Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan kronisme dalam ucapannya ketika merasmikan Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 anjuran Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada hujung minggu lalu. Dr. Mahathir berkata, “Kita senang hati, untuk menuduhkan bahawa ini disebabkan oleh kronisme, orang lain menuduh dan kita turut menuduh bahawa ini disebabkan kronisme yang memberi pertolongan hanya … Continue reading Mahathir pertahankan kronisme
SST boleh akibat kenaikan harga barang, kecualikan barangan keperluan asas sekarang juga
“Parti Sosialis Malaysia (PSM) melahirkan kebimbangan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan menyebabkan satu lai gelombang kenaikan harga barang dalam beberapa bulan yang akan datang, apabila para peniaga mula menjual barangan yang ditambah dengan cukai jualan 10%, seperti yang pernah berlaku dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST),” Sivarajan Arumugam, Setiausaha Agung PSM berkata demikian … Continue reading SST boleh akibat kenaikan harga barang, kecualikan barangan keperluan asas sekarang juga
Hantu nepotisme kembali lagi dengan Petron dilantik sebagai pembekal minyak untuk kenderaan kerajaan?
Perlantikan syarikat minyak Petron sebagai salah satu pembekal bahan api untuk kegunaan kenderaan kerajaan melalui Kad Inden, telah mengundang kontroversi baru-baru ini. Dalam suasana “Malaysia Baru” masih segar selepas PRU-14 yang berlangsung lebih 3 bulan lalu, persoalan nepotisme timbul semula dengan isu Petron menjadi pembekal minyak untuk kenderaan kerajaan. (Nota: “Kad Inden” ialah kad elektronik … Continue reading Hantu nepotisme kembali lagi dengan Petron dilantik sebagai pembekal minyak untuk kenderaan kerajaan?
Cadangan PSM untuk memperbaiki sistem kesihatan awam
Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 29 Ogos lalu. Memorandum yang ditujukan kepada Menteri Kesihatan Dr. Dzukefli Ahmad ini mengandungi cadangan-cadangan daripada PSM untuk memperbaiki sistem kesihatan awam di negara kita. PSM amat mengalu-alukan hasrat Menteri Kesihatan untuk menambahkan bajet Kementerian Kesihatan daripada 2.2% Keluaran Dalam Negara Kasar … Continue reading Cadangan PSM untuk memperbaiki sistem kesihatan awam
Erti Merdeka dalam zaman “Malaysia Baru”
31 Ogos 2018 menandakan ulangtahun ke-61 Semenanjung Malaysia mencapai kemerdekaan. 31 Ogos juga merupakan hari Sabah mencapai pemerintahan sendiri pada tahun 1963 sebelum bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia sekarang), Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia. Negeri Sarawak pula mencapai pemerintahan sendiri pada 22 Julai 1963 sebelum bergabung dalam Malaysia; Singapura keluar dari Malaysia … Continue reading Erti Merdeka dalam zaman “Malaysia Baru”
PSM serah syor untuk penambahbaikan sistem kesihatan awam
PUTRAJAYA - 29 OGOS 2018: Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menyerahkan satu memorandum yang mengandungi cadangan-cadangan penambahbaikan sistem kesihatan awam kepada Kementerian Kesihatan pada hari ini. Dr. Jeyakumar Devaraj (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM), M. Sarasvathy (Timbalan Pengerusi PSM), Soh Sook Hwa (Bendahari PSM) dan S. Arutchelvan (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM) telah hadir semasa penyerahan memorandum … Continue reading PSM serah syor untuk penambahbaikan sistem kesihatan awam
14 pertuduhan terhadap Khalid Ismath digugur
14 pertuduhan yang dikenakan ke atas Khalid Ismath sejak tahun 2015 telah digugurkan! Pihak Peguam Negara telah menggugurkan pendakwaan terhadap Khalid Ismath berkaitan dengan tulisannya dalam media sosial yang dituduh menghina Sultan Johor. Khalid Ismath ditangkap pada 7 Oktober 2015 dan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 13 Oktober 2015. Sebanyak 14 pertuduhan dikenakan … Continue reading 14 pertuduhan terhadap Khalid Ismath digugur
Mahathir suruh jangan minta gaji lebih?
“Negara kaya seharusnya mempunyai rakyat yang punya kuasa beli yang meningkat, bukan hanya kadar gaji atau upah yang tinggi.” Ini adalah yang dikatakan oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Ogos 2018 semasa perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri. (rujukan berita: Negara kaya punya daya beli tinggi, bukan upah - Dr Mahathir ) Kenyataan ini … Continue reading Mahathir suruh jangan minta gaji lebih?
Apa itu Parti Sosialis Malaysia (PSM)?
Parti Sosialis Malaysia (PSM) ialah sebuah parti politik yang berasaskan prinsip sosialisme dan berasiprasikan perjuangan rakyat yang berteraskan keadilan sosial. PSM memperjuangkan kesejateraan rakyat, keadilan sosial dan demokrasi sejati, demi membebaskan rakyat daripada segala bentuk penindasan dan membina sebuah masyarakat yang benar-benar sejahtera untuk semua. PSM lahir dari perjuangan rakyat PSM ditubuhkan pada tahun 1998, … Continue reading Apa itu Parti Sosialis Malaysia (PSM)?
Cabaran untuk pekerja Malaysia
Pada takat ini, negara kita mempunyai tenaga kerja seramai 14.4 juta orang, dengan kadar pengangguran lebih kurang 3.5%. Di samping itu, adanya jutaan pekerja migran yang datang dari negara-negara Asia Selatan dan Asia Tenggara yang lain, yang diupah untuk bekerja dalam sektor-sektor seperti pembuatan, perladangan, pembinaan, pertanian, perkhidmatan dan kerja-kerja domestik. Golongan pekerja, iaitu mereka … Continue reading Cabaran untuk pekerja Malaysia
