Kronologi Revolusi Dunia (Bahagian 3)

Sejarah masyarakat manusia penuh dengan perjuangan rakyat yang menentang kezaliman dan membebaskan diri daripada penindasan. Kronologi sejarah revolusi dunia ini (dalam 3 bahagian) menyenaraikan peristiwa-peristiwa perjuangan rakyat di seluruh pelusuk dunia, merangkumi kebangkitan rakyat melawan penindasan, pemberontakan menentang kuasa pemerintahan yang zalim, penentangan terhadap kekuasaan penjajah dan revolusi yang mengubah sistem masyarakat. (Ini bukannya senarai … Continue reading Kronologi Revolusi Dunia (Bahagian 3)

Kebangkitan rakyat Mesir 2011: Revolusi separuh jalan yang belum selesai

10 tahun dahulu, pada 25 Januari 2011, tercetusnya gelombang kebangkitan rakyat yang hebat di negara Mesir sehingga menjatuhkan pemerintahan diktator Hosni Mubarak, dalam tempoh 18 hari. Peristiwa Revolusi Mesir 2011 merupakan sebahagian daripada gelombang “Musim Bunga Arab” yang melanda banyak negara di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara pada masa itu. Walaupun revolusi rakyat yang … Continue reading Kebangkitan rakyat Mesir 2011: Revolusi separuh jalan yang belum selesai

Kebangkitan Rakyat Gwangju: Obor perjuangan demokrasi di Asia

18 Mei 2020 menandakan ulangtahun ke-40 peristiwa Kebangkitan Gwangju di Korea Selatan. 40 tahun dahulu, pada 18 hingga 27 Mei 1980, rakyat di bandar Gwangju dan wilayah Jeolla Selatan yang terletak di barat daya Semenanjung Korea, bangkit secara spontan untuk menuntut demokrasi, tetapi usaha murni tersebut dipatahkan secara kejam oleh pemerintah kediktatoran tentera pada masa … Continue reading Kebangkitan Rakyat Gwangju: Obor perjuangan demokrasi di Asia

Imbas kembali tahun 2019 – Perjuangan rakyat di Malaysia

Walaupun keadaan politik di negara kita agak suram untuk sepanjang setahun yang lalu, tetapi perjuangan rakyat akar umbi dan gerakan masyarakat masih berterusan di sana sini. Berikut ialah beberapa aksi atau perjuangan masyarakat yang berlangsung pada tahun 2019: Pelajar UTM-MJIIT menang tuntutan Pelajar-pelajar Fakulti Malaysia-Japan International Institute of Technology – Universiti Teknologi Malaysia (UTM-MJIIT) yang … Continue reading Imbas kembali tahun 2019 – Perjuangan rakyat di Malaysia

Itali: Lawan arus pelampau kanan dengan Sardin

Bermula pada 14 November 2019 di Piazza Maggiore, sebuah dataran awam yang terletak di bandar Bologna di wilayah Emilia-Romagna, lahirnya satu gerakan massa yang baru di Itali, sebagai respon kepada ancaman kuasa pelampau kanan yang diwakili oleh perluasan pengaruh politik Liga Utara (Lega Nord) yang dipimpin oleh Matteo Salvini. Gerakan yang baru di Itali ini … Continue reading Itali: Lawan arus pelampau kanan dengan Sardin