Joko Widodo, atau lebih dikenali sebagai Jokowi, berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Presiden untuk Republik Indonesia setelah Komisi Pemilihan Umum (KPU) mengumumkan keputusan akhir Pilihanraya Presiden pada 21 Mei 2019, dengan Jokowi meraih undi yang lebih banyak berbanding pilihanraya sebelum ini pada tahun 2014. Pengundian untuk Pilihanraya Umum Indonesia telah berlangsung pada 17 April 2019. Pilihanraya … Continue reading Pilihanraya Indonesia: Jokowi kekal sebagai Presiden dengan undi yang lebih banyak
Mogok Umum Winnipeg 1919
100 tahun dahulu, bermula pada 15 Mei 1919, puluhan ribu pekerja di bandar Winnipeg telah menghentikan kerja mereka untuk melancarkan salah satu aksi mogok yang terbesar dalam sejarah Kanada dan Amerika Utara. Selama 6 minggu dari pertengahan bulan Mei hingga penghujung bulan Jun 1919, Winnipeg menjadi tumpuan dan pusat kebangkitan kelas pekerja yang menggegarkan kelas … Continue reading Mogok Umum Winnipeg 1919
3 Mei: Hari Kebebasan Akhbar Sedunia
"Kebebasan adalah sentiasanya kebebasan untuk seseorang yang berfikiran berbeza." - Rosa Luxemburg 3 Mei setiap tahun ialah Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Hari ini disambut sebagai peringatan kepada semua orang tentang kepentingan kebebasan akhbar dan tanggungjawab kerajaan di seluruh dunia untuk melindungi kebebasan bersuara yang menjadi tulang belakang kepada masyarakat demokrasi moden. Dalam satu seminar anjuran … Continue reading 3 Mei: Hari Kebebasan Akhbar Sedunia
Venezuela: Cubaan kudeta tentera gagal, ancaman masih berterusan
Puak berhaluan kanan di Venezuela melancarkan satu kudeta tentera pada 30 April 2019, sebagai usaha terbaru mereka untuk menjatuhkan Kerajaan Bolivar pimpinan Nicolás Maduro, tetapi nampaknya gagal mencapai matlamat pada ketika ini. Pada 30 April 2019, Juan Guaidó, pemimpin puak berhaluan kanan yang menggelar dirinya sebagai “Presiden Sementara” telah menyeru anggota tentera di Venezuela untuk … Continue reading Venezuela: Cubaan kudeta tentera gagal, ancaman masih berterusan
Pilihanraya Sepanyol: Polarisasi kiri-kanan yang ketara
Parti Pekerja Sosialis Sepanyol (PSOE) yang dipimpin oleh penyandang jawatan Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sánchez, sebuah parti berhaluan kiri-tengah yang sudah lama wujud, telah muncul sebagai parti yang terbesar dalam Parlimen Sepanyol, berikutan pilihanraya umum yang diadakan pada 28 April 2019, dengan peroleh undi dan kerusi yang lebih banyak berbanding 3 tahun dahulu. Parti Rakyat … Continue reading Pilihanraya Sepanyol: Polarisasi kiri-kanan yang ketara
Pilihanraya Finland: Tiada pemenang jelas tapi beralih ke kiri sikit
Parti Demokratik Sosial Finland (SDP) muncul sebagai parti terbesar dengan perbezaan undi yang amat dekat dalam Parlimen Finland selepas pilihanraya parlimen yang diadakan pada 14 April 2019. Tiada pemenang yang jelas dalam Pilihanraya Finland kali ini, dengan tiada satu parti pun mendapat undi melebihi 20% dalam pilihanraya umum untuk pertama kalinya dalam sejarah Finland! Namun, … Continue reading Pilihanraya Finland: Tiada pemenang jelas tapi beralih ke kiri sikit
Kebangkitan Dunia Arab 2.0? – Jangan percaya pada elit kelas pemerintah
Gelombang protes yang menggegarkan benua Afrika baru-baru ini, dengan kejatuhan dua orang diktator, menghidupkan kembali memori kita tentang Kebangkitan Dunia Arab 8 tahun dahulu, yang juga digelar “Musim Bunga Arab” (Arab Spring). Pada tahun 2011, momentum untuk perubahan nampaknya begitu susah disekat. Orang kuat yang berkuasa di Tunisia untuk 23 tahun, Zine El Abidine Ben … Continue reading Kebangkitan Dunia Arab 2.0? – Jangan percaya pada elit kelas pemerintah
Sudan: Kuasa rakyat jatuhkan diktator
Setelah gelombang protes yang hebat tercetus di negara Sudan untuk beberapa bulan kebelakangan ini, Omar al-Bashir, Presiden Sudan yang berkuasa untuk hampir 30 tahun, telah dijatuhkan pada 11 April 2019. Ini merupakan kemenangan kedua perjuangan rakyat baru-baru ini dalam tempoh 10 hari yang lepas, setelah kejatuhan rejim diktator di Algeria, hasil daripada mobilisasi massa yang … Continue reading Sudan: Kuasa rakyat jatuhkan diktator
Assange ditangkap kerana bongkar kezaliman Kerajaan AS
Julian Assange, pengasas Wikileaks, telah ditangkap pada 11 April 2019 di London, setelah Kerajaan Ecuador menarik balik perlindungan politik yang diberikan kepadanya sejak tahun 2012. Penahanan Assange ini berkaitan dengan kehendak Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mendakwanya dengan pertuduhan pengintipan. Polis London telah memasuki Kedutaan Eduador di London, dan menggunakan kekerasan untuk mengheret keluar Assange dari … Continue reading Assange ditangkap kerana bongkar kezaliman Kerajaan AS
Algeria: Rakyat bangkit jatuhkan Bouteflika, perjuangan perlu diteruskan untuk perubahan sistem
Kebangkitan rakyat yang ditunjukkan dalam aksi protes selama 7 minggu di Algeria, akhirnya menjatuhkan Abdelaziz Bouteflika yang sudah berkuasa untuk 20 tahun. Abdelaziz Bouteflika menyandang jawatan Presiden Algeria sejak tahun 1999. Pada awal bulan Februari 2019, Bouteflika mengumumkan bahawa dia akan bertanding dalam Pilihanraya untuk menjadi Presiden bagi penggal kelima. Namun, tidak lama kemudian, tercetusnya … Continue reading Algeria: Rakyat bangkit jatuhkan Bouteflika, perjuangan perlu diteruskan untuk perubahan sistem
