oleh Gegar Amerika 

Pada 27 Mei 2024, tentera rejim Israel telah melancarkan serangan udara ke atas kem pelarian di utara Rafah, Gaza, mengakibatkan pembunuhan sekurang-kurangnya 35 orang rakyat Palestin yang tidak berdosa. Kengerian yang berlaku di Rafah sukar untuk digambarkan dengan kata-kata — ibu bapa dibakar hidup-hidup, kanak-kanak kehilangan kepala, perkhemahan pelarian dihujani bom dan dilumatkan sehingga tertinggal abu sahaja.

Pembunuhan yang berlaku di Rafah mendedahkan realiti perbezaan darjat antara penjajah dan yang dijajah. Pada ketika video mayat kanak-kanak dipenggal di Rafah mendapat simpati di seluruh Dunia Selatan, media propaganda Barat terus menafikan dan menghalalkan pembunuhan yang jelas berlaku di Gaza di depan mata dunia.

Tidak boleh dinafikan: Pembunuhan besar-besaran di kem Rafah adalah kesan langsung daripada retorik dan tindakan yang membolehkan kuasa-kuasa imperialis seperti Kanada, AS, Jerman dan UK untuk terus membiayai dan membekalkan senjata kepada tentera Israel yang telah jelas menyatakan niat mereka untuk menghapuskan rakyat Palestin.

Malaysia juga tidak berkecuali daripada bersekongkol dengan pembunuh zionis. Sementara Rafah disembelih, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Khazanah, MAHB, dan KWSP menjual saham kepada BlackRock, salah sebuah syarikat pro-zionis terbesar yang bersubahat dengan genosid di Palestin. Tidak dilupakan juga kerjasama antara Kementerian Pertahanan dan pembuat senjata zionis seperti Lockheed Martin dan BAE Systems semasa pameran NATSEC pada awal bulan Mei 2024.

Kami menyeru pada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan Malaysia untuk segera menghentikan segala kerjasama dengan pembiaya senjata Zionis jika mereka benar-benar menyokong Palestin dan bukan sahaja tali barut Barat.

Jangan menjadi tin kosong yang hanya mampu membising di pentas antarabangsa, tetapi pada masa yang sama secara senyap-senyap bersekongkol dan menjual diri kepada Zionis yang membunuh kanak-kanak di Rafah.

Menyeru gencatan senjata semata-mata adalah tindakan pengecut. Kami tuntut penyahjajahan! Kami tuntut sokongan material untuk perjuangan! Kami tuntut pembebasan! Rejim Israel harus dimusnahkan dari sungai ke segara!

Biarlah ini menjadi peringatan kepada kita semua bahawa pembebasan tidak akan datang daripada mahkamah penjajah, bukan daripada retorik performatif politikus, tetapi daripada kekuatan dan keteguhan perjuangan kita!

==========

Gegar Amerika ialah inisiatif rakyat Malaysia yang bergiat untuk menentang kekejaman Amerika Syarikat (AS); mengecam keras imperialisme Barat dan pencerobohan campur tangan AS di seluruh Selatan Global, khususnya dalam isu perjuangan pembebasan Palestin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *