(Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2023 di seluruh dunia
1 Mei ialah hari keramat untuk perjuangan kelas pekerja di seluruh dunia. Hari Pekerja Sedunia disambut di seluruh dunia, bukan sahaja untuk memperingati perjuangan pekerja dahulu yang memenangkan hak pekerja, tetapi juga sebagai inspirasi untuk meneruskan usaha perjuangan pembebasan kelas pekerja dan rakyat bawahan yang belum selesai.
Masa kerja yang lebih pendek, hari rehat, hak untuk menubuhkan kesatuan sekerja, hak untuk rundingan kolektif, pencen untuk pesara, perkhidmatan kesihatan, perlindungan sosial dan banyak lagi hak asasi pekerja yang dianggap sebagai sesuatu yang biasa pada hari ini, merupakan hasil perjuangan pekerja yang hebat. Hak pekerja ini boleh dihakis sekiranya gerakan pekerja menjadi lemah. Golongan pekerja berkemampuan dan sepatutnya meneruskan perjuangan untuk kehidupan yang lebih baik melalui gerakan pekerja yang tersusun.
Seperti biasa, Hari Pekerja Sedunia pada tahun ini disambut dengan aksi-aksi perhimpunan dan perarakan di seluruh pelosok dunia. Pelbagai isu dan tuntutan dibawa oleh gerakan pekerja di tempat-tempat yang berbeza, termasuk peningkatan gaji bersesuaian dengan kenaikan kos sara hidup, jaminan kerja, perlindungan sosial yang lebih baik, perlindungan hak kesatuan dan sebagainya.
Berikut ialah sepintas lalu aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia tahun ini di merata tempat di seluruh dunia:
Lahore, Pakistan. (foto: K.M. Chaudary / AP Photo) Kesatuan-kesatuan pekerja di Pakistan berprotes untuk menuntut pelaksanaan undang-undang buruh yang melindungi pekerja dan peningkatan gaji pekerja.
Nantes, Perancis. (foto: Stephane Mahe / Reuters) Pekerja-pekerja Perancis berprotes untuk membantah peningkatan umur persaraan dan menuntut keadilan sosial.
Paris, Perancis. (foto: Benoit Tessier / Reuters)
Paris, Perancis. (foto: Aurelien Morissard / AP Photo)Paris, Perancis. (foto: AP)Paris, Perancis. (foto: Thibault Camus / AP Photo)
Warsaw, Poland. (foto: Czarek Sokolowski / AP Photo)
Lisbon, Portugal. (foto: Armando Franca / AP Photo)
Porto, Portugal. (foto: Reuters)
Prague, Republik Czech. (foto: Lukas Kabon / AA)
Pamplona, Sepanyol. (foto: Alvaro Barrientos / AP Photo)
Zurich, Switzerland. (foto: Ennio Leanza/Keystone via AP)