Tetapi adakah usaha ikhlas wujud untuk menyelesaikan masalah banjir di Malaysia? Adakah Kerajaan MADANI dalam satu mod penafian untuk mengenal pasti punca sebenar banjir di Malaysia?
Komuniti terpinggir dan kanak-kanak adalah mangsa terawal dalam bencana (Kenyataan PSM sempena Hari Antarabangsa untuk Pengurangan Risiko Bencana)
PSM berharap agar kerajaan MADANI dan kerajaan-kerajaan negeri seperti Perak, Kelantan dan Selangor, memastikan bahawa langkah-langkah pengurangan bencana yang diambil tidak hanya menguntungkan segelintir pihak sahaja.
Kenyataan simpati dan solidariti mengenai gempa bumi Turki-Syria
PSM bersimpati dengan semua mangsa gempa bumi Turki-Syria, dan bersolidariti dengan semua penyelamat yang berani mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan orang.
Tanah runtuh dan banjir: Kerajaan harus utamakan isu alam sekitar dan isytihar Darurat Iklim
Tragedi tanah runtuh dan banjir besar ialah amaran kepada kerajaan dan juga rakyat Malaysia bahawa sistem kapitalis yang hanya berlandaskan keuntungan tanpa menjaga alam sekitar dan kesejahteraan rakyat hanya akan menyebabkan rakyat marhaen merana.
Cukup sudah lambaian tangan dan lawatan VIP – Rakyat perlu bantuan kritikal sekarang
Mangsa banjir tidak memerlukan lawatan dan lambaian tangan daripada VIP politik. Mereka perlukan tindakan segera daripada kerajaan untuk meringankan beban mereka yang disebabkan bencana banjir.
Gilgit-Baltistan: Baba Jan dibebaskan hasil daripada gerakan solidariti
Selepas 9 tahun berada di dalam penjara kerana memperjuangkan keadilan untuk mangsa bencana alam, Baba Jan bersama dengan dua orang lagi rakan seperjuangannya yang masih dipenjarakan, Iftikhar Hussain dan Shukoorullah Baig, akhirnya dibebaskan pada 27 November 2020. 11 orang lain yang dipenjarakan pada masa yang sama dengan Baba Jan, juga telah dibebaskan lebih awal pada … Continue reading Gilgit-Baltistan: Baba Jan dibebaskan hasil daripada gerakan solidariti
Lubnan: Letupan Beirut burukkan lagi krisis ekonomi dan politik
Letupan hebat di pelabuhan Beirut, ibu negara Lubnan, yang berlaku pada 4 Ogos 2020, telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 220 orang dan menyebabkan lebih 7,000 orang cedera. Letupan yang dikatakan sebagai salah satu letupan bukan-nuklear yang terbesar dalam sejarah ini, berkaitan dengan lebih kurang 2,750 tan ammonium nitrat yang disimpan di pelabuhan itu. Bahan kimia tersebut … Continue reading Lubnan: Letupan Beirut burukkan lagi krisis ekonomi dan politik
Tanah runtuh di tapak pembinaan Paya Terubong, satu lagi amaran untuk Pulau Pinang – Tidak boleh lagi anggap semua seperti biasa
oleh Choo Chon Kai Parti Sosialis Malaysia (PSM) Pulau Pinang amat bersedih dan terganggu dengan tragedy maut tanah runtuh di tapak pembinaan projek jalan pintas Paya Terubong pada 19 Oktober 2018. Sehingga hari ini, telah disahkan bahawa 8 orang pekerja telah terbunuh dan 2 orang lagi masih belum ditemui selepas kejadian tanah runtuh. Ini merupakan … Continue reading Tanah runtuh di tapak pembinaan Paya Terubong, satu lagi amaran untuk Pulau Pinang – Tidak boleh lagi anggap semua seperti biasa