Cadangan PSM untuk pembaharuan sistem pilihanraya

Cadangan Parti Sosialis Malaysia (PSM) kepada Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) Pilihanraya merupakan satu komponen yang penting dalam demokrasi. Rakyat dapat memilih wakil rakyat yang mewakili mereka dalam sistem perundangan ataupun kerajaan yang mentadbir sesebuah negara melalui cara pengundian dalam pilihanraya yang bebas dan demokratik. Sistem pilihanraya di negara kita masih … Continue reading Cadangan PSM untuk pembaharuan sistem pilihanraya

PSM kemukakan cadangan pembaharuan sistem pilihanraya kepada ERC

PUTRAJAYA – 24 MEI 2019: Wakil daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah bertemu dan mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihanraya (ERC) pada hari ini. Pengerusi ERC, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, yang juga merupakan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bersama dengan Ketua Eksekutif ERC Amerul Muner bin Mohamad dan pasukannya … Continue reading PSM kemukakan cadangan pembaharuan sistem pilihanraya kepada ERC

Kit Siang gali kubur sendiri bila nak debat dengan Najib

  oleh S. Arutchelvan Tindakan Lim Kit Siang menarik diri daripada debat dengan Najib Razak sebenarnya adalah tindakan yang terbaik walaupun sebelum debat lagi, Najib sudah berjaya K.O. Lim Kit Siang sehingga Kit Siang terpaksa menarik diri dan memberikan alasan yang panjang lebar mengapa beliau tarik diri. Untuk orang biasa, tindakan Lim Kit Siang yang … Continue reading Kit Siang gali kubur sendiri bila nak debat dengan Najib

Kita semua adalah rasis?

oleh S. Arutchelvan Kenyataan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik mengenai kuota Matrikulasi mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak terutamanya golongan Bukan Melayu dan mendapat sokongan pula daripada golongan Melayu secara amnya. Siapakah sebenarnya rasis? Saya beranggapan bahawa majoriti rakyat kita adalah rasis dan ia tertanam dalam sanubari kita setiap orang. Namun, isu Matrikulasi ini dipandang … Continue reading Kita semua adalah rasis?

Kapitalisme dan perkauman

Rasisme berkait rapat dengan kapitalisme, malah rasisme itu produk yang dihasilkan daripada kapitalisme dan berfungsi untuk memperkukuhkan sistem kapitalis. Rasisme ialah sejenis fahaman atau ideologi yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Rasisme ditunjukkan dalam prejudis terhadap sesuatu kaum yang lain dan tindakan yang bersifat diskriminasi atau pilih kasih berasaskan kaum. Kapitalisme pula merupakan sistem … Continue reading Kapitalisme dan perkauman

Dari Wawasan 2020 ke Kemakmuran Bersama 2030: Halatuju negara atau retorik kosong?

“Kemakmuran Bersama 2030” diumumkan pada ketika Mahathir menyedari Wawasan 2020 yang diterajuinya sudahpun tidak mungkin tercapai… Dalam perutusan bersempena sambutan satu tahun Kerajaan Pakatan Harapan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 9 Mei 2019, memang dipenuhi dengan retorik yang cantik berbunga-bunga, khususnya apabila beliau mengemukakan “Kemakmuran Bersama” sebagai halatuju negara sehingga tahun 2030. … Continue reading Dari Wawasan 2020 ke Kemakmuran Bersama 2030: Halatuju negara atau retorik kosong?

Setahun selepas perubahan rejim: cabaran untuk rakyat

Setahun yang lalu, pada 9 Mei 2018, Pilihanraya Umum ke-14 telah diadakan dan sejarah baru tercipta untuk tanahair kita, apabila berlakunya perubahan rejim yang pertama di peringkat Persekutuan selepas lebih 6 dekad. UMNO-Barisan Nasional menerima kekalahan yang paling teruknya dalam sejarah pilihanraya dan kehilangan kuasa di peringkat Persekutuan, di samping kecundang di negeri-negeri seperti Kedah, … Continue reading Setahun selepas perubahan rejim: cabaran untuk rakyat

3 Mei: Hari Kebebasan Akhbar Sedunia

"Kebebasan adalah sentiasanya kebebasan untuk seseorang yang berfikiran berbeza." - Rosa Luxemburg  3 Mei setiap tahun ialah Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Hari ini disambut sebagai peringatan kepada semua orang tentang kepentingan kebebasan akhbar dan tanggungjawab kerajaan di seluruh dunia untuk melindungi kebebasan bersuara yang menjadi tulang belakang kepada masyarakat demokrasi moden. Dalam satu seminar anjuran … Continue reading 3 Mei: Hari Kebebasan Akhbar Sedunia

Pilihanraya Sepanyol: Polarisasi kiri-kanan yang ketara

Parti Pekerja Sosialis Sepanyol (PSOE) yang dipimpin oleh penyandang jawatan Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sánchez, sebuah parti berhaluan kiri-tengah yang sudah lama wujud, telah muncul sebagai parti yang terbesar dalam Parlimen Sepanyol, berikutan pilihanraya umum yang diadakan pada 28 April 2019, dengan peroleh undi dan kerusi yang lebih banyak berbanding 3 tahun dahulu. Parti Rakyat … Continue reading Pilihanraya Sepanyol: Polarisasi kiri-kanan yang ketara