Mengapa kita perlu belajar teori Marxisme?

Mengapa kita perlu teori sebagai panduan dalam perjuangan rakyat? Bukankah kita dah tahu dunia kita sedang berada dalam krisis? Bukankah kita dah tahu bahawa adanya penindasan dalam masyarakat? Bukankah kita dah tahu bahawa kita perlukan keadilan? Bukankah kita dah tahu bahawa rejim zalim perlu dijatuhkan? Pasal apa lagi nak cakap teori dan ideologi, lawan sahaja … Continue reading Mengapa kita perlu belajar teori Marxisme?

Asal usul dan komponen idea-idea Marxisme

Marxisme merupakan salah satu aliran pemikiran yang penting dalam gerakan sosialis. Ideologi atau fahaman seseorang itu dibentuk oleh keadaan persekitaran yang berhubung rapat dengan kehidupannya, pergolakan zaman yang dialaminya, pengalaman hidup yang dilaluinya, dan juga pemikiran pada zaman itu yang terdedah kepadanya. Begitu jugalah dengan Karl Marx (1818-1883) dan idea-ideanya, bukannya sesuatu yang tertimbul secara … Continue reading Asal usul dan komponen idea-idea Marxisme

Kenapa Sosialis?

Punca asas kepada masalah masyarakat kita pada hari ini adalah sistem kapitalis yang berkisar pada keuntungan golongan kapitalis (pemodal). Perkhidmatan awam seperti kesihatan, pendidikan, pengangkutan, bekalan elektrik, air dan sebagainya diswastakan demi keuntungan segelintir kecil golongan kapitalis. Sistem ini telah menimbulkan pelbagai masalah seperti kemiskinan, ketidakadilan sosial, eksploitasi pekerja-pekerja, kemusnahan alam sekitar dan sebagainya. Politik … Continue reading Kenapa Sosialis?

Penghormatan kepada Samir Amin (1931-2018)

Tokoh pemikir kiri Samir Amin telah meninggal dunia pada 12 Ogos 2018 di Paris, Perancis. Samir Amin merupakan seorang ahli ekonomi, aktivis dan pemikir Marxis yang terkenal di dunia. Samir lahir di Mesir dan belajar di Perancis pada tahun 1947-1957. Samir pernah menyertai Parti Komunis Perancis, tetapi kemudiannya beliau menjarakkan diri daripada fahaman “Marxisme” yang … Continue reading Penghormatan kepada Samir Amin (1931-2018)

Siapa patut takut pada sosialis?

Orang yang patut takut pada sosialis ialah:i. Mereka yang menggondol sumber alam, titisan peluh warga buruh dan kekayaan masyarakat untuk mengkayakan diri sendiri dan sekutunya;ii. Mereka yang menyembunyikan kekayaan mereka (yang kebanyakannya melalui penipuan dan pemerasan ke atas rakyat biasa) di tempat berlindung cukai;iii. Mereka yang hidup secara mewah atas kesengsaraan rakyat bawahan;iv. Mereka yang … Continue reading Siapa patut takut pada sosialis?

Kerja rumah itu juga kerja

1. Kerja pengurusan rumahtangga (homemaking) atau kerja rumah, termasuklah kerja-kerja membersihkan rumah, mencuci baju, memasak untuk keluarga, menjaga kanak-kanak kecil dan sebagainya. Kerja ini biasanya dilakukan oleh golongan wanita berkahwin yang tidak kerja di luar. Wanita yang hanya melakukan kerja rumah dipanggil “suri rumahtangga”. 2. Suri rumahtangga tidak dibayar apa-apa upah untuk kerja yang dibuatnya, … Continue reading Kerja rumah itu juga kerja

Ada apa dengan Manifesto Komunis?

Pada 21 Februari 1848, Manifesto Komunis diterbitkan di London, Britain. Manifesto Komunis ditulis secara bersama oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Buku yang kecil ini pada asalnya bertujuan untuk digunakan sebagai program politik bagi “Liga Komunis” (dalam bahasa Jerman: Bund der Kommunisten). Liga Komunis merupakan prototaip kepada organisasi revolusioner kelas proletariat. Pada tahun 1847, Marx … Continue reading Ada apa dengan Manifesto Komunis?

Kenapa masih perlu baca Das Kapital?

Buku “Das Kapital” yang diterbitkan pada tahun 1867, merupakan salah satu karya pemikiran Karl Marx yang amat penting. Buku ini membawa kritikan yang amat tajam dan mendalam terhadap sistem kapitalis. (Das Kapital adalah perkataan Bahasa Jerman, Capital dalam Bahasa Inggeris, dan bermaksud Modal dalam Bahasa Malaysia.) Pemikiran Marx dan Marxisme bukannya sesuatu yang jatuh dari … Continue reading Kenapa masih perlu baca Das Kapital?