Algeria: Rakyat bangkit jatuhkan Bouteflika, perjuangan perlu diteruskan untuk perubahan sistem

Kebangkitan rakyat yang ditunjukkan dalam aksi protes selama 7 minggu di Algeria, akhirnya menjatuhkan Abdelaziz Bouteflika yang sudah berkuasa untuk 20 tahun. Abdelaziz Bouteflika menyandang jawatan Presiden Algeria sejak tahun 1999. Pada awal bulan Februari 2019, Bouteflika mengumumkan bahawa dia akan bertanding dalam Pilihanraya untuk menjadi Presiden bagi penggal kelima. Namun, tidak lama kemudian, tercetusnya … Continue reading Algeria: Rakyat bangkit jatuhkan Bouteflika, perjuangan perlu diteruskan untuk perubahan sistem

Mogok Iklim Sedunia untuk Masa Depan: Gelombang kebangkitan anak muda untuk selamatkan bumi kita

15 Mac 2019 menandakan hari yang bersejarah dalam perjuangan rakyat sedunia untuk menegakkan keadilan iklim dan menyelamatkan bumi kita daripada kemusnahan. Lebih 1 juta orang pelajar sekolah telah “ponteng sekolah” pada 15 Mac 2019 untuk menyertai aksi mogok pelajar yang menuntut pada kerajaan di seluruh dunia supaya bertindak segera dalam menangani krisis iklim sedunia. Lebih … Continue reading Mogok Iklim Sedunia untuk Masa Depan: Gelombang kebangkitan anak muda untuk selamatkan bumi kita

Anak muda akan “ponteng sekolah” pada 15 Mac untuk tuntut tindakan segera tangani krisis iklim sedunia

Dijangkakan puluhan ribu aktivis muda yang memperjuangkan isu perubahan iklim di sekurang-kurangnya 71 buah negara akan “ponteng sekolah” pada 15 Mac 2019 untuk mengambil bahagian dalam aksi mogok pelajar yang bakal dianggap sebagai salah satu protes alam sekitar yang terbesar di dunia. Aksi protes antarabangsa melalui mogok pelajar untuk menuntut tindakan segera dalam menangani krisis … Continue reading Anak muda akan “ponteng sekolah” pada 15 Mac untuk tuntut tindakan segera tangani krisis iklim sedunia

(Galeri gambar) Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019 di seluruh dunia

8 Mac setiap tahun ialah Hari Wanita Antarabangsa. Sambutan Hari Wanita Antarabangsa berasal daripada perjuangan gerakan pekerja wanita untuk menuntut hak mengundi dan kesamarataan hak tanpa mengira gender. Setiap tahun, gerakan masyarakat di seluruh dunia menyambut Hari Wanita Antarabangsa dengan mengadakan pelbagai aksi. Berikut ialah sebahagian daripada aksi sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini … Continue reading (Galeri gambar) Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019 di seluruh dunia

Perarakan Wanita 2019 tuntut kesamarataan gender

Wanita dan pendukung perjuangan hak wanita telah turun ke jalanan di lebih 80 bandar di seluruh dunia pada 19 Januari 2019, dalam Perarakan Wanita (Women’s March) yang membawa tuntutan kesamarataan gender dan perlindungan untuk hak wanita. Jalanan di Athens, Berlin, Los Angeles, New York, Rome dan sebagainya, telah menyaksikan demonstran yang lantang menyuarakan bantahan mereka … Continue reading Perarakan Wanita 2019 tuntut kesamarataan gender

Jom bantah RM 1050! Kaji semula gaji minimum!

Pengumuman oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad tentang kenaikan gaji minimum hanya RM 50 untuk pekerja di Semenanjung Malaysia dan RM 130 untuk Sabah dan Sarawak, merupakan satu penghinaan terhadap pekerja yang telah membanting tulang dalam membangunkan ekonomi negara kita. Kenaikan gaji minimum hanya RM 50 itu bagaikan sedekah kepada pekerja, dan langsung tidak mengiktiraf pengorbanan … Continue reading Jom bantah RM 1050! Kaji semula gaji minimum!

Ireland: Aktivis duduki rumah kosong, tuntut selesai masalah perumahan

oleh Hadri A Rahman Masalah perumahan di Republik Ireland adalah masalah yang kian meruncing. Dianggarkan pada bulan Mac 2018 sahaja, ada seramai 10,000 golongan gelandangan di seluruh negara tersebut, termasuklah 3,755 orang kanak-kanak. Malahan, menurut maklumat yang diperolehi daripada Dublin Region Homeless Executive (DRHE), pada bulan Jun 2018, sebanyak 800 keluarga tinggal di hotel dan … Continue reading Ireland: Aktivis duduki rumah kosong, tuntut selesai masalah perumahan