Aksi rakyat gesa Kerajaan isytihar Darurat Iklim

KUALA LUMPUR – 7 JULAI 2019: Satu aksi protes ilklim, #MYClimateRally, telah diadakan pada hari ini di ibu negara, dengan tuntutan yang menggesa Kerajaan Malaysia supaya bertindak serta-merta untuk membendung ancaman perubahan iklim di Malaysia. Lebih 100 orang telah mengambil bahagian dalam aksi hari ini yang melibatkan perarakan dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka. Para … Continue reading Aksi rakyat gesa Kerajaan isytihar Darurat Iklim

Hong Kong: Payung bertemu gas pemedih mata lagi

Bandaraya yang menjadi pusat kewangan antarabangsa, Hong Kong, sedang dilanda gelombang protes besar-besaran yang terbaru, apabila Kerajaan Hong Kong pimpinan Ketua Eksekutif Carrie Lam berdegil untuk memperkenalkan rang undang-undang ekstradisi yang bakal menghakis autonomi bandaraya tersebut dan membolehkan perluasan cengkaman kuasa daripada pihak pemerintah Beijing. Pada hari ini (12 Jun 2019), puluhan ribu rakyat Hong … Continue reading Hong Kong: Payung bertemu gas pemedih mata lagi

Anak muda “ponteng sekolah” dalam Mogok Iklim Sedunia kedua

Kanak-kanak dan anak muda di seluruh dunia sekali lagi “ponteng sekolah” pada satu hari Jumaat yang sama untuk memprotes terhadap krisis iklim sedunia yang semakin meruncing. Pada 24 Mei 2019, mogok pelajar berlangsung di lebih 1,400 buah bandar di lebih 110 buah negara, dengan sekurang-kurangnya 1.4 juta orang mengambil bahagian dalam aksi untuk keadilan iklim … Continue reading Anak muda “ponteng sekolah” dalam Mogok Iklim Sedunia kedua

Hari Pekerja 2019: Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi

KUALA LUMPUR – 1 MEI 2019: Tiada makna untuk hari cuti pada 1 Mei jika tiada aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia… Suasana jalanan di Kuala Lumpur pada hari ini telah dimeriahkan oleh laungan slogan “hidup pekerja!” dan lagu perjuangan, apabila lebih kurang 500 orang daripada pelbagai latar belakang berarak di pusat bandaraya untuk meraikan Hari … Continue reading Hari Pekerja 2019: Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi

Sertailah Perhimpunan Hari Pekerja 2019 di Kuala Lumpur

1 Mei setiap tahun, warga pekerja di seluruh dunia akan mengadakan aksi jalanan untuk menyambut Hari Pekerja Sedunia. Selain memperingati perjuangan pekerja pada masa lampau yang membawa kepada perlindungan hak pekerja yang kita nikmati hari ini, pekerja-pekerja yang meraikan hari yang bermakna ini juga mengetengahkan tuntutan-tuntutan untuk memperbaiki dunia kerja dan kesejahteraan masyarakat. Di Malaysia, … Continue reading Sertailah Perhimpunan Hari Pekerja 2019 di Kuala Lumpur

Yuran pengajian naik 529% – Pelajar MJIIT-UTM tuntut keadilan

KUALA LUMPUR – 9 APRIL 2019: Sekumpulan pelajar yang bergelar MJIIT-Voices bersama dengan aktivis-aktivis anak muda telah mengadakan satu aksi protes di hadapan pintu masuk utama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur pada hari ini untuk membantah tindakan pihak universiti yang mengenakan yuran khas yang membebankan ke atas mahasiswa-mahasiswi yang menuntut di Fakulti Malaysia-Japan International … Continue reading Yuran pengajian naik 529% – Pelajar MJIIT-UTM tuntut keadilan

Rakyat tuntut pelaksanaan IPCMC

KUALA LUMPUR: Gabungan Tuntut IPCMC telah mengadakan satu aksi protes di hadapan Bangunan Parlimen pada 8 April 2019, untuk menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen dengan tuntutan pelaksanaan segera penubuhan Suruhanjaya Besa Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Wakil daripada masyarakat sivil dan keluarga mangsa kematian dalam tahanan polis telah hadir dalam aksi ini. Baru-baru ini, … Continue reading Rakyat tuntut pelaksanaan IPCMC

Piket untuk selamatkan rumah – rumah dilelong Ambank walapun ada insurans MRTA

KUALA LUMPUR – 5 APRIL 2019: Panierchelvam Permall, seorang penduduk dari Sungai Siput, Perak, terpaksa berpiket pada hari ini bersama keluarganya di hadapan ibupejabat Ambank yang terletak di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, demi menyelamatkan rumahnya daripada dilelong. Panierchelvam membeli rumahnya pada tahun 2014 dengan pinjaman wang daripada AmBank. Pinjaman tersebut dilindungi oleh insurans MRTA (Mortgage … Continue reading Piket untuk selamatkan rumah – rumah dilelong Ambank walapun ada insurans MRTA

(Galeri gambar) Aksi Mogok Iklim Sedunia – 15 Mac 2019

Lebih 1 juta orang pelajar sekolah telah menyertai aksi Mogok Iklim Sedunia untuk Masa Depan yang diadakan pada 15 Mac 2019, dengan melibatkan lebih 2000 aksi protes di 125 buah negara. Mereka yang berprotes menuntut pada kerajaan di seluruh dunia supaya mengambil tindakan segera supaya menangani krisis iklim sedunia sebelum terlambat. Berikut adalah koleksi gambar-gambar … Continue reading (Galeri gambar) Aksi Mogok Iklim Sedunia – 15 Mac 2019