kepada sistem politik di situ. Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah dan university-universiti juga menyertai aksi protes. Demonstran mengadakan aksi duduk bantah di Dataran Tahrir … Continue reading Iraq: Momentum gelombang protes berterusan

Iraq: Gelombang protes menentang pengangguran, korupsi dan kemerosotan perkhidmatan awam

Pada 1 Oktober 2019, gelombang protes yang baru tercetus di ibu negara Iraq, Baghdad, dan juga beberapa wilayah di negara itu, apabila ribuan rakyat turun ke jalanan untuk berdemonstrasi menentang kerajaan Adil Abdul-Mahdi yang gagal melindungi kesejahteraan rakyat. Rakyat yang berprotes marah dengan keadaan pengangguran yang serius, korupsi agensi kerajaan yang berleluasa dan kualiti perkhidmatan … Continue reading Iraq: Gelombang protes menentang pengangguran, korupsi dan kemerosotan perkhidmatan awam

Perang Iraq: Jenayah AS terhadap kemanusiaan yang tidak boleh dilupakan

16 tahun dahulu, pada 20 Mac 2003, tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan terhadap Iraq dan mencetuskan Perang Iraq yang dahsyat. Pencerobohan tentera AS bersama dengan sekutunya (United Kingdom, Australia dan Poland), menjatuhkan rejim Saddam Hussein (yang pernah disokong AS ketika Perang Iran-Iraq 1980-1988) dengan cara ketenteraan, dan memulakan pendudukan tentera AS di Iraq selama … Continue reading Perang Iraq: Jenayah AS terhadap kemanusiaan yang tidak boleh dilupakan