Projek perlombongan lantanid di Ulu Jelai mengancam alam sekitar dan kehidupan Orang Asli

Masyarakat Orang Asli di Pos Lanai, Kuala Lipis, Pahang, sedang menghadapi ancaman daripada rancangan perlombongan Lantanid yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Projek perlombongan ini sekarang berada dalam proses menyediakan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). Konsesi untuk perlombongan lantanid di Ulu Jelai telah diberikan kepada 3 buah syarikat dengan jumlah keluasan tanah mencecah 660 hektar.

Beralih dari penjanaan kuasa dengan arang batu: Labur RM10 bilion untuk jimat RM150 bilion

oleh Sharan Raj Pada dekad ini (2021-2030), Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengimport arang batu sebanyak 374 juta tan metrik (MMT) bernilai RM150 bilion. Pada tahun 2020, hampir 66% permintaan elektrik di Semenanjung Malaysia yang dijana oleh TNB adalah daripada arang batu yang diimport sepenuhnya. Kebergantungan kepada arang batu import memudaratkan ekonomi, nilai matawang Ringgit, … Continue reading Beralih dari penjanaan kuasa dengan arang batu: Labur RM10 bilion untuk jimat RM150 bilion

Hentikan pembinaan stesen janakuasa elektrik yang bebankan rakyat dan negara

oleh Sharan Raj Pada 19 Februari 2021, Semenanjung Malaysia telah menerima sebuah stesen janakuasa baru di Pasir Gudang, iaitu Southern Power Generation (SPG) dengan kapasiti 1,440MW. Jumlah kapasiti penjanaan di Semenanjung Malaysia kini telah mencapai hampir 26,000MW, tetapi kapasiti permintaan harian tidak melebihi 17,000MW[JC1] . Maka, jumlah kapasiti stesen janakuasa berlebihan yang dikenali sebagai kadar rizab … Continue reading Hentikan pembinaan stesen janakuasa elektrik yang bebankan rakyat dan negara

Hentikan pembalakan tidak terkawal untuk tangani krisis banjir di Semenanjung Malaysia

28 buah organisasi menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menangani krisis banjir, termasuk menghentikan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal. Seruan tersebut dibuat dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) pada 20 Januari 2021. Memorandum ini bertepatan masa dengan krisis banjir baru-baru ini yang melanda kawasan-kawasan di negeri … Continue reading Hentikan pembalakan tidak terkawal untuk tangani krisis banjir di Semenanjung Malaysia

Hentikan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara

oleh Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menyertai sesi awam town hall berkenaan dengan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) pada 29 September 2020. Delegasi PSM telah mengetengahkan isu alam sekitar dan pembangunan berlebihan daripada penyahwartaan HSKLU. Prof Madya Dr. Darren Ong Chung Lee selaku Timbalan Penyalaras Biro Alam Sekitar daripada Parti Sosialis … Continue reading Hentikan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Selamatkan hutan simpan terakhir di Selangor Selatan

PULAU CAREY, SELANGOR - 29 SEPTEMBER 2020: Pada hari ini, wakil daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM), Sharan Raj, Darren Ong dan Lucas Heng, menghadiri sesi Town Hall yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantah penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU). HSKLU merupakan hutan simpan terakhir di Selangor Selatan yang menapis udara pencemaran industri … Continue reading Selamatkan hutan simpan terakhir di Selangor Selatan

Isytihar Darurat Iklim untuk wujudkan pekerjaan

oleh Sharan Raj Krisis COVID-19 telah membuktikan bahawa dengan tergendalanya aktiviti ekonomi, pengunaan  bahan api fosil telah kurang dengan drastik. Fenomena ini telah membenarkan Bumi untuk sembuh seketika daripada krisis iklim dan pencemaran kronik. Harga bahan api fosil yang tidak menentu, berkemampuan memberikan kejutan ekonomi yang sangat teruk. Pembakaran bahan api fosil telah menyebabkan perubahan … Continue reading Isytihar Darurat Iklim untuk wujudkan pekerjaan