PRK Tanjung Piai: Kekalahan PH paling teruk setakat ini

Pilihanraya Kecil (PRK) untuk kawasan Parlimen Tanjung Piai yang diadakan pada 16 November 2019, telah menyaksikan kekalahan Pakatan Harapan (PH) yang paling teruk dalam pilihanraya kecil sejak Pilihanraya Umum (PRU) ke-14. PRK untuk kawasan Parlimen yang terletak di negeri Johor ini, diadakan selepas penyandang jawatan Ahli Parlimen sebelum ini, Dr. Mohamed Farid bin Md Rafik … Continue reading PRK Tanjung Piai: Kekalahan PH paling teruk setakat ini

Pilihanraya Sepanyol: Hantu Franco sedang dihidupkan kembali

Sepanyol mengadakan pilihanraya umumnya yang kedua dalam tahun ini pada 11 November 2019, dengan keputusannya parti pemerintah berhaluan kiri-tengah, Parti Pekerja Sosialis Sepanyol (PSOE) pimpinan penyandang jawatan Perdana Menteri Pedro Sánchez, kekal sebagai parti terbesar dalam Parlimen tetapi jumlah kerusi sudah berkurang, sementara parti pelampau kanan Vox menunjukkan peningkatan yang hebat dari segi sokongan undi. … Continue reading Pilihanraya Sepanyol: Hantu Franco sedang dihidupkan kembali

KWSP jangan biar pekerja jadi mangsa

oleh Rani Rasiah 1. Menurut Seksyen 48(4)(b) Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), majikan yang gagal memotong caruman daripada gaji pekerja untuk sesuatu bulan, dibenarkan membuat potongan caruman tersebut daripada gaji mana-mana enam bulan berikutan sahaja, dan bukan selepas itu. 2. Tetapi dua buah syarikat pengangkutan - Hong Heng Transport & Trading Sdn Bhd di Keramat … Continue reading KWSP jangan biar pekerja jadi mangsa

Brazil: Lula bebas selepas 580 hari dalam penjara

Selepas ditahan selama 580 hari di bandar Curitiba di selatan Brazil, bekas Presiden Brazil yang berhaluan kiri, Luiz Inácio Lula da Silva, dibebaskan pada 8 November 2019. Lula disambut meriah oleh ribuan massa yang berhimpun di luar bangunan ibupejabat Polis Persekutuan Brazil di mana beliau ditahan. Lula mendapat kebebasan selepas Mahkamah Agung Brazil memutuskan pada … Continue reading Brazil: Lula bebas selepas 580 hari dalam penjara

Bolivia: Kudeta golongan kanan pijak demokrasi rakyat

Evo Morales, Presiden Bolivia yang dipilih secara demokratik, telah mengumumkan perletakan jawatan pada 10 November 2019, selepas pihak tentera menyatakan sokongan terhadap kudeta yang dilancarkan oleh golongan berhaluan kanan. Golongan berhaluan kanan telah melancarkan demonstrasi dan rusuhan selepas Pilihanraya Umum di Bolivia pada 20 Oktober 2019. Evo Morales diisytihar menang dalam Pilihanraya Presiden yang diadakan … Continue reading Bolivia: Kudeta golongan kanan pijak demokrasi rakyat

Arul disoal siasat kerana aksi sambutan Hari Habitat – Bazir masa polis

KUALA LUMPUR – 8 NOVEMBER 2019: S. Arutchelvan, Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), telah dipanggil polis untuk rakaman percakapan berkenaan dengan aksi perhimpunan Hari Habitat yang diadakan di hadapan Bangunan Parlimen pada 8 Oktober 2019 yang lalu. Arutchelvan telah disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012. Arutchelvan hadir ke Ibupejabat Polis Daerah … Continue reading Arul disoal siasat kerana aksi sambutan Hari Habitat – Bazir masa polis

Kejatuhan Tembok Berlin: Titik perubahan yang dicairkan

30 tahun dahulu, pada 9 November 1989, ribuan rakyat Jerman Timur melintasi Tembok Berlin untuk memasuki kawasan Jerman Barat di bandar Berlin, menjadi satu pemandangan bersejarah yang dianggap sebagai tanda berakhirnya Perang Dingin. Blok Barat yang diketuai oleh kuasa imperialis Amerika Syarikat menyifatkan kejatuhan Tembok Berlin sebagai kemenangan untuk “Dunia Bebas” yang dikuasai imperialis Barat. … Continue reading Kejatuhan Tembok Berlin: Titik perubahan yang dicairkan

Setahun sudah Gerakan Jaket Kuning

17 November 2019 menandakan ulangtahun pertama pencetusan gerakan “Jaket Kuning” (Gilet Jaunes) di Perancis. Lebih kurang 600 orang aktivis gerakan Jaket Kuning dari seluruh negara Perancis telah mengadakan satu perhimpunan baru-baru ini pada 1-3 November 2019 di bandar Montpelier, untuk membincangkan masa depan gerakan Jaket Kuning menjelang ulangtahun yang pertama untuk gerakan rakyat yang hebat … Continue reading Setahun sudah Gerakan Jaket Kuning

Kenapa nelayan bantah projek penambakan di Selatan Pulau Pinang?

Nelayan-nelayan di Pulau Pinang telah mengadakan satu aksi protes dan penyerahan memorandum kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 4 November 2019. Berikut ialah isi kandungan memorandum yang diserahkan oleh Nazri Bin Ahmad, selaku Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (Pen Mutiara), kepada wakil Ketua Menteri Pulau Pinang: 1. Kami, para pemimpin yang mewakili nelayan pantai, … Continue reading Kenapa nelayan bantah projek penambakan di Selatan Pulau Pinang?

Masyarakat ladang akan protes di Parlimen

KUALA LUMPUR - 5 NOVEMBER 2019: Pekerja-pekerja ladang akan bermobilisasi ke Parlimen pada 3 Disember 2019 untuk menyampaikan tuntutan mereka kepada kerajaan supaya melaksanakan skim perumahan untuk pekerja ladang dan meningkatkan gaji untuk pekerja ladang. Pengumuman ini dibuat oleh Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) dalam satu sidang akhbar pada hari ini. “Kami berharap Menteri Sumber Manusia, … Continue reading Masyarakat ladang akan protes di Parlimen