Dz6F2jhVAAAXcq1.jpg

SEMENYIH, SELANGOR – 21 FEBRUARI 2019: “Memanggil rumah berharga RM 250,000 hingga RM 300,000 itu Rumah Mampu Milik adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Rumah sebegini amat jauh daripada kemampuan golongan pekerja,” begitu katanya A. Sivarajan selaku Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada hari ini dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan bersempena kempen Pilihanraya Kecil (PRK) di kawasan DUN Semenyih.

Sivarajan berkata, “PSM menyeru pada Kerajaan Pakatan Harapan membuang klasifikasi perumahannya dan mengkategorikan semula Rumah Mampu Milik sebagai rumah berharga RM 100,000 dan ke bawah. ”

Turut hadir dalam sidang akhbar ialah Nik Aziz Afiq selaku calon PSM untuk PRK Semenyih dan R. Karthiges selaku Penyelaras Biro Perumahan PSM.

PSM juga membangkitkan isu pokok bahawa bukannya pembekalan rumah yang tidak mencukupi, tetapi pendapatan rakyat yang menjadikan mereka tidak mampu membeli rumah dengan harga yang jauh tinggi daripada kemampuan mereka walaupun digelar “rumah mampu milik”.

PSM berpendirian bahawa perumahan adalah hak asasi rakyat, dan kerajaan memang mempunyai tanggungjawab untuk mensubsidi pembekalan rumah mampu milik kepada rakyat biasa supaya rakyat tidak dibebankan dengan hutang perumahan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh PSM pada hari, telah digariskan 10 langkah yang dicadangkan untuk menyelesaikan kemelut perumahan mampu milik yang dihadapi rakyat biasa pada masa kini. Langkah-langkah ini termasuk menetapkan harga rumah mampu milik pada kadar tidak melebihi RM 100,000, menubuhkan jawatankuasa teknikal kos untuk mengkaji kos rumah, peruntukan tanah kerajaan untuk projek rumah mampu milik, penglibatan terus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam pembinaan rumah mampu milik, kuota pembinaan rumah mampu milik untuk pembangunan bercampur, perumahan mampu milik berorientasikan transit pengangkutan awam, inovasi baru dalam pembinaan rumah mampu milik, pembiayaan rumah yang bebas daripada cengkaman bank dan hentikan pengusiran paksa terhadap peneroka bandar.

Baca kenyataan penuh PSM tentang perumahan dan 10 langkah penyelesaian: Perumahan mampu milik atau mampus milik? Rasional PH terputus dari realiti rakyat

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s