Selepas 9 tahun berada di dalam penjara kerana memperjuangkan keadilan untuk mangsa bencana alam, Baba Jan bersama dengan dua orang lagi rakan seperjuangannya yang masih dipenjarakan, Iftikhar Hussain dan Shukoorullah Baig, akhirnya dibebaskan pada 27 November 2020. 11 orang lain yang dipenjarakan pada masa yang sama dengan Baba Jan, juga telah dibebaskan lebih awal pada … Continue reading Gilgit-Baltistan: Baba Jan dibebaskan hasil daripada gerakan solidariti
Venezuela: Pilihanraya dan anti-imperialisme
Pilihanraya parlimen Venezuela yang akan diadakan dalam keadaan menghadapi kesulitan yang hebat, merupakan satu langkah penting dalam usaha pemulihan demokratik terhadap institusi negara itu daripada ancaman golongan pembangkang berhaluan kanan yang disokong oleh imperialis Amerika Syarikat (AS). Rakyat Venezuela akan mengundi pada 6 Disember 2020 akan datang ini, untuk memilih 277 orang perwakilan ke dalam … Continue reading Venezuela: Pilihanraya dan anti-imperialisme
Perancis: Rakyat bangkit lawan dasar Liberal yang autoritarian
(Foto oleh Christophe Petit Tesson / EPA) Protes besar-besaran di Perancis berjaya memaksa kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron untuk menggugurkan rang undang-undang yang penuh kontroversi. Bandar-bandar utama di seluruh Perancis, seperti Paris, Lyon, Rennes, Tours, Montpellier, Nantes, Toulouse, Pau dan sebagainya, dilanda gelombang protes khususnya pada 28 November 2020, dengan rakyat turun ke jalanan untuk … Continue reading Perancis: Rakyat bangkit lawan dasar Liberal yang autoritarian
Kempen sedunia tuntut #MakeAmazonPay
Syarikat Amazon, sebuah syarikat teknologi multinasional yang beribupejabat di Amerika Syarikat, merupakan salah sebuah syarikat korporat dengan nilai pasaran melebihi USD1 trilion, bersama-sama dengan syarikat Apple dan Microsoft, sementara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon, Jeff Bezos, orang yang terkaya di dunia pada masa kini, telah menjadi orang pertama di dunia yang memiliki kekayaan lebih USD200 … Continue reading Kempen sedunia tuntut #MakeAmazonPay
India: 250 juta orang mogok lawan dasar neoliberal Modi
Negara India menyaksikan aksi mogok yang boleh dikatakan terbesar dalam sejarah pada 26 November 2020, dengan lebih 250 juta orang pekerja dan petani, bersama-sama dengan golongan pelajar dan masyarakat sivil, mengambil bahagian dalam mogok yang diadakan di seluruh negara itu. Aksi mogok nasional ini diadakan bersempena Hari Perlembagaan India, yang jatuh pada 26 November setiap … Continue reading India: 250 juta orang mogok lawan dasar neoliberal Modi
Diego Maradona (1960-2020): Lagenda bola sepak yang sokong anti-imperialisme
Diego Armando Maradona, lagenda bola sepak dari Argentina yang terkenal di dunia, meninggal dunia pada 25 November 2020 di rumahnya di Tigre, wilayah Buenos Aires, Argentina, pada umur 60 tahun. Sebagai kapten pasukan bola sepak negara Argentina yang memenangi pertandingan Piala Dunia pada tahun 1986, selain meninggalkan banyak kenangan dalam ingatan peminat bola sepak kerana … Continue reading Diego Maradona (1960-2020): Lagenda bola sepak yang sokong anti-imperialisme
Sahara Barat: Maghribi langgar perjanjian gencatan senjata 3-dekad
Aktivis-aktivis daripada gerakan sosial di Venezuela berkumpul di Caracas pada 16 November 2020 untuk menyatakan solidari bersama rakyat Sahrawi dan membantah serangan tentera Maghribi. (Foto: Instituto Simón Bolívar) Kerajaan Maghribi melancarkan serangan ketenteraan pada 13 November 2020 ke atas Guerguerat, sebuah perkampungan Sahrawi yang terletak di hujung Barat Daya Sahara Barat, sekali gus melanggar perjanjian … Continue reading Sahara Barat: Maghribi langgar perjanjian gencatan senjata 3-dekad
Peru: Rakyat bangkit jatuhkan rejim kudeta 5-hari
Gelombang protes rakyat yang hebat melanda Peru berikutan pemecatan Martín Vizcarra sebagai Presiden negara itu pada 9 November 2020 yang dianggap sebagai “kudeta parlimen” oleh ramai orang. Manuel Merino yang mengambilalih kuasa sebagai Presiden dan membentuk kerajaan berhaluan pelampau kanan dengan sokongan daripada laksamana-laksamasa Tentera Laut Peru, hanya bertahan selama 5 hari! Walaupun Martín Vizcarra … Continue reading Peru: Rakyat bangkit jatuhkan rejim kudeta 5-hari
Bolivia: Morales pulang ke tanahairnya selepas setahun
Evo Morales (kanan) dan Álvaro García Linera (kiri), disambut oleh lebih sejuta orang rakyat Bolivia yang berhimpun di wilayah Cochabamba. Selepas setahun dijatuhkan oleh kudeta yang disokong oleh kuasa imperialis Amerika Syarikat sehingga terpaksa hidup dalam buangan di luar negara, Evo Morales, bekas Presiden Bolivia yang merupakan ketua negara Bolivia pertama yang berasal daripada masyarakat … Continue reading Bolivia: Morales pulang ke tanahairnya selepas setahun
Pilihanraya AS: Trump ditewaskan tetapi adakah penggantinya “kurang jahat”?
Joe Biden bakal menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-46, setelah mengalahkan penyandang jawatan Presiden AS Donald Trump dalam satu persaingan pilihanraya yang sengit. Donald Trump yang enggan mengaku kekalahan mengatakan bahawa dia akan mencabar keputusan pilihanraya dalam mahkamah. Sehingga 8 November 2020, dengan keputusan pengundian masih belum dimuktamadkan di negeri-negeri seperti Alaska, Carolina Utara dan … Continue reading Pilihanraya AS: Trump ditewaskan tetapi adakah penggantinya “kurang jahat”?
