Mogok Umum Winnipeg 1919

100 tahun dahulu, bermula pada 15 Mei 1919, puluhan ribu pekerja di bandar Winnipeg telah menghentikan kerja mereka untuk melancarkan salah satu aksi mogok yang terbesar dalam sejarah Kanada dan Amerika Utara. Selama 6 minggu dari pertengahan bulan Mei hingga penghujung bulan Jun 1919, Winnipeg menjadi tumpuan dan pusat kebangkitan kelas pekerja yang menggegarkan kelas … Continue reading Mogok Umum Winnipeg 1919

Kapitalisme dan perkauman

Rasisme berkait rapat dengan kapitalisme, malah rasisme itu produk yang dihasilkan daripada kapitalisme dan berfungsi untuk memperkukuhkan sistem kapitalis. Rasisme ialah sejenis fahaman atau ideologi yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Rasisme ditunjukkan dalam prejudis terhadap sesuatu kaum yang lain dan tindakan yang bersifat diskriminasi atau pilih kasih berasaskan kaum. Kapitalisme pula merupakan sistem … Continue reading Kapitalisme dan perkauman

Gerakan 4 Mei: Pembaharuan budaya untuk pembebasan

Tahun 2019 menandakan ulangtahun ke-100 Gerakan 4 Mei di China. Gerakan 4 Mei yang muncul sebagai satu gerakan budaya dan politik pembaharuan yang anti-imperialis, menyaksikan percambahan pemikiran pelbagai aliran dalam usaha mencari jalan untuk pembebasan nasional. Gerakan ini tercetus daripada kebangkitan semangat nasionalis yang hebat selepas tamatnya Perang Dunia I. Gerakan 4 Mei merupakan sebahagian … Continue reading Gerakan 4 Mei: Pembaharuan budaya untuk pembebasan

Melawan patriarki untuk pembebasan wanita

Perjuangan pembebasan wanita bukannya perjuangan anti-lelaki, tetapi perjuangan untuk melawan sistem patriarki dan fahaman seksisme yang wujud dalam masyarakat kelas yang menindas rakyat termasuk golongan wanita. Perjuangan menentang patriarki adalah perlawanan terhadap pembahagian kerja yang menetapkan kaum lelaki sebagai yang berkuasa di sfera awam manakala kaum wanita hanya menjadi pekerja tanpa upah di dalam rumah, … Continue reading Melawan patriarki untuk pembebasan wanita

Perjuangan kelas dan pembebasan wanita

Tokoh-tokoh politik kiri pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, seperti Karl Marx, Friedrich Engels, Clara Zetkin, Rosa Luxemburg, V.I. Lenin, Alexandra Kollontai dan Leon Trotsky, telah memperkembangkan kerangka teori yang menghubungkaitkan perjuangan pembebasan wanita dengan perjuangan untuk membina sosialisme. Marx dan Engels menjejak punca penindasan ke atas wanita yang wujud pada peranan wanita dalam … Continue reading Perjuangan kelas dan pembebasan wanita

Teori Gelombang Panjang

Sejak kewujudannya, perkembangan ekonomi kapitalis berlaku secara tidak seimbang, dan bukannya dalam satu garis lurus. Ekonomi kapitalis tidak bergerak menuju ke depan secara berterusan, licin dan stabil.  Era pengembangan ekonomi dan era kemelesetan ekonomi muncul secara selang-seli. Selain daripada turun-naik jangka masa pendek dalam kitaran perniagaan (business cycle, di mana muncul hampir setiap 10 tahun sekali sebelum … Continue reading Teori Gelombang Panjang

Hutang

Jika seseorang itu tiada wang untuk membeli sesuatu barang, dia pergi meminjam wang daripada seorang yang lain. Orang yang mendapat wang pinjaman itu adalah penghutang, manakala orang yang meminjam keluar wangnya itu adalah pemiutang. Wang yang dipinjamkan oleh pemiutang kepada penghutang itu perlu dipulangkan kepada pemiutang. Jika pemiutang itu sangat murah hati dan tidak mengharapkan … Continue reading Hutang

Kewangan

Matawang adalah sejenis komoditi. Ia adalah komoditi di mana semua komoditi yang lain menunjukkan nilai tukar masing-masing melalui nilainya. Sebagai pengukur bersama untuk nilai, matawang tiada apa-apa sifat yang misteri. Matawang juga merupakan hasil buruh manusia, dan ia mempunyai nilai yang tertentu. Apabila aktiviti pertukaran komoditi semakin kerap dan mendominasi seluruh masyarakat, matawang bukan lagi semata-mata … Continue reading Kewangan