Sempena dengan Hari Antarabangsa untuk Pembasmian Kemiskinan tahun ini, Gabungan Marhaen akan menganjurkan satu siri forum atas talian dari 12 hingga 17 Oktober 2021 untuk mengetengahkan isu-isu masyarakat akar umbi.
Sekretariat Solidariti Rakyat terus #Lawan: Aksi #KeluarDanLawan bukan pengakhiran
Sekretariat Solidariti Rakyat berkata, “Kami mengingatkan Muhyiddin Yassin serta seluruh kabinet untuk segera berundur dan meletakkan jawatan. Ini bukan pengakhiran kepada tuntutan anak muda. Kita tidak akan sesekali berundur. Sekiranya hari ini kita tidak melawan, kita akan ditindas lagi dan lagi!”
Doktor kontrak berprotes tuntut jaminan kerja
Doktor-doktor kontrak mengadakan aksi protes serentak di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara untuk menuntut jaminan kerja.
Malaysia sakit, rakyat bangkit: #TINDAK15 gesa tindakan segera selamat nyawa rakyat
Malaysia sakit, rakyat bangkit! Lebih 600 orang berhimpun secara maya untuk mengemukakan tuntutan #TINDAK15 bagi pelaksanaan segera supaya menyelamatkan nyawa rakyat dan membebaskan masyarakat Malaysia daripada kemelut krisis COVID-19 yang sedang melanda pada masa kini.
#CodeBlackMY: Solidariti bersama dengan doktor kontrak yang tuntut jaminan kerja
Isu pegawai perubatan kerajaan kontrak di hospital kerajaan yang menuntut penukaran status kepada jawatan tetap telah menjadi hangat baru-baru ini, dengan kempen tanda pagar #CodeBlackMy menular di media sosial baru-baru ini.
Aktivis disiasat polis kerana animasi yang dedahkan salahguna kuasa polis
Aktivis-aktivis sosial dipanggil untuk disoal siasat oleh polis berkenaan dengan sebuah filem animasi yang mengisahkan pencabulan hak asasi manusia dalam tahanan polis.
BERSIH 2.0 lancar kempen “Pecat atau Kekal”
BERSIH 2.0 melancarkan Kempen Simulasi Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat yang bertemakan “Pecat atau Kekal?”, bertujuan untuk memperkasakan pengundi dalam tempoh antara pilihan raya umum (PRU) sekiranya wakil rakyat mereka melompat parti.
Masyarakat sivil gesa PM hentikan operasi penangkapan warga asing tanpa dokumen dan fokus pada matlamat kawal penularan wabak COVID-19
Forum Kesihatan Rakyat mengemukakan satu petisyen yang disokong oleh 81 buah organisasi kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dengan seruan kepada pihak Kerajaan supaya menghentikan operasi penangkapan warga asing tanpa dokumen yang sebenarnya tidak membantu dalam mengawal penularan wabak COVID-19.
Pekerja migran yang ditahan di Sabah alami pencabulan hak asasi secara sistematik
Pekerja-pekerja migran yang ditahan dan dihantar pulang ke negara asal mereka dari Malaysia, telah mengalami pencabulan hak asasi manusia secara sistematik. Ini bukannya perkara yang baharu, tetapi terus didedahkan, termasuk dalam laporan pencarian fakta mengenai keadaan migran Indonesia yang dihantar pulang dari negeri Sabah ke Indonesia yang diterbitkan baru-baru ini oleh Koalisi Buruh Migran Berdaulat … Continue reading Pekerja migran yang ditahan di Sabah alami pencabulan hak asasi secara sistematik
Tahanan migran di Sabah “dilayan seperti binatang”
Keadaan pekerja migran tanpa dokumen yang berada di pusat tahanan imigresen di Sabah yang dilayan secara tidak berperikemanusiaan, telah didedahkan baru-baru ini dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Koalisi Buruh Migran Berdaulat dan Komisi Hak Asasi Manusia (Komnas HAM) Indonesia dalam satu sidang akhbar pada 5 Ogos 2020. Komnas HAM, iaitu suruhanjaya hak asasi … Continue reading Tahanan migran di Sabah “dilayan seperti binatang”
