Pelancongan perubatan bukan penyelesaian kepada krisis sistem kesihatan, sebaliknya jejaskan kesihatan awam

Pelancongan perubatan hanya memanfaatkan hospital swasta, pelabur dan golongan kaya, bukannya rakyat biasa. Hasil yang dijana daripada pelancong kesihatan luar negara tidak akan kembali kepada hospital awam. Sebaliknya, keuntungan ini diedarkan dalam kalangan syarikat korporat dan pemegang saham, sementara sistem kesihatan awam kekal kekurangan dana dan dibebankan secara berlebihan.