Gelombang protes Black Lives Matter cabar warisan sejarah eksploitasi penjajah

Gelombang protes yang dicetuskan oleh kematian George Floyd, bermula sebagai aksi bantahan tempatan di kawasan metropolitan Minneapolis-Saint Paul di negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS), tetapi merebak ke seluruh negara AS dengan pantasnya dan turut mencetuskan protes solidariti yang menyatakan sokongan kepada gerakan Black Lives Matter (Nyawa Orang Kulit Hitam Penting) di suluruh dunia. Aksi-aksi protes ini … Continue reading Gelombang protes Black Lives Matter cabar warisan sejarah eksploitasi penjajah

AS: Gelombang protes hebat menentang keganasan polis dan rasisme

Kematian seorang warga Amerika Afrika, George Floyd, selepas dilayan secara keras oleh pegawai polis di bandar Minneapolis pada 25 Mei 2020, mencetuskan gelombang protes besar-besaran terbaru, bermula dari kawasan metropolitan Minneapolis-Saint Paul, negeri Minnesota, dan kemudiannya merebak ke seluruh negara Amerika Syarikat (AS). Protes turut tercetus di banyak tempat di seluruh dunia, sebagai solidariti kepada … Continue reading AS: Gelombang protes hebat menentang keganasan polis dan rasisme

“Aku tak dapat bernafas” lagi: Rasisme dan keganasan polis cetus rusuhan di Minneapolis

“Aku tak dapat bernafas!” (I can’t breathe!) Ini ialah kata-kata oleh Eric Garner, seorang warga Amerika Afrika yang menjadi mangsa keganasan polis yang mati di Staten Island, New York, pada tahun 2014. Selepas enam tahun, kata-kata yang sama keluar daripada mulut seorang lagi warga Amerika Afrika, George Floyd, sebelum dia meninggal dunia akibat dilayan secara … Continue reading “Aku tak dapat bernafas” lagi: Rasisme dan keganasan polis cetus rusuhan di Minneapolis

Kenapa AS begitu celaru dalam menangani COVID-19?

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Cara Amerika Syarikat (AS) menangani wabak COVID-19 yang sangat tidak berkesan boleh menjadi agak membimbangkan, kerana adalah semakin jelas bahawa ia tidak terbatas pada Presiden AS dan pasukan di sekelilingnya. Imej-imej dari Michigan dan negeri-negeri yang lain di AS di mana rakyat biasa menuntut hak mereka untuk berhimpun dalam kumpulan besar, … Continue reading Kenapa AS begitu celaru dalam menangani COVID-19?

AS: Bernie Sanders hentikan kempennya untuk penamaan calon Presiden, tapi perjuangan untuk alternatif sebenar diteruskan

Pada 8 April 2020, Bernie Sanders telah memberhentikan kempennya untuk persaingan penamaan calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dalam pemilihan awal Parti Demokratik. “Walaupun kita sedang memenangi pertempuran ideologi, dan walaupun kita sedang memenangi sokongan daripada begitu ramai anak muda dan rakyat pekerja di seluruh dunia, namun saya telah menyimpulkan bahawa pertarungan untuk penamaan Parti Demokratik … Continue reading AS: Bernie Sanders hentikan kempennya untuk penamaan calon Presiden, tapi perjuangan untuk alternatif sebenar diteruskan

AS masih mahu ancam Venezuela pada ketika pandemik global

Walaupun negara Amerika Syarikat (AS) merupakan negara yang paling teruk dilanda wabak COVID-19, dengan jumlah kes positif jangkitan COVID-19 telah mencecah lebih 300 ribu orang, menjadikannya negara dengan paling banyak kes COVID-19 yang disahkan, tetapi kerajaan AS di bawah pimpinan Donald Trump masih meneruskan sikap pembulinya terhadap negara-negara yang tidak sehaluan dengan kepentingan imperialis AS. … Continue reading AS masih mahu ancam Venezuela pada ketika pandemik global

Rakyat Palestin tolak “Perjanjian Abad Ini” yang hidup semula apartheid

Rakyat Palestin menyuarakan bantahan mereka terhadap pelan pendamaian konflik Palestin-Israel yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini. Demonstrasi jalanan tercetus di Tebing Barat dan Gaza, dengan rakyat Palestin daripada aliran politik yang berbeza telah berprotes menentang cadangan perjanjian yang amat berat sebelah kepada Israel dan dibuat tanpa perwakilan Palestin ini. Protes … Continue reading Rakyat Palestin tolak “Perjanjian Abad Ini” yang hidup semula apartheid

Iraq: Protes massa desak pengunduran tentera AS

Kemarahan rakyat terhadap pendudukan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq telah ditunjukkan dalam aksi jalanan. Ratusan ribu orang rakyat Iraq berprotes di Baghdad pada 24 Januari 2020 untuk mendesak pengunduran tentera AS dari negara itu. Dua hari selepas itu, pada 26 Januari 2020, satu lagi aksi protes diadakan oleh pelajar-pelajar Iraq yang menuntut supaya menghentikan … Continue reading Iraq: Protes massa desak pengunduran tentera AS

Seruan rakyat Malaysia: Hentikan perang ke atas Iran

Kuala Lumpur - 10 Januari 2020: Satu aksi protes anti-perang telah diadakan pada hari ini di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, untuk menyuarakan bantahan rakyat Malaysia terhadap ancaman perang oleh AS ke atas Iran dan Timur Tengah. Protes yang dipanggil oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam tempoh masa hanya satu hari ini telah … Continue reading Seruan rakyat Malaysia: Hentikan perang ke atas Iran

Imperialis AS pengganas nombor satu dunia

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pimpinan Donald Trump sedang membawa dunia ke ambang satu lagi perang yang dahsyat di rantau Timur Tengah. Sekali lagi, imperialis AS sedang menunjukkan kepada dunia bahawa ia ialah pengganas nombor satu di dunia yang sanggup mencetuskan satu lagi peperangan untuk seorang kapitalis mempertahankan jawatan Presiden negara itu. Donald Trump pasti amat … Continue reading Imperialis AS pengganas nombor satu dunia