Petani-petani dan penternak-penternak di Semenanjung Malaysia telah mengemukakan tuntutan bersama kepada Perdana Menteri Muhiyiddin Yassin merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Negara yang sedang mengendalikan krisis wabak COVID-19, dengan seruan supaya pihak Kerajaan mengambil langkah-langkah untuk melindungi rezeki mereka dan memastikan jaminan makanan untuk semua rakyat.
Dalam memorandum yang ditujukan kepada Perdana Menteri pada 23 April 2020, para petani dan penternak kecil dari 62 buah kawasan di Semenanjung Malaysia telah memohon pada pihak Kerajaan untuk mencampurtangan dalam menyelesaikan kemelut mereka dan melindungi mereka yang mengusahakan aktiviti pertanian atau penternakan ini daripada ancaman pengusiran paksa yang sedang berlaku di merata tempat.
Walaupun petani-petani kecil dan penternak-penternak kecil ini sedang mengeluarkan sebahagian besar daripada sayur-sayuran, buah-buahan, ikan air tawar, produk tenusu dan daging untuk rakyat Malaysia, tetapi ramai antara mereka diancam oleh pengusiran paksa.
Ratusan petani kecil yang telah mengusahakan kebun-kebun mereka untuk tiga generasi diusir setiap tahun oleh syarikat-syarikat swasta yang baru yang diberi pemilikan ke atas tanah yang sedang diusahankan oleh petani-petani tersebut. Sementara itu, beberapa ribu penternak kecil sedang diancam oleh keputusan syarikat Sime Darby untuk menghalau semua penternak keluar dari ladang-ladang Sime Darby yang merupakan kawasan ragut untuk para penternak selama 50 tahun yang lalu.
Bencana wabak COVID-19 berkemungkinan besar akan menjejaskan jaminan makanan kepada rakyat Malaysia. Hampir 30% daripada makanan yang dimakan oleh rakyat kita masih diimport masuk dari negara luar. Jumlah nilai makanan yang diimport adalah RM 53 bilion pada tahun 2018. Import sayur-sayuran adalah bernilai RM 4.6 bilion manakala jumlah import tenusu dan daging adalah RM 7.7 bilion. Wujudnya risiko bahawa rantaian bekalan makanan dari luar negara akan diganggu oleh sebab penularan wabak yang serius di seluruh dunia. Oleh itu, adalah amat penting untuk memperkukuhkan jaminan makanan (food security) bagi rakyat Malaysia dan memastikan pengeluaran makanan tempatan – oleh pesawah padi, petani, nelayan dan penternak – dapat dipertingkatkan lagi. Ini bukan masanya untuk menekan para petani dan peternak dengan menghalau mereka keluar dari tanah yang sedang diusahakan mereka.
Tuntutan Petani-petani dan penternak-penternak:
1. Majlis Keselamatan Negara (MKN) harus meminta semua Kerajaan Negeri untuk mengumpulkan data tentang petani kecil dan penternak yang sedang mengusahakanpertanian di tanah kerajaan, dan juga maklumat tentang petani dan penternak yang sedang diancam oleh syarikat yang diberi pemilikan ke atas tanah yang diusahakan mereka dalam 15 tahun yang lalu.
2. MKN harus menganjurkan satu mesyuarat Majlis Tanah Negara (seperti yang diperuntukkan dalam Perkara91 Perlembagaan Malaysia) supaya menggubal satu polisi yang membolehkan petani dan penternak kecil untuk meneruskan dengan usaha mengeluarkan makanan. Perkara-perkara seperti berikut harus dibentangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara;
a) Moratorium terhadap pengusiran petani dan penternak atas alasan ingin membangunkan tanah tersebut untuk tujuan lain daripada pertanian dan penternakan. Untuk tempoh tahun 2020 dan 2021,tanah yang diguna untuk pertanian dan penternakan harus dikekalkan untuk tujuan itu;
b) Petani kecil yang sedang mengusahakan tanah kerajaan harus ditawarkan pajakan 20 tahun untuktanah yang diusahakanmereka (dengan had maksimum 20 ekar seorang) dengan syarat mereka meneruskan aktiviti penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, penternakan atau kolam ikan. Boleh juga disyaratkan bahawa pajakan itu boleh dibatalkan jika mereka menghentikan usaha bercucuk tanam untuk tempoh masa 18 bulan ke atas; dan
c) Kerajaan juga harus mengkaji untuk memberi bantuan dari segi kewangan atau subsidi untuk mengekalkan petani dan penternak kecil-kecilan ini supaya mereka dapatmeneruskan penglibatan mereka dalam memenuhi jaminan makanan.
3. MKN harus mencampurtangan dalam menyelesaikan masalah antara penternak lembu dengansyarikat Sime Darby yang sedang cuba mengusirkan ratusan penternak kecil keluar dari ladang-ladang Sime Darby di seluruh Malaysia. Perkara ini perlu diselesaikan dengan baik memandangkan kawasan ladang telahpun digunakan sebagai kawasan ragut selama 50 tahun yang lalu tanpa menjejaskan hasil perladangan, dan penternak yang bersandar pada ladang-ladang merupakan penyumbang terbesar kepada pengeluaran tenusu dan daging di Malaysia. Sime Darby merupakan sebuah GLC dan harus dinasihat untuk berkerjasama demi kepentingan jaminan makanan rakyat Malaysia.
4. Jika tanah pertanian dan penternakan ini harus diambil atas sebab-sebab kepentingan negara yang lebih mendesak, maka tanah mereka harus digantikan di kawasan lain yang sesuai dengan terma yang munasabah dan diberi masa yang mencukupiuntuk perpindahan.
Petani-petani kecil dan penternak-penternak kecil ini yang terjejas ini menyatakan harapan mereka untuk bertemu dengan seorang Ahli Majlis Keselamatan Negara yang dipertanggungjawabkan oleh Perdana Menteri, supaya isu-isu yang dikemukakan oleh mereka ini dapat diperjelaskan lagi. Mereka menyeru pada Perdana Menteri supaya mengambil berat isu ini, kerana ia bukan sahaja melibatkan rezeki puluhan ribu orang petani dan penternak kecil, tetapi juga berkaitan dengan jaminan makanan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Memorandum kepada Kerajaan daripada Jawatankuasa Petani dan Penternak ini disokong oleh kumpulan-kumpulan petani dan penternak berikut:
- Petani Kecil Tanah Hitam, Chemor
- Petani Kg Bali, Kuala Kuang, Chemor
- Petani Moden Kanthan, Chemor
- Petani dan Penternak Batu Puteh, Kampar
- Petani dan Penternak, Mambang Diawan, Kampar
- Petani dan Penternak Kuala Kampar, Malim Nawar
- Pekebun buah-buahan, Kg. Baru Kuala Bikam, Sungkai
- Petani Kecil, Wilayah SMTD, Chenderiang
- Petani Kg Baru Coldstream, Bidor
- Petani dan Penternak Tronoh, Batu Gajah
- Penternak Ikan Koi Kg Bali, Tronoh
- Penternak Ladang Elphil, Sg Siput
- Petani kecil Ladang Kamiri, Sg Siput
- Penternak Ladang Kamuning, Sg Siput
- Penternak Kamiri, Sg Siput
- Penternak Ladang Changkat, Sg Siput
- Pekebun Kecil Cameron Highlands
- Petani Ringlet, Cameron Highlands
- Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah)
- Penternak Ladang Elphil, Sg Siput
- Petani kecil Ladang Kamiri, Sg Siput
- Penternak Ladang Kamuning, Sg Siput
- Penternak Ladang Kamiri, Sg Siput
- Penternak Ladang Changkat, Sg Siput
- Penternak Ladang Sungai Baru, Bahagian Lubuk China Linggi
- Penternak Batu 18 Ladang Sengkang, Pasir Panjang
- Penternak Batu 14 Ladang Sengkang, Pasir Panjang
- Penternak Batu 22 Ladang Sengkang, Pasir Panjang
- Penternak Ladang Bukit Pelanduk, Division B1, B2, B3
- Penternak Ladang Tampin Linggi
- Penternak Ladang Lim Sum, Rantau
- Penternak Ladang Port Dickson, Lukut
- Penternak Ladang Saga
- Penternak Ladang Sua Betong
- Penternak Ladang Sungai Ujong Sua, Betong
- Penternak Ladang Majery
- Penternak Ladang Salak
- Penternak Ladang Sendayan
- Penternak Ladang Sungai Salak
- Penternak Ladang Tanah Merah A3
- Penternak Ladang Tanah Merah A4
- Penternak Ladang Kirby
- Penternak Ladang Merlimau
- Penternak Ladang Serkam
- Penternak Ladang Kesang Pjak
- Penternak Ladang Bukit Asahan
- Penternak Ladang Bukit Kajang
- Penternak Ladang Diamond Jubilee
- Penternak Ladang Kemuning Tebung
- Penternak Ladang Batu 21 Sungai Baru, Masjid Tanah
- Penternak Ladang Ledang Batu 20, Tangkak
- Ladang Gunung Mas Chaah
- Penternak Ladang Simpang Giri Chaah
- Penternak Ladang Gathiri Chaah
- Penternak Ladang Bukit Kerayong
- Penternak Ladang Sabak Bernam
- Penternak Ladang Bukit Cheraka
- Penternak Ladang Sungai Buloh Bukit Rotan
- Penternak Ladang Bukit Panjang
- Penternak Ladang Braunston
- Penternak Ladang Sungai Kapar Indah
- Penternak Ladang Sepang