Benarkah Melayu malu untuk terima gaji RM1100 sebulan tapi tak malu menerima bantuan RM500 setahun?

oleh Wan Zamzahidi bin Wan Zahid Dalam Kongres Maruah Melayu yang diadakan semalam, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan bahawa Melayu malu bekerja dalam sektor bahaya, kotor dan sukar yang hanya ditawarkan gaji minimum RM1100 sebulan tetapi tidak malu untuk menerima saguhati RM500 setahun. Adakah ini benar? Sebagai seorang Melayu, perkara ini adalah sesuatu … Continue reading Benarkah Melayu malu untuk terima gaji RM1100 sebulan tapi tak malu menerima bantuan RM500 setahun?

Pekerja foodpanda mogok untuk jaminan pendapatan

Pekerja-pekerja Foodpanda, sebuah syarikat penghantar makanan atas talian, akan mengadakan mogok, untuk membantah pengenalan skim pembayaran baru yang bakal menjejaskan jaminan pendapatan mereka. Menurut laporan media, mogok ini akan diadakan oleh penghantar makanan (rider) Foodpanda di luar Lembah Klang untuk selama 3 hari mulai 30 September 2019. Dilaporkan mogok penghantar makanan Foodpanda telah dirancang di … Continue reading Pekerja foodpanda mogok untuk jaminan pendapatan

Gaji pekerja kecil akibat kerakusan kapitalis, bukan produktiviti rendah

oleh Arveent Karthirtchelvan Pemuda Parti Sosialis Malaysia menyambut baik hasrat Kerajaan Malaysia untuk memberi tumpuan kepada pengurangan jurang antara negeri kaya dan miskin, jurang pendapatan rakyat di bandar dan luar bandar serta jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030. Pelan pelaksanaan projek serta program di luar bandar dan negeri … Continue reading Gaji pekerja kecil akibat kerakusan kapitalis, bukan produktiviti rendah

Lanjutkan usia persaraan satu tindakan salah

oleh Wan Zamzahidi bin Wan Zahid Hari ini, kita membaca di media-media utama tentang kenyataan Menteri Sumber Manusia, S. Kulasegaran bahawa kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk menaikkan had sia persaraan wajib dari 60 tahun kepda 65 tahun. Ianya dikatakan ini adalah cadangan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) atas sebab melihat kepada keadaan sekarang yang … Continue reading Lanjutkan usia persaraan satu tindakan salah

Pekerja pembersihan Politeknik Ungku Omar menang kes tuntutan gaji tertunggak

7 orang pekerja pembersihan di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak, akhirnya menang dalam kes tuntutan untuk tunggakan gaji daripada bekas majikan mereka, ST Powerskill Sdn. Bhd. Pihak majikan telah bersetuju untuk membayar tunggakan gaji sebanyak RM 11,796.23 kepada kesemua 7 orang pekerja yang membuat tuntutan tersebut. Atas kegigihan untuk berjuang, 7 orang pekerja yang memulakan … Continue reading Pekerja pembersihan Politeknik Ungku Omar menang kes tuntutan gaji tertunggak

Mahathir berkelakuan 3D terhadap kaum pekerja

oleh S. Arutchelvan Pada Hari Buruh yang keramat tahun ini, Tun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan kepada pekerja Malaysia, dengan berkata bahawa buat kerja 3D (Dirty – kotor, Dangerous – bahaya, dan Difficult – susah) lebih baik daripada menganggur. Sungguh ikhlas nasihat ini, yang keluar dari mulut seorang Perdana Menteri yang selama ini tidak mempeduli langsung … Continue reading Mahathir berkelakuan 3D terhadap kaum pekerja

Hari Pekerja 2019: Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi

KUALA LUMPUR – 1 MEI 2019: Tiada makna untuk hari cuti pada 1 Mei jika tiada aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia… Suasana jalanan di Kuala Lumpur pada hari ini telah dimeriahkan oleh laungan slogan “hidup pekerja!” dan lagu perjuangan, apabila lebih kurang 500 orang daripada pelbagai latar belakang berarak di pusat bandaraya untuk meraikan Hari … Continue reading Hari Pekerja 2019: Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi

Gaji rendah, pekerja susah

(Rencana khas Hari Pekerja Sedunia 2019) Pekerja ialah tulang belakang kepada pembangunan ekonomi masyarakat kita. Tanpa pekerja, pemodal yang melabur dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan tidak dapat menjana keuntungan. Tanpa pekerja, masyarakat kita tidak dapat menjadi maju. Namun, adakah pekerja-pekerja di Malaysia mendapat pulangan yang sewajarnya daripada pengorbanan tenaga kerja dan masanya? Malangnya sekali, walaupun … Continue reading Gaji rendah, pekerja susah

Jangan perbodohkan lagi rakyat dalam isu gaji minimum – Membedah cadangan Kula untuk gaji minimum baru dalam tempoh 16 bulan

oleh S. Arutchelvan  Baru-baru ini, di bawah tekanan yang hebat untuk meningkatkan gaji minimum, M. Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia, telah berkata bahawa satu semakan semula tentang gaji minimum akan dilakukan dalam tempoh masa 16 bulan (laporan berita Bernama, 20 April 2019). Ini sebenarnya bukan berita yang mengejutkan, kerana walau apa yang dikatakannya, di bawah undang-undang … Continue reading Jangan perbodohkan lagi rakyat dalam isu gaji minimum – Membedah cadangan Kula untuk gaji minimum baru dalam tempoh 16 bulan

Gaji adalah urusan mahasiswa 100%

oleh Jason Wong Sambutan Hari Pekerja akan diadakan tidak lama lagi. Namun, masalah pekerja sentiasa menghantui para pekerja dan penyelesaian kepada masalah ini jarang dilihat sekali. Antara masalah terbesar yang melanda para pekerja adalah gaji yang tidak mencukupi selama berkurun lamanya sedangkan kos sara hidup sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Saya secara peribadi menganggap … Continue reading Gaji adalah urusan mahasiswa 100%