India: Rakyat mobilisasi untuk lawan akta yang bersifat diskriminasi

Rakyat India yang menentang Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) yang bersifat diskriminasi telah turun ke jalanan dalam jumlah yang besar pada 19 Disember 2019 di bandar-bandar seluruh India, termasuk Delhi, Mumbai, Bengaluru, Kolkata Chennai, Lucknow, Chandigarh, Patna, Thiruvananthapuram, Ahmedabad, Hyderabad dan banyak lagi. Golongan progresif dan parti-parti berhaluan kiri telah bermobilisasi untuk menentang CAA. Pihak polis … Continue reading India: Rakyat mobilisasi untuk lawan akta yang bersifat diskriminasi

India: “Belantan kau hanya boleh patahkan tulang kami, bukannya semangat penentangan kami!”

Pelajar-pelajar di seluruh negara India bangkit bersama dalam protes membantah kezaliman polis. Pada 15 Disember 2019, polis India menyerang dua buah institusi pengajian tinggi di negara itu, iaitu Universiti Jamia Millia Islamia (JMI) di New Delhi dan Universiti Aligarh Muslim (AMU) di Uttar Pradesh, di mana pelajar-pelajar di situ sedang berprotes membantah kelulusan Rang Undang-undang … Continue reading India: “Belantan kau hanya boleh patahkan tulang kami, bukannya semangat penentangan kami!”

India: Rakyat bantah akta bersifat diskriminasi

oleh Gandipan Nantha Gopan Akta kerakyatan yang berunsur diskriminasi mencetuskan kemarahan rakyat India! Rakyat telah turun ke jalanan dan berprotes menentang satu akta yang berunsur diskriminasi secara tidak langsung terhadap kaum Muslim di India. Satu gelombang protes sedang berlaku di negara India yang disebabkan oleh pengiktirafan sebuah akta yang dikenali sebagai Citizenship (Amendment) Bill (CAB). Selepas beberapa … Continue reading India: Rakyat bantah akta bersifat diskriminasi

Ada apa dengan krisis Kashmir?

Tindakan Kerajaan India membatalkan status khas negeri Jammu dan Kashmir baru-baru ini, telah mencetuskan krisis terbaru untuk wilayah Kashmir, dan memperhebatkan ketegangan politik di rantau Asia Selatan, di samping penyekatan ruang politik yang serius untuk rakyat Kashmir. Di mana Kashmir? Kashmir ialah wilayah geografi yang paling utara dalam benua kecil India. Kashmir ialah sebuah wilayah … Continue reading Ada apa dengan krisis Kashmir?

Pilihanraya India: Ironi hebat dalam demokrasi terbesar di dunia

Puak pelampau kanan anti-demokratik yang mengapi-apikan sentimen agama dan fahaman nasionalis yang sempit menang dalam pilihanraya di negara yang kononnya demokrasi terbesar di dunia, adalah tamparan yang hebat kepada demokrasi borjuasi. Pakatan Demokratik Nasional (National Democratic Alliance, NDA) yang diterajui oleh Parti Bharatiya Janata (BJP), sebuah parti nasionalis Hindu pelampau kanan yang dipimpin oleh Narendra … Continue reading Pilihanraya India: Ironi hebat dalam demokrasi terbesar di dunia

Kebangkitan Naxalbari

(Tulisan ini diterbitkan bersempena dengan ulangtahun ke-50 Pemberontakan Petani Naxalbari pada tahun 2017.) Pada bulan Mei 1967, satu pemberontakan bersenjata petani tercetus di sebuah kawasan perkampungan yang bernama Naxalbari, terletak di daerah Darjeeling, negeri Bengal Barat, di bahagian Timur India. Pemberontakan di Naxalbari membuka tirai kepada gerakan perjuangan Maois yang dikenali sebagai Naxalite. Perpecahan CPI … Continue reading Kebangkitan Naxalbari

PK – Mencari tuhan

oleh Shazni Bhai  Watak utama dalam filem ini yang dikenali sebagai PK ialah suatu makhluk asing yang telah terdampar ke bumi. Tetapi ini bukanlah filem yang mempersoalkan kewujudan makhluk lain di luar planet bumi. Yang menjadi fokus untuk persoalan ialah penduduk bumi ini sendiri. Durasi untuk filem ini lebih daripada 3 jam. Kalian faham sajalah, … Continue reading PK – Mencari tuhan