“Pekerja bukan mesin!”: Percikan api yang masih membara (Ulasan buku “Sebutir Percikan: Biografi Chun Tae-il”)

Buku yang mengisahkan riwayat hidup seorang anak muda yang sanggup mengorbankan nyawanya demi memperjuangkan nasib kelas pekerja ini, bukan sahaja untuk kita memperingati pengorbanan Chun Tae-il yang amat murni dan mengharukan, malah memberi inspirasi dan semangat kepada sesiapa yang bertekad untuk menegakkan hak pekerja supaya terus mara ke hadapan dalam perjuangan pembebasan masyarakat.

Pekerja bunuh diri tak mati, dibuang kerja pula oleh majikan

Seorang pengawal keselamatan di hospital cuba membunuh diri kerana tekanan yang diberikan oleh majikan selepas dia membuat aduan mengenai tindakan majikan yang menjejaskan hak pekerja. Walaupun nyawa pekerja ini dapat diselamatkan, tetapi pihak majikan yang menekannya habis-habisan sehingga memaksa dia bunuh diri itu, bukan sahaja langsung tidak mempedulikan peristiwa tragik yang hampir meragut nyawa pekerjanya, sebaliknya terus membuang kerja pekerja itu.