40330411_1006891566138770_8947850404507418624_n.jpg
PUTRAJAYA – 29 OGOS 2018: Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menyerahkan satu memorandum yang mengandungi cadangan-cadangan penambahbaikan sistem kesihatan awam kepada Kementerian Kesihatan pada hari ini.
Dr. Jeyakumar Devaraj (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM), M. Sarasvathy (Timbalan Pengerusi PSM), Soh Sook Hwa (Bendahari PSM) dan S. Arutchelvan (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM) telah hadir semasa penyerahan memorandum bersama dengan penyokong-penyokong dari pelbagai kawasan. Dr Syed Azman Bin Syed Ahmad Nawawi, Setiausaha Politik kepada Menteri Kesihatan, telah berjumpa dengan wakil PSM untuk mendengar cadangan yang dibawa oleh PSM.
“Kami berharap bahawa penerimaan memorandum ini merupakan langkah pertama dalam mewujudkan saluran komunikasi antara kami, iaitu PSM serta Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK), dengan Kementerian Kesihatan. Pada pandangan kami, sistem kesihatan awam negara kita harus dilindung dan diperbaiki lagi kerana ia memainkan peranan yang penting dalam menjamin kesejahteraan rakyat dan juga membina perasaan solidariti di kalangan rakyat,” begitu katanya Dr. Jeyakumar Devaraj selepas menyerahkan memorandum kepada pihak Kementerian Kesihatan.
Memorandum yang diserahkan PSM mengandungi analisis tentang masalah-masalah yang dihadapi sistem kesihatan awam di negara kita, dan juga cadangan PSM untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.
Antara syor yang dikemukakan PSM termasuk membekukan pembinaan hospital swasta yang baru, menubuhkan suruhanjaya perkhidmatan khas untuk kakitangan kesihatan awam supaya memperbaiki skim gaji pekerja kesihatan awam, meningkatkan belanjawan kesihatan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan banyak lagi.
PSM juga membangkitkan isu insurans kesihatan yang ingin dibawa oleh Kerajaan Pakatan Harapan, kerana bimbang rakyat akan dibebankan akhirnya dengan pelaksanaan insurans kesihatan sedemikian.
PSM akan meneruskan usaha mendesak kerajaan supaya memastikan sistem kesihatan awam kita tidak dihakis oleh ancaman pengkomersialan kesihatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s