Iraq: Momentum gelombang protes berterusan

Gelombang protes di Iraq sedang berterusan, dengan pusingan terbaru protes bermula lagi pada 24 Oktober 2019 apabila ribuan rakyat, kebanyakannya anak-anak muda, turun ke jalanan di seluruh negara Iraq untuk menuntut perubahan menyeluruh kepada sistem politik di situ. Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah dan university-universiti juga menyertai aksi protes. Demonstran mengadakan aksi duduk bantah di Dataran Tahrir … Continue reading Iraq: Momentum gelombang protes berterusan

Chile: Rakyat bangkit lawan neoliberalisme

Lebih 1 juta orang membanjiri ibu negara Chile, Santiago, pada 25 Oktober 2019, untuk memprotes terhadap dasar ekonomi neoliberal yang diamalkan oleh kerajaan pimpinan Presiden Sebastián Piñera yang berhaluan kanan. Gelombang protes yang melanda Chile sejak dua minggu kebelakangan ini, tercetus akibat daripada ketidakpuasan hati rakyat terhadap kenaikan tambang pengangkutan awam, kos sara hidup yang … Continue reading Chile: Rakyat bangkit lawan neoliberalisme

Lubnan: Rakyat bangkit lawan dasar ekonomi yang menindas

Sejak 17 Oktober 2019, Lubnan dilanda gelombang protes yang terbesar dalam 14 tahun kebelakangan ini yang telah melumpuhkan negara tersebut. Protes yang bermula daripada ketidakpuasan hati terhadap pengenalan cukai yang membebankan rakyat, telah berkembang menjadi tunjuk perasaan kemarahan yang hebat terhadap gejala korupsi dan cara kerajaan yang bermasalah dalam mengendalikan ekonomi negara Lubnan. Kerajaan Lubnan … Continue reading Lubnan: Rakyat bangkit lawan dasar ekonomi yang menindas

Ecuador: Presiden terpaksa pindah pusat pentadbiran negara kerana protes semakin hebat

Gelombang kebangkitan rakyat menentang dasar ekonomi neoliberal di Ecuador semakin hebat, sehingga Presiden Ecuador Lenín Moreno mengumumkan pada 7 Oktober 2019 bahawa kerajaannya dipindah keluar dari ibu negara, Quito, ke bandar Guayaquil yang terletak di kawasan pantai di bahagian barat negara tersebut. Sementara itu, ribuan rakyat pula mara ke bandar Quito untuk menyertai aksi protes … Continue reading Ecuador: Presiden terpaksa pindah pusat pentadbiran negara kerana protes semakin hebat

Ecuador: Protes besar-besaran bantah dasar neoliberal

Gelombang protes besar-besaran tercetus di Ecuador untuk menentang dasar ekonomi neoliberal terbaru yang diperkenalkan oleh Presiden negara itu Lenín Moreno. Pada 3 Oktober 2019, jalanraya dan lebuhraya di seluruh Ecuador telah disekat oleh bas, teksi, lori dan kereta yang memprotes terhadap kerajaan pimpinan Moreno. Kumpulan masyarakat orang asal, pelajar-pelajar dan kesatuan sekerja bersama-sama mengadakan aksi … Continue reading Ecuador: Protes besar-besaran bantah dasar neoliberal

Venezuela: Rakyat memobilisasi untuk bantah sekatan AS

Ratusan ribu rakyat Venezuela turun ke jalanan bandar Caracas pada 10 Ogos 2019 untuk membantah sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat (AS) yang telah membawa kesengsaraan hebat kepada rakyat Venezuela. Pelajar-pelajar, pekerja-pekerja, kakitangan-kakitangan awam dan anggota-anggota tentera berarak secara bersama dalam aksi menolak sekatan ekonomi, kewangan dan perdagangan yang dikenakan oleh Kerajaan AS pimpinan Donald Trump. … Continue reading Venezuela: Rakyat memobilisasi untuk bantah sekatan AS

Hong Kong: Gelombang protes besar-besaran paksa kerajaan tangguhkan undang-undang zalim

Kerajaan Hong Kong tergesa-gesa untuk meluluskan satu rang undang-undang yang akan menyekat kebebasan sivil, tetapi tindakan tersebut telah mencetuskan gelombang protes yang paling besar dalam sejarah bandaraya yang menjadi pusat kewangan antarabangsa ini. Pada 16 Jun 2019, lebih kurang 2 juta orang membanjiri jalanraya di pusat bandaraya Hong Kong, untuk memprotes terhadap rang undang-undang ekstradisi … Continue reading Hong Kong: Gelombang protes besar-besaran paksa kerajaan tangguhkan undang-undang zalim

Sudan: Kuasa rakyat jatuhkan diktator

Setelah gelombang protes yang hebat tercetus di negara Sudan untuk beberapa bulan kebelakangan ini, Omar al-Bashir, Presiden Sudan yang berkuasa untuk hampir 30 tahun, telah dijatuhkan pada 11 April 2019. Ini merupakan kemenangan kedua perjuangan rakyat baru-baru ini dalam tempoh 10 hari yang lepas, setelah kejatuhan rejim diktator di Algeria, hasil daripada mobilisasi massa yang … Continue reading Sudan: Kuasa rakyat jatuhkan diktator

Seruan Hari Wanita: Hentikan keganasan, hormati perempuan

KUALA LUMPUR – 9 MAC 2019: Jalanraya di pusat bandaraya Kuala Lumpur menjadi meriah dengan seruan menegakkan hak wanita pada hari ini apabila ratusan rakyat berarak bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia. Plakad dan sepanduk yang berwarna-warni dengan mesej menuntut hak wanita dan kesamarataan gender, diiringi dengan laungan seperti “patriarki pergi mati”, “wanita bangkit”, “jangan … Continue reading Seruan Hari Wanita: Hentikan keganasan, hormati perempuan