20190405 - bank02.jpgKUALA LUMPUR – 5 APRIL 2019: Panierchelvam Permall, seorang penduduk dari Sungai Siput, Perak, terpaksa berpiket pada hari ini bersama keluarganya di hadapan ibupejabat Ambank yang terletak di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, demi menyelamatkan rumahnya daripada dilelong.

Panierchelvam membeli rumahnya pada tahun 2014 dengan pinjaman wang daripada AmBank. Pinjaman tersebut dilindungi oleh insurans MRTA (Mortgage Reduce Term Assurance) daripada AmMet Life, anak syarikat AmBank. Pilihan untuk syarikat insurans yang melindungi pinjamannya bukan dibuat oleh peminjam kerana bank yang mendapatkan AmMet Life untuk memberikan perlindungan MRTA itu kepadanya. Namun, sejak 2 tahun yang lalu, Panierchelvam mengalami penyakit gaut yang serius dan menjadikannya tidak dapat bekerja. Ini menyebabkan Panierchelvam kehilangan punca pendapatan dan tidak mampu membayar balik pinjaman kepada AmBank.

Walaupun pihak AmBank mengetahui tentang keadaan kesihatan Panierchelvam melalui rekod perubatannya dan juga permohonannya untuk insurans kecacatan MRTA, tetapi pihak AmBank masih mengambil keputusan untuk meneruskan lelongan rumahnya.

AmMet Life masih memproses permohonan Panierchelvam, dan seperti yang diminta keadaan kesihatannya dinilai dari semasa ke semasa sebelum memuktamadkan tuntutannya untuk menyelesaikan jumlah baki pinjaman. Namun, Ambank yang menyedari sepenuhnya proses yang sedang berjalan ini, masih berdegil dan bersungguh-sungguh untuk melelongkan rumahnya untuk mendapat balik wang pinjaman itu.

Walaupun keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan, Panierchelvam dan keluarganya terpaksa datang dari jauh  berprotes di hadapan ibupejabat Ambank, untuk menyatakan bantahannya terhadap tindakan pihak bank yang kejam dan langsung tidak berperikemanusiaan ini.

Turut hadir bersama semasa piket di hadapan ibupejabat Ambank hari ini ialah Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Sungai Siput.

Ketika protes di hadapan ibupejabat Ambank, Dr. Jeyakumar Devaraj dan Panierchelvam telah dipanggail masuk untuk membincangkan perkara ini dengan pegawai AmBank. Panierchelvam telah menegaskan tuntutannya untuk membatalkan proses lelong itu secepat mungkin, dan pegawai bank berjanji akan menghubungi peguam berkenaan perkara ini. Pihak PSM akan menghubungi bank pada minggu depan untuk memastikan bahawa rumah Panierchelvam dapat diselamatkan daripada lelong.

Ini bukannya kes pertama yang pernah dikendalikan oleh PSM, di mana pihak bank secara sengajanya mengabaikan tuntutan insurans MRTA. Syarikat insurans yang mengeluarkan MRTA itu melengah-lengahkan kelulusan tuntuan insurans kerana ia ialah anak syarikat kepada bank yang memberikan pinjaman dan perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk menyelesaikan baki pinjaman itu. Maka timbulnya percanggahan kepentingan di situ, pihak bank bersikap tidak peduli sehingga ramai orang kehilangan rumah akibat dilelong walaupun mereka dilindungi oleh insurans MRTA.

PSM pernah membangkitkan isu ini kepada perhatian Bank Negara pada awal tahun 2018, tetapi nampaknya masih tiada perubahan dari segi prosedur operasi bank untuk melindungi peminjam wang daripada kehilangan rumah mereka.

One thought on “Piket untuk selamatkan rumah – rumah dilelong Ambank walapun ada insurans MRTA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *