Kerja rumah itu juga kerja

1. Kerja pengurusan rumahtangga (homemaking) atau kerja rumah, termasuklah kerja-kerja membersihkan rumah, mencuci baju, memasak untuk keluarga, menjaga kanak-kanak kecil dan sebagainya. Kerja ini biasanya dilakukan oleh golongan wanita berkahwin yang tidak kerja di luar. Wanita yang hanya melakukan kerja rumah dipanggil “suri rumahtangga”. 2. Suri rumahtangga tidak dibayar apa-apa upah untuk kerja yang dibuatnya, … Continue reading Kerja rumah itu juga kerja

Ada apa dengan Manifesto Komunis?

Pada 21 Februari 1848, Manifesto Komunis diterbitkan di London, Britain. Manifesto Komunis ditulis secara bersama oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Buku yang kecil ini pada asalnya bertujuan untuk digunakan sebagai program politik bagi “Liga Komunis” (dalam bahasa Jerman: Bund der Kommunisten). Liga Komunis merupakan prototaip kepada organisasi revolusioner kelas proletariat. Pada tahun 1847, Marx … Continue reading Ada apa dengan Manifesto Komunis?

Manifesto Untuk 99% (Gabungan Kiri 2018)

MANIFESTO UNTUK 99% MUKADIMAH Kami, warga tanah air yang dirahmati dengan keindahan khazanah ekologi, warga berbilang bahasa dan tradisi, sama-sama berikrar untuk mendirikan sebuah masyarakat baru yang bertapak di atas prinsip kebebasan, kesamarataan dan kekitaan. Kami berazam untuk menyamaratakan peluang untuk semua kelompok masyarakat; bermula dengan sokongan badan institusi yang akan membebaskan rakyat daripada kemiskinan … Continue reading Manifesto Untuk 99% (Gabungan Kiri 2018)

(Cerpen) Wira yang tak didendang

sebuah cerpen oleh K. Z. Iskandar Zulfaqar  Kerja merobohkan rumah-rumah di hujung kampung itu akan dijalankan sebentar sahaja lagi. Si pemuda yang mendengar berita tidak baik itu terus bergegas ke tempat kejadian bersama beberapa orang lagi ahli partinya. Dengan beraninya dia terus menyanggah pemaju yang sudah bersedia dengan jentolak untuk merobohkan rumah-rumah di situ. “Mereka … Continue reading (Cerpen) Wira yang tak didendang

(Cerpen) Cikgu Haiza

sebuah cerpen oleh K.Z. Iskandar Zulfaqar Haiza terkedu membaca surat yang baru saja diterimanya itu. Hatinya seolah-olah hancur meneliti setiap bait-bait kata yang terkandung dalam surat itu. Setiap isi dalam surat itu seolah-olah membunuhnya. Mimpi ngeri yang selalu menerpanya kini menjadi kenyataan. Haiza akan ditukarkan ke sebuah sekolah pedalaman di negeri Sarawak. Keputusan pertukaran ini … Continue reading (Cerpen) Cikgu Haiza

Cabaran untuk pekerja Malaysia

Pada takat ini, negara kita mempunyai tenaga kerja seramai 14.4 juta orang, dengan kadar pengangguran lebih kurang 3.5%. Di samping itu, adanya jutaan pekerja migran yang datang dari negara-negara Asia Selatan dan Asia Tenggara yang lain, yang diupah untuk bekerja dalam sektor-sektor seperti pembuatan, perladangan, pembinaan, pertanian, perkhidmatan dan kerja-kerja domestik. Golongan pekerja, iaitu mereka … Continue reading Cabaran untuk pekerja Malaysia

Kenapa masih perlu baca Das Kapital?

Buku “Das Kapital” yang diterbitkan pada tahun 1867, merupakan salah satu karya pemikiran Karl Marx yang amat penting. Buku ini membawa kritikan yang amat tajam dan mendalam terhadap sistem kapitalis. (Das Kapital adalah perkataan Bahasa Jerman, Capital dalam Bahasa Inggeris, dan bermaksud Modal dalam Bahasa Malaysia.) Pemikiran Marx dan Marxisme bukannya sesuatu yang jatuh dari … Continue reading Kenapa masih perlu baca Das Kapital?

Menuju dasar nasional menyeluruh tentang migrasi buruh untuk Malaysia

Pada 20 Julai 2017, Gabungan Menuntut Hak untuk Pembelaan (Right to Redress) telah melancarkan satu laporan bertajuk “Menuju Dasar Nasional yang Menyeluruh tentang Migrasi Buruh untuk Malaysia”. Laporan ini mengandungi syor-syor dasar berkaitan 7 aspek dalam migrasi buruh. Semua syor ini diperolehi melalui siri rundingan siri meja bulat yang berlangsung sebanyak 4 kali bersama semua … Continue reading Menuju dasar nasional menyeluruh tentang migrasi buruh untuk Malaysia