Afrika Selatan: Pekerja bermogok tuntut perubahan dasar yang radikal

(foto: Twitter SAFTU) Ratusan ribu pekerja Afrika Selatan mengambil bahagian dalam mogok besar-besaran yang diadakan pada 24 Februari 2021. Mogok umum yang diadakan oleh Persekutuan Kesatuan Sekerja Afrika Selatan (SAFTU) yang terdiri daripada 24 buah kesatuan sekerja ini mengetengahkan tuntutan pekerja untuk perubahan radikal terhadap dasar ekonomi negara Afrika Selatan, termasuk pemiliknegaraan semua industri monopoli … Continue reading Afrika Selatan: Pekerja bermogok tuntut perubahan dasar yang radikal

Afrika Selatan: Mogok pekerja ketengah isu korupsi dan kehilangan kerja

Mogok besar-besaran di Afrika Selatan pada 7 Oktober 2020 yang melumpuh negara itu, telah mengetengahkan pelbagai isu sosio-ekonomi yang menjejaskan kehidupan kelas pekerja. Demonstrasi telah diadakan di bandar-bandar dan pekan-pekan seluruh negara Afrika Selatan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati golongan pekerja terhadap masalah korupsi, kehilangan kerja, kegagalan kerajaan Afrika Selatan dalam menyediakan perlindungan kepada rakyat ketika … Continue reading Afrika Selatan: Mogok pekerja ketengah isu korupsi dan kehilangan kerja

Revolusi Mesir 1919: Kebangkitan rakyat yang merentasi batasan agama

100 tahun dahulu, pada bulan Mac dan April 1919, bumi Mesir digegarkan oleh gelombang revolusi yang menggugat pemerintahan ketenteraan British di situ. Mogok pekerja, demonstrasi secara besar-besaran, penglibatan wanita yang menakjubkan dalam perjuangan pembebasan nasional dan perpaduan rakyat yang merentasi batasan agama, memaksa Britain mengiktiraf kemerdekaan Mesir pada tahun 1922 dan penggubalan perlembagaan baru yang … Continue reading Revolusi Mesir 1919: Kebangkitan rakyat yang merentasi batasan agama

Afrika Selatan: Parti kiri radikal dilancarkan untuk perjuangkan sosialisme

Sebuah parti berhaluan kiri baru yang berazam untuk membina sosialisme di Afrika Selatan, Parti Pekerja Revolusioner Sosialis (Socialist Revolutionary Workers Party, SRWP), mengadakan kongres pelancarannya pada 4-6 April 2019 di Johannesburg. Lebih 1,000 orang aktivis dan kadre parti dari seluruh negara Afrika Selatan telah hadir dalam kongres yang bersejarah ini. Turut hadir ialah jemputan antarabangsa … Continue reading Afrika Selatan: Parti kiri radikal dilancarkan untuk perjuangkan sosialisme