mysstfinalFix.jpg

Parti Sosialis Malaysia (PSM) melahirkan kebimbangan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan menyebabkan satu lai gelombang kenaikan harga barang dalam beberapa bulan yang akan datang, apabila para peniaga mula menjual barangan yang ditambah dengan cukai jualan 10%, seperti yang pernah berlaku dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST),” Sivarajan Arumugam, Setiausaha Agung PSM berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 2 September 2018.

 

“Walaupun Menteri Kewangan telah mengatakan bahawa kerajaan akan mengkaji semula senarai barangan yang tergolog di bawah SST dan meminda senarai tersebut pada penghujung tahun selepas mendapat maklumbalas dan pandangan daripada rakyat tentang senarai barangan tersebut, tetapi kenaikan harga barangan nampaknya tidak dapat dielakkan,” ulas Sivarajan.

 

Adalah didapati bahawa banyak bahan makanan rakyat akan dikenakan cukai sama ada 5% atau 10%, misalnya udang, ketam, sotong katak, kerang, mentega, keju, jagung dalam tin, sayur yang diawet, cendawan dalam tin, ikan kurau masin, campuran buah-buahan kering, kacang tanah, minyak zaitun, bebola udang, bebola sotong, ayam goreng, biskut dan sebagainya. Bahan makanan ini bukannya barangan mewah yang digunakan oleh golongan kaya, tetapi juga digunakan oleh keluarga berpendapatan rendah B40. Biskut pun kena cukai SST 5%!

 

“PSM menyeru supaya barangan kegunaan am yang menjadi keperluan asas untuk keluarga kelas pekerja dikecualikan daripada sebarang bentuk cukai. Seperti yang kita berhujah tentang GST, sebarang cukai kepenggunaan adalah regresif, kerana ini merupakan barangan asas harian yang perlu dbeli untuk kehidupan harian dan pengguna tiadanya pilihan.”

 

Sivarajan berkata, “Jika Menteri Kewangan hanya merancang untuk mengkaji semua senarai barangan dikenakan cukai SST pada hujung tahun, harga barang yang dinaikkan tidak akan turun, seperti yang kita dapat lihat dengan GST. Walaupun GST dimansuhkan, harga kebanyakan barang masih sama sehingga sekarang.”

 

SST ke atas barangan pembuatan akan melihat hampir semua makan yang diproses dikenakan cukai pada kadar 5% atau 10%. Ini akan secara langsungnya memberi kesan kepada peniaga kecil di pasar malam apabila bahan utama untuk memasak telah dikenakan SST.

 

Ketika Kerajaan Pakatan Harapan sedang melengah-lengahkan peningkatan gaji minimum ke RM 1500 yang penting untuk rakyat menampung kos kehidupan, adalah mengecewakan sekali apabila mereka begitu cepat dalam pelaksanaan SST yang dikatakan untuk menangani “defisit belanjawan operasi”.

 

Walaupun kerajaan telah mengumumkan bahawa sebanyak 5443 jenis barangan telah dikecualikan daripada SST, tetapi masih banyak lagi barangan asas harian tidak dikecualikan daripada cukai kepenggunaan yang regresif ini.

 

PSM menyeru pada kerajaan Pakatan Harapan supaya bertindak segera untuk mengecualikan barangan harian asas yang digunakan oleh majoriti rakyat daripada cukai SST, dan hanya kenakan cukai SST ke atas barangan di mana pengguna mempunyai pilihan untuk membeli, seperti barangan mewah.

 

“Rakyat memberi mandat kepada Pakatan Harapan untuk memansuhkan GST, bukan menggantikannya dengan syaitan sama dengan nama berlainan,” tegas Sivarajan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s