Kerajaan telah mengumumkan cadangan untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,100 sebulan di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019, semasa pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 2 November 2018. Ini bermakna bahawa Kerajaan menaikkan gaji minimum sebanyak RM50 lagi berbanding cadangan awalnya (RM1,050) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri … Continue reading Gaji minimum RM1100 cukup tak?
Ada apa dengan ICERD?
Isu ICERD menjadi satu topik hangat di negara kita baru-baru ini, apabila terdapatnya golongan berhaluan kanan yang giat membarakan sentimen perkauman dan keagamaan untuk membantah usaha Kerajaan Malaysia untuk menandatangani dokumen hak asasi manusia antarabangsa ini. Ketika kumpulan berhaluan kanan memobilisasi untuk himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 8 Disember 2018, Kerajaan Pakatan Harapan telah … Continue reading Ada apa dengan ICERD?
Kerajaan perlu lindungi sistem kesihatan awam
Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama dengan anggota-anggota Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK) telah bertemu dengan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad pada 15 November 2018 untuk menyampaikan pandangan tentang masalah yang sedang dihadapi oleh sistem kesihatan awam di negara kita, termasuk penghijrahan doktor pakar dari sektor awam ke swasta, skim insurans kesihatan sosial yang bermasalah, … Continue reading Kerajaan perlu lindungi sistem kesihatan awam
Isu ICERD: Buang ketakutan itu dulu! Dasar berasaskan kelas amat diperlukan!
oleh Dr. Nasir Hashim Semenjak beberapa minggu kebelakangan ini, telah menjadi satu isu yang hangat dibincangkan sama ada Malaysia Baru perlu menandatangani dan meratifikasi satu Konsensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), iaitu Konvensyen Antarabangsa untuk Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD). Di kedua-dua pihak, iaitu mereka yang percaya bahawa menandatanganinya adalah satu langkah ke hadapan dan mereka yang … Continue reading Isu ICERD: Buang ketakutan itu dulu! Dasar berasaskan kelas amat diperlukan!
Antara populariti dan keutamaan – Surat terbuka kepada Menteri Pendidikan Malaysia Dr. Maszlee Malik
oleh Wan Zamzahidi Wan Zahid Assalamualaikum wbt Saudara, Saya telah memerhatikan Saudara semenjak Saudara dilantik menjadi Menteri Pendidikan sebaik sahaja kerajaan baru Pakatan Harapan ditubuhkan. Ketika perlantikan itu, saya adalah salah seorang yang menyambut baik pemilihan Saudara memandangkan apa yang Saudara sering utarakan sebelum ini, adalah perkara-perkara yang sebetulnya harapan kebanyakan rakyat untuk disuarakan. Dan … Continue reading Antara populariti dan keutamaan – Surat terbuka kepada Menteri Pendidikan Malaysia Dr. Maszlee Malik
Jangan jadikan Pulau Pinang pengkalan terdepan untuk kemusnahan perkhidmatan kesihatan awam
(Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh PSM Pulau Pinang pada 19 November 2018 berkenaan dengan Deraf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030) Parti Sosialis Malaysia (PSM) Pulau Pinang amat khuatir dengan Deraf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 (DRSNPP 2030) yang masih memasukkan pelancongan kesihatan sebagai langkah untuk pelaksanaan dasar perancangan yang bakal mendatangkan ancaman … Continue reading Jangan jadikan Pulau Pinang pengkalan terdepan untuk kemusnahan perkhidmatan kesihatan awam
Isu PTPTN: Pakatan Harapan perlu kotakan janji, tegakkan prinsip
Berikut ialah kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 14 November 2018 oleh Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) dan Liga Pemuda Malaysian (LPM), berikutan perjumpaan dengan Menteri Pendidikan pada 12 November 2018. Selepas beberapa pertukaran dalam media sosial antara banyak pihak berkaitan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), terutama sekali atas cadangan terbaru yang dibentangkan dalam … Continue reading Isu PTPTN: Pakatan Harapan perlu kotakan janji, tegakkan prinsip
Mahkamah Rayuan lebih hargai petani berbanding Kerajaan Negeri Perak
PUTRAJAYA - 14 NOVEMBER 2018: Mahkamah Rayuan nampaknya lebih menghargai sumbangan petani dan menghormati hak petani untuk mencari rezeki berbanding dengan Kerajaan Negeri Perak, apabila memutuskan untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang mengusir petani-petani di Tronoh, Perak. Kerajaan Negeri Perak sama ada semasa zaman Barisan Nasional dahulu ataupun Pakatan Harapan sekarang, telah gagal menghargai sumbangan … Continue reading Mahkamah Rayuan lebih hargai petani berbanding Kerajaan Negeri Perak
Rumah mampu milik atau mampu mimpi? (Bahagian 2)
oleh Sivarajan Arumugam Dalam Bahagian 1 penulisan ini, telah disenaraikan pelbagai permasalahan dalam penyediaan perumahan mampu milik kepada rakyat terbanyak di negara kita. Kini, isu perumahan mampu milik juga sedang hebat diperbincangkan dalam media, selepas pembentangan Belanjawan 2019 baru-baru ini. Dalam bahagian 2 penulisan ini, kita akan bincangkan beberapa cadangan penting ke arah menyelesaikan masalah … Continue reading Rumah mampu milik atau mampu mimpi? (Bahagian 2)
Jangan pesongkan masalah, tangani isu pokok! – Respon kepada ADUN Jawi
oleh Kartiges Merujuk pada laporan dalam akhbar The Star yang bertajuk ”Wakil rakyat menyeru kerajaan negeri membantu selesaikan isu rumah flat” bertarikh 9 November 2018, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyangkal kenyataan ADUN Jawi, Jason H’ng Mooi Lye yang mempertikaikan penambahan skim perumahan rumah pangsa kos rendah (RPKR) di negeri Pulau Pinang. Antara hujahnya adalah rumah … Continue reading Jangan pesongkan masalah, tangani isu pokok! – Respon kepada ADUN Jawi
