Kuba: Referendum rakyat luluskan Kanun Keluarga yang paling progresif

Negara Kuba telah meluluskan Kanun Keluarga yang boleh dikatakan paling progresif di dunia pada masa kini selepas hampir 67% warga Kuba yang mengundi dalam referendum menyokong undang-undang baharu ini. Kanun Keluarga Kuba yang baharu ini telah memperluaskan hak wanita, kanak-kanak, warga emas, orang kelainan upaya dan minoriti seksual di sisi undang-undang, di samping menakrif semula makna sebuah keluarga dengan memberi penekanan kepada kasih sayang, maruah manusia dan tanpa diskriminasi.

Haiti: Rakyat terus lawan Presiden yang neoliberal dan korup

(foto oleh Joseph Odelyn / AP Photo) Gelombang protes yang baharu tercetus di Haiti sejak 10 Januari 2021, untuk menentang kerajaan pimpinan Presiden Jovenel Moïse yang mendapat sokongan daripada kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS). Ribuan warga awam, pelajar, pekerja, anggota gerakan sosial dan parti politik pembangkang telah bermobilisasi di seluruh negara itu untuk melawan cubaan … Continue reading Haiti: Rakyat terus lawan Presiden yang neoliberal dan korup

Negara pengganas nombor satu dunia kata negara yang paling banyak beri bantuan perubatan antarabangsa itu penaja keganasan

Sebuah negara dengan kuasa tentera yang terbesar di dunia dan sering melakukan campurtangan ketenteraan ke atas negara-negara lain, termasuk melakukan pembunuhan terancang yang bersifat keganasan (seperti pembunuhan Jeneral Qasem Soleimani dari Iran di bumi Iraq pada 3 Januari 2020 dalam satu serangan udara); sebuah lagi negara yang merupakan negara kepulauan yang menghadapi sekatan ekonomi selama … Continue reading Negara pengganas nombor satu dunia kata negara yang paling banyak beri bantuan perubatan antarabangsa itu penaja keganasan

Haiti: Rakyat terus bangkit menentang rejim neoliberal

Haiti sedang dilanda gelombang protes. Ribuan rakyat turun ke jalanan di seluruh negara yang terletak di bahagian barat pulau Hispaniola di rantau Caribbean ini, untuk menuntut perletakan jawatan Presiden Jovenel Moïse. Sejak bulan Julai tahun lalu (2018), rakyat Haiti sudah mula mengadakan aksi protes secara kerap untuk membantah dasar kerajaan pimpinan Jovenel Moïse yang bersifat … Continue reading Haiti: Rakyat terus bangkit menentang rejim neoliberal